Friday, December 31, 2010

Takodd Mahu Cakap Bha !

Jantung aku berdansa tarian kencang ' macam ada sesuatu kejadian aneh bakal bertemu dengan aku . Ya Allah apakah yang akan terjadi ini ? Huh ! Dup-dap-dup-dap lagu klasik jantung aku . Oh ! Aku ingin sangat mengatakan perkara ini dengan dia , tetapi lidah aku menjadi kelu . Seandainya dia dengar monolog hati aku ini terhadapnya sudah pasti dia akan membuat sempadan dengan aku . Gedung perasaan ini mulai terbuka dan kotak fikiran aku mula tertumpu kepada nya . Arghh ' how come ? Tetapi aku sudah tahu jawapan yang bakal keluar dari jendela mulutnya . Dan sebab itu juga aku enggan mengatakan kepadanya sekarang . Adakah aku patut berterus-terang dengan dia ? Huh ! Teguran pertama nya menjadi satu anugerah bagi aku , kerana aku beranggapan dia seorang yang sombong . Tetapi pada hakikatnya tidak sama sekali . Have fun tahap dewa ' aku senang dapat luangkan masa aku dengan nya . Oh ! Tidak sabar-sabar rasanya nak menatap pesanan ringkas yang dihantar oleh dia ' gurauan nya membuatkan aku tersenyum sekaligus ketawa sampai pecah perut . Opss ' tertipu pulak . Tak pecah perut pun . Hmm .. Tanggal 4 Januari 2010 bakal menemui aku . Huh ' aku akan merindui untuk bermain ketik-ketik mesej dengannya . Sedih juga lah wei , haish '' . Pengenalan yang singkat antara aku dengan dia telah membuatkan hidup aku berubah . Susun atur hidupnya amat terurus , nak jadi macam dia jugak . Terlebih ringan tulang . Haha ! Pada masa yang sama , dia peramah dan open-minded . Aku amat suka bermain di taman permainan fikirannya . Agak matang dan boleh dibawa berunding . Sampai bila aku akan tanam ini feel dalam hati aku bha . Err .. Nak cakap la nanti sebelum 4 Januari 2010 . Lepas aku terus terang dengan dia aku terus mahu off handphone . Haha ! Yela tak mahu dengar jawapan dia . Takodd . Pape-pape pun doa aku tetap ada untuk orang yang baik seperti dia . Hope dia senantiasa tersenyum dan berjaya dalam hidup ' Amin !

Thursday, December 30, 2010

Tipu ' Kalau Aku Tak Sedih

Tahun baru aku disambut dengan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) . Apa-apa pun aku tetap menghadiahkan sekalung kesyukuran kerana aku terpilih menyertai PLKN Siri 8/2011 Kumpulan 1 di Kem Pinggiran Pelangi , Muadzam Shah , Pahang . Aku terpaksa meninggalkan semua gedung kenangan aku buat sementara . Huhu ' kadang-kadang emosi aku sedih pabila memikirkan terpaksa meninggalkan orang sekeliling . Kadang-kadang emosi aku berputar menjadi gembira pabila memikirkan bakal mendapat kawan serta elaun . Woo ! Aku akan merindui mereka :
Inilah ayahanda dan bonda aku yang tercinta bha ' Datuk & Datin sehati sejoli . Toink ! Aku akan merindui bebelan bonda aku , "Fazil , kemas bilik , baju hanger " , itulah idea bebelan bonda aku . Haha ! Manakala bebelan bisa ayahanda aku pula , "Bangun cepat , solat subuh ! Dah pukol berapa nie " , itulah kata-kata sakti ayahanda aku . Huhu . Aku tidak dapat lagi kodd menjamah air tangan bonda aku dalam masa aku menjalani latihan di kem PLKN . Terpaksa rasa air tangan di kantin PLKN . Haha ! **Jangan sedih . haha!
Hai chenta sadis a.k.a ACAH's . Acah ini merangkap jiran terhebad aku atau lebih mesra macam kakak dengan adik la . Aku akan merindui moment bergosip bha ' story mory ' nyanyi-menyanyi dan banyak lagi aktiviti kita orang . Hmm .. Aku juga akan merindui karipap buatan mak ACAH's . Arghh ' sedap kodd . Love it damn much ! ACAH's kalau sedih jangan lupa jerit nama kita , insyALLAH kita boleh dengar suara acah sampai Pahang . Haha !
**Identiti dirahsiakan** Woo ' ini orang hah banyak sporting dan optimistik woo ! Layan sahaja kepala senget aku ini bha ! Tak pernah tercapai akal aku akan rapat sama ini orang woo . Dia senior aku bha . Aku junior dia . Banyak melontarkan kata-kata motivasi sama aku . Nice to story about him . Dia rajin kodd , tak macam aku PEMALAS tahap dewa . Haha ! Ada sahaja idea dia nak decorate sesuatu itu . I want to be like him . Kuang-kuang-kuang . Suara ini orang hah banyak lunak woo , aku teringin kodd nak nyanyi depan dia . Haha . Fight jom , suara siapa lagi sengau . Haha !
Amma ' Appa . Ini budak hah suka buat aku 'sentap' woo . Dia anak saudara aku yang sulung mulung . Haha ! Tahun depan umur dia 4 tahun kodd ' entah aku pun lupa . Haish ' teruk betul pak ucu an . Ini budak selalu buat darah aku naik dan turun mendadak .(poyo) . Haha ! Selalu jugak la gaduh dengan dia ' motif aku gaduh dengan dia , dia suka buang barang aku dalam lubang JAM*** . Peh ' nanti aku yang kena hadap itu lubang . Tetapi kadang-kadang rindu kodd sama ini budak . Gaduh-gaduh manja je . Tidak sampai hati aku untuk marah ini budak plus aku memang susah mahu marah orang .
Nama dekat kad My Kid , zharif dzakwan tetapi panjang bebeno namanya . For short , aku panggil 'WAWAN' . Haha ! Dah semua panggil budak ini wawan . Cepat betul pengaruh aku tersebar . Haha ! Ini budak anak abang aku yang kedua merangkap kepada adik kepada anak saudara aku yang sulung mulung itu . Kreatif kodd budak kecik ini ' suka suka suka layan ini budak . Bila aku baring sebelah dia bha dia peluk aku bha . Woo woo woo . Best der ''

Fanatic Kodd '

Alamak ! Aku sudah jatuh cinta . Aku sudah jatuh cinta dengan bola sepak '' OMG ! Huh ' sebelum ini jangan harap aku nak menitiskan air mata sebabkan bole sepak . Tetapi tanggal 27 DECEMBER 2010 merupakan tarikh keramat bagi aku kerana aku mulai jatuh cinta dengan skuad bola sepak Malaysia . Tanggal 27 DECEMBER 2010 juga merupakan tanggal keramat di mana skuad bola sepak Indonesia bertandang di Stadium Bukit Jalil , Kuala Lumpur untuk memperagakan kehandalan mereka menentang skuad Harimau Malaya dalam konteks merebut piala AFF Suzuki . Detik permulaan perlawanan aku , mak dan ayah dengan rakus menelaah peti televisyen JVC di ruang tamu rumah aku . Di awal perlawanan aku sudah mula bersorak sebagai tanda memberi semangat walaupun aku tidak tengok LIVE kan , hope dorang dengarlah suara aku menjerit dari Kluang hingga Kuala Lumpur . Haha ! Best kodd ' tak pernah rasa sefanatik macam ini . Aku dekat rumah seolah-olah menjadi jurulatih skuad kebangsaan . Antara dialog komentar yang aku ungkapkan ketika perlawanan berlangsung , " Woi , pasing la bola tu dekat kawan kau , jangan dok menggentel bola tu , mana one-two ni ". Haha ! Itulah dialog aku di masa pertama perlawanan . Huh '' suara aku yang merdu ini turut hilang masuk ke dalam TV . Haha ! Sampaikan jiran-jiran boleh dengar suara aku menyokong skuad Malaysia di rumah . You see betapa aku fanatik dengan bola . Semangat bha ! Bergema rumah aku dengan jeritan sakti aku . " Adoi , ape nie ! " , "Hah ,lagi skit je tu " . Itulah antara dialog jeritan yang aku lontarkan dengan penuh rasa fanatik . Aku terlompat-lompat dalam rumah . Agaknya kalau orang sakit mental tengok aku macam itu dorang pun gelak . Haha ! Tangan dan kaki aku turut sejuk kerana terlalu mengharapkan kemenangan semangat aku . Macam kena rasuk pun ada . Haha ! Muka aku menjadi merah apabila sepakan keramat skuad Indonesia menghidu gawang Malaysia . Di masa pertama masih seri 0-0 . Tetapi di masa kedua skuad Kebangsaan mula menunjukkan belang mereka dengan menyumbat 3 goal sehinggakan skuad Indonesia jadi panik dong . Ya Allah masa goal pertama tu aku melompat tinggi sambil menjerit . Tak pernah kodd aku lompat setinggi tu . Nak kata atlit lompat tinggi tidak sama sekali '' kuang-kuang-kuang . Arghh ! Suara aku sudah serak akibat mengilai-ngilai dekat rumah . Goal demi goal disumbangkan oleh skuad Kebangsaan . Happy gila doe ' rasa Malaysia ini aku yang punya . Haha ! Aku melangkah ke gedung masakan (Dapur) dengan penuh rasa bangga sebab Malaysia dah menang . Lepas je Malaysia perut terus lapar . Aku mengacau air milo itu dengan senyuman , sampai macam tu sekali . Aku tidur lena malam itu . Perlawanan kedua berlangsung di Indonesia pada 29 DECEMBER 2010 . Padahal aku baru lepas balik lepaking dengan kawan aku . Seharian aku dengan alep dekat bandar . Kita orang buat penyelidikan peribadi dekat bandar itu sebab itu lama . Haha ! Tak kira penat dah , ambil tuala terus mandi dan solat maghrib . Aku meghadiahkan sekalung doa semoga skuad Malaysia berjaya membawa pulang piala AFF tu buat julung kalinya . Aku on lappy aku dengan berdebar-debar . Sambil ber'fb aku menonton perlawanan . Malam nie aku lemah sedikit , mungkin sebab penat kodd . Kurang jerit . Kurang ke ? Haha ! Sama je tak ada kurang pun . Aku terpekik terlolong macam pontianak kehilangan anak dekat rumah . Kali ini jeritan aku lagi berbisa dan bergetar . Haha ! Sebab final ini kan . Huh ! Indonesia menghantar serangan demi serangan ke gawang Malaysia namun di selamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat penjaga goal Malaysia yang berasal dari Kelantan . Tangan dia macam ada gam seyh , cekap tahap dewa . Salut sama ko lah ! Perh , moment yang buat jantung aku menari kencang time penalti . Indonesia got a chance penalti . Masa tu bibir lestari aku tidak putus-putus menyebut kalam Allah supaya skuad Indonesia gagal merealisasikan tendangan penalti itu. Mata aku memandang tepat di kaca televisyen menyaksikan tendangan penalti itu . Dup dap dup dap , lagu jantung aku . Huh ! Yeah tak masuk ! Alhamdulillah . Itulah kata-kata yang aku laungkan sebaik sahaja skuad Indonesia gagal memanfaatkan peluang emas itu . Yeah ! Tuu dia . Dan akhirnya Skuad Malaysia berjaya membuat jaringan sulung oleh Safee Rosli di masa kedua . Suka suka suka suka sangat . Tak terkata sukanya . Haha ! Selepas itu skuad Indonesia pulak jaringkan goal . Ala tak sengaja tu . Aku punya marah sampai terantuk kepala aku kat dinding . Adoyai '' . Ya Allah , skuad Indonesia menjaringkan goal kedua . Arghh ! Tidak suka '' tetapi aku tak hairan pun . Sebab kemenangan memang dah jadi milik Malaysia . Masa terus mencemburui . Haha ! Huh '' tinggal menunggu tiupan wisel penamat sahaja . Prittttt !!!!!!!!!!!!! Yeah ! Wisel sudah berbunyi , macam ' wonderpet ' pulak . Huhu .. Aku berguling-guling dalam rumah . Betapa sukanya aku . Huhu . Tahniah aku ucapkan kepada skuad Harimau Malaya kerana berjaya merangkul piala AFF buat julung kali nya . Tahniah juga kepada Safee Rosli kerana telah dinobatkan sebagai 'Top Scorer Award' ! Kemenangan itu milik kita . Kejujuran dan kesungguhan menjadi kunci utama kepada kejayaan kita '' MAJU TERUS MAJU .

Wednesday, December 29, 2010

2.5 % Pendapatan Perlu Zakat

Soalan : SUAMI saya telah bekerja selama 16 tahun tetapi tidak pernah membayar zakat pendapatan . Gaji suami saya RM 3,260 dan saya seorang suri rumah dengan empat orang anak yang bersekolah . Kami perlu membayar ansuran rumah kos sederhana dan kereta yang masih perlu dibayar . Tiap-tiap bulan tidak cukup dan masih meminjam wang dari kawan . Apakah cara yang boleh saya lakukan supaya suami dapat membayar zakat pendapatan supaya gaji dan rezeki kami lebih berkat ?


Jawapan : Cara yang agak mudah untuk pengiraan zakat pendapatan adalah seperti berikut :

Had Kifayah
Contoh :
  • Gaji x 12 bulan =
  • Diri (RM 8,200)
  • Isteri (RM 5,000 Seorang)
  • Tanggungan tidak bekerja (18 tahun ke atas (RM 2,900)
  • Anak berumur 7-17 tahun (RM 2,200 Seorang)
  • Anak berumur 0-6 tahun (RM 1,500 Seorang)
  • Anak cacat (RM 2,400 Seorang) *Jika ada
  • Pesakit kronik (RM 2,400) *Jika ada
  • Hasil x 2.5 %
Contoh Pengiraan :
  • RM 3,260 x 12 = RM 39,120
  • Jumlah ditolak dengan item yang berkaitan di atas 
  • RM 39,120 - RM 8,200 - RM 5,000 - (RM 2,200 x 4 orang anak) = RM 17,120
  • RM 17,120 x 2.5 % = RM 428 (Jumlah zakat pendapatan)
**Untuk makluman ini adalah had tolakan kifayah . Tidak termasuk tolakan lain .

Berdosa Besar Tonton Pornografi (Lucah)

Seseorang yang melihat gambar lucah dan pornografi termasuk dalam golongan yang melakukan dosa-dosa besar kerana perbuatan itu mendorong melakukan perkara maksiat seperti zina , rogol dan cabul . Hadis Rasulullah SAW menyebut : "Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) , telinga berzina (saling dengar pujuk rayu) , lidah berzina (cakap-cakap) , zina tangan (berpegangan) , zina kaki (melangkah pergi berjumpa)
zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota iaitu zina kemaluan ".
Hadis ini menjelaskan zina terbahagi kepada pelbagai tafsiran . Seseorang yang gemar ke arah pornografi dikhuatiri mengalami keinginan dan khayalan seks dan timbul zina hati . Dibimbangi akan menjerumuskan seseorang ke lembah zina . Allah menjanjikan azab dan balasan bagi golongan penzina ini . Berkata Ibnu Abbas : " Dicabut cahaya (nur) keimanan dalam zina ." (Hadis Riwayat Bukhari di awal kitab Hudud , Fathul Bari 12:58-59) . Islam amat menjaga akhlak dalam kehidupan . Hindarilah perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah kerana terpedaya dengan nikmat dunia yang sementara dan mengundang kecelakaan di akhirat .

Saturday, December 25, 2010

APAKAH hukum jika lelaki itu bertindik ?

   Bertindik merupakan amalan khas bagi golongan wanita untuk tujuan kecantikan dan perhiasan . Lazimnya , wanita bertindik di bahagian telinga untuk dipakaikan anting-anting . Namun islam tidak menggalakkan wanita bertindik secara berlebihan bagi mengelakkan fitnah dan kesan terhadap kesihatan .
    Lelaki pula dilarang menyerupai wanita dalam perihal perhiasan , sebagaimana hadis Ibnu Abbas : "Nabi SAW melaknat orang yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki-lelaki dan orang yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita " (Riwayat Bukhari).
   Oleh itu , hukum lelaki bertindik adalah haram . Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia tahu akan hukumnya dan berterusan memakainya walau sudah ditegur adalah termasuk dalam golongan fasik kerana berterusan melakukan dosa-dosa besar kerana menyerupai wanita .
   Janganlah kita leka dalam menelaah fesyen terkini sehingga lupa akan status kita sebagai seorang yang beragama islam . Tidak salah kalau kita ingin berfesyen tetapi biarlah bertepatan dengan kehendak syarak . Keindahan di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata . Keindahan yang kekal abadi hanyalah di akhirat kelak . Di dunia ini kita hanyalah sebagai seorang perantau .
   Kesimpulannya , golongan lelaki haram sama sekali bertindik sekaligus akan membawa kepada dosa besar.
Tindik juga akan memberi kesan negatif kepada kesihatan kita . Pada masa yang sama , kesan negatif bertindik dalam kalangan lelaki ialah , mereka tidak akan boleh menjadi wali kepada anak mereka kelak yang ingin bernikah .

Friday, December 24, 2010

Happy Birthday Mama ! Muach ''

Today is my beloved mother birthday '' we are celebrated at night . At the day my mother was busying with her office chores . At the day we made a simple preparation for her .
My sister bought this banana cake with peanut at the bottom , the outside covered with white chocolate '' what a tasty ! There are a strawberry , a cherry and the chocolate fans around the cake . This cake made from Milky's Cake Shop . Milky's as one of the best cake shops in district of Kluang's. My brother gave the money to buy this cake . We are cooperated each other to make my lovely mother's day shining all the time .
SATAY's is main menu for this tonight . There are Satay Ayam and Satay Daging . My father burned the satay on his own helphing by my brother-in-law . Huhu ! Every years our family must order the satay .
Look ! We are awesome families '' keep smiling all the time ! Actually we forced my brother to get into the camera . Haha ! I was a photographer on that night '' there was a few actions from us ! We are gathering together to celebrate our beloved mother night . Our celebration is located at my home basic kitchen . Hehe ! The place where we eating together and the place where my mother dating with my father . Opsss...

However mama we really glad to say we LOVE you so much ! No one is able to replace yours in our heart '' You are very supportive mother . We are so please to say once again Happy Birthday and may God's bless you all the time . Plus , we always pray for your happiness and health . Pay extra care on your health and keep smiling . The smiling as one of the 'sedekah'. Mama we love you ! Muah ''

Nota Terakhir

Hanya perkataan 'ALHAMDULILLAH' yang dapat diungkapkan oleh bibir lestari aku ini . ALHAMDULILLAH aku sudah dapat menelan kenyataan bahawa zaman percintaan aku dengan si dia sudah menemui jalan buntu . ALHAMDULILLAH kehidupan sudah dihiasi dengan pelbagai warna yang membuatkan aku sentiasa tersenyum dan tenang '' terima kasih kepada dia dan dia . Haha ! ALHAMDULILLAH kerana kesedihan hidup aku sudah diganti dengan kegembiraan dengan teletah anak-anak saudara aku yang semakin hari semakin kreatif dalam melayari zaman mereka . Penawar semua tu wei ! ALHAMDULILLAH kerana aku telah berani berterus-terang dengan si dia supaya menjauhkan diri dari aku atas-atas sebab tertentu . Yelakan tidak gampang untuk aku melupakan seseorang yang pernah kita sayang till now . Cara aku untuk melupakan seseorang dengan cara sebegitu dan harap si dia faham . Lain orang lain carakan . Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua '' ouch ! Peribahasa ini merujuk kepada si dia . Imbas kembali sekejap ye . Hehe ! Si dia sudah menutup akaun Facebook . Aku assume dia tidak akan join Facebook lagi . Dunia ini tidak selalu cerahkan , tup-tup ada seseorang ini bagi link dekat aku . Then aku click la . Ouch ! Alamak dia bekas aku '' rupanya buat akaun baru . Apalah . Aktif sahaja lah yang lama , kalau aku kacau tidak usah layanlah . Apa motif dia . Choi . Tetapi itu semua sudah tidak ada dalam diari hidup aku lagi . Bubye ! Kepada Mohd Fairuz Mohd Nasir sayang kamu bha ! Opsss '' Hmm... Hidup tidak selalu cerah dan gelap . Pabila gelap cuba kita cerahkan dengan sesuatu . Pabila cerah janganlah kita gelapkan nya . Hidup kita ini sebenarnya sebagai satu pentas menari . Kalau kita handal menelaah tarian kita maka meriahlah . Kalau kita tandus dalam menelaah tarian kita maka kusam la pentas menari kita . Begitulah kehidupan kita sebagai seorang perantau . Kita tidak akan pernah puas dalam kehidupan ini . Kepuasan itu hanya berada di alam yang kekal abadi pabila segala amalan kita diterima oleh ALLAH . Hati aku sentiasa bermonolog sendirian , berkata mengenai kehidupan aku yang lepas-lepas . Huh !
Namun peribahasa Melayu ada mengatakan ," Ambil yang jernih , buang yang keruh " so peribahasa ini menjadi pemangkin dalam kehidupan aku sekarang . Aku sedang mencuba menjernihkan kehidupan aku . Doa tetap menjadi perisai utama aku . Hanya ALLAH tempat aku mengadu . Kalau aku mengadu dengan manusia , sekali dua bolehlah hadap masalah itu , ketiga keempat muak sudaa .. Haha ! Akhirmukalam , aku tidak akan pernah melupakan si dia kerana dia pernah menyumbangkan pelbagai kata-kata mutiara kepada aku . Tidak mahu jadi kacang lupakan kulit bha . Hidup mesti diteruskan bersama seseorang yang betul-betul boleh menerima kekurangan kita . InsyALLAH jumpa !

Wednesday, December 22, 2010

I am Sorry ''

I am sorry kawan-kawan aku gagal merealisasikan impian korang untuk melihat aku bersama dengannya seperti dulu . Aku sudah menggunakan semua keringat aku untuk menjayakan hubungan aku dengan dia . Korang pun tahu kan macam-macam aku bersusah-payah mencari jalan . Sudah seminggu lebih kita buat homework mengenai masalah aku dengan dia . Namun tadi dia telah mengungkapkan kali ketiga atau keempat bahawa "We can't be together like the past " , lidah aku kelu selepas membaca kiriman sebegitu . Aku terkedu membacanya . Aku terus ambil tuala dan mandi . Air mata aku mengalir bersama-sama air paip . Huh ! Kepada mana-mana kawan yang telah banyak membantu aku , aku menghulurkan sejambak kemaafan kerana aku gagal . Dan aku sedar bahawa aku kena merelakannya . Aku berpeluh ketika membaca setiap kiriman sms nya . Hmm .. Takodd '' sedih ''.... Walaubagaimana pun aku kena cuba untuk terima kenyataan ini sebaik mungkin . Cintanya akan selalu menari di pentas hati aku . PLKN merupakan chapter baru dalam kehidupan aku . Harap aku dapat melupakan semua masalah yang aku telan sendirian selama ini . Aku akan biarkan kebahagiaan itu menjadi miliknya . Hati aku sudah tertutup untuk menerima sesiapa . Biarlah masa yang menentukan semuanya . Namun apa yang pasti , walaupun kami sudah tiada sebarang ikatan aku tetap akan mendoakan dia . Aku tahu dia seorang yang kuat , jadi aku  tidak perlu risau . Di sekelilingnya ramai lagi insan-insan yang boleh membahagiakannya . Aku akhiri dengan sekalung kemaafan dan penghargaan .

Saya Sayang Awak '' Jangan Risau

Terima kasih awak bagi saya peluang untuk berfikir . Apa yang pasti keputusan saya tidak akan melukakan hati awak dan saya malah akan membahagiakan kita . Saya ada hantar serungkai mesej "Good Nite " untuk awak . Wajib hantar walaupun dalam apa jua keadaan emosi . Semoga hati awak terbuka untuk menerima keputusan saya . Keputusan saya keputusan yang positif '' saya rasa ini antara pemikiran kedua terbaik saya dalam menempuh hidup ini selepas peperiksaan . Saya tahu awak perlukan saya dan saya perlukan awak . Hanya saya yang dapat mengukir senyuman di wajah awak yang comell itu . Terima kasih awak kerana sanggup deactivated 'FACEBOOK' . Awak dah mulai faham kemahuan saya sebenarnya . Mungkin secara rambang awak masih belum menyedarinya . Saya tahu awak seorang yang setia , sangat "cool" dan tidak mudah mengalah . Saya akan membanting tulang saya entah berapa kerat ini demi kebahagiaan kita . Awak jangan fikir bukan-bukan . Saya ikhlas membuat semua ini . Yang penting sekarang awak tanamkan sepenuh kepercayaan awak dalam diri saya . Insyaallah , cinta kita akan tumbuh semula selepas dibajai dengan kepercayaan awak . Saya sudah meneutralkan semua perspeksi saya terhadap awak . Saya berharap sangat kita sama-sama berganding bahu membina kembali hubungan kita yang sudah terpisah ini . Saya berusaha keras untuk mendapatkan kembali cinta awak . Huh '' takodd awak tidak terima . Tetapi belum cuba belum tahu . Susah juga ye nak pujuk awak . Ngee~ Semalam saya sudah berjaya buat awak senyum "Hahaha"... Awak juga telah melontarkan kata "Awak sayang saya " . Happy sungguh saya . Tidur lena . Terima kasih awak .

Tuesday, December 21, 2010

Kenapa ?

Kenapa aku berasa sedih apabila si dia tidak mengendahkan kiriman sms aku ? Kenapa si dia bisa melayari laman web sosial tetapi kenapa si dia tidak bisa membalas kiriman sms aku ? Kenapa aku tidak boleh terima hakikat bahawa si dia bukan milik aku lagi ? Ya Allah apa yang harus aku lakukan . Aku senantiasa menghulurkan rayuan kepadanya supaya membalas kiriman aku dan menyumbang panggilan telefon untuk aku . Sedihnya . Mengapa si dia tega berbuat sedemikian pada aku . Perasaan cemburu masih menghantui diri aku pabila melihat si dia bergembira bersama dengan insan lain . Kasih-sayang aku untuknya tidak pernah berubah , kenapa si dia tidak bisa menghargai kasih sayang aku . Ohh .. Kau bukakanlah hati si dia Ya Allah . Si dia mengatakan si dia menyayangi aku tetapi adakah dia tidak sedar bahawa dia sedang menghukum perasaan aku . Ya Allah kau ambil la aku pergi dari alam dunia ini . Aku sudah tidak sanggup melayari bahtera kesedihan ini . Hati si dia sudah tertutup untuk mendengar rintihan aku lagi . Hilangkan lah ingatan aku supaya aku tidak lagi memikir soalnya lagi . Si dia bergembira dengan pemergian aku . Hanya lagu Cinta Antara Kita menjadi wakil diri aku . Sedihnya '' Biarlah aku merana sendirian asalkan si dia gembira dan sentiasa tersenyum . Si dia sudah tiada sesiapa lagi . Semoga seseorang akan menjadi pendampingnya suatu hari nanti . Aku menzahirkan kegembiraan tetapi hati aku di hujani kesedihan . Sampai bila sampai bila ... Bila aku akan menerima semua ini ..

Check-Up PLKN's

Ayah aku kejut aku pagi tadi pukul 6.40 pagi . Hah ! 6.40 ? Aku tanya ayah aku . Aku cepat-cepat ambil tuala dan mandi . Aku janji dengan kawan 7.30 pagi nak pergi check-up dekat Klinik Jalan Mengkibol . Aku pun mandi-mandi kerbau je la '' takodd orang nanti . Aku tertunggu jugak harith hantar mesej . Then aku kirimkan secebis sms , adoish Off handphone pulak budak nie . Aku touch-up apa yang patut . Hehe '' macam nak pergi konsert je padahal pergi Klinik je tu . Huhu ! Opss .. Saya kan artis . Ahakzz '' Aku just pakai t-shirt berkolar hijau hitam , seluar codroy warna apa entah dan beg . Rushing lari ke dapur dan melantak maggi goreng yang mak buat . Lapar bangat ! Aku capai helmet dan terus pecut pergi rumah harith '' " Semekom harith .. harith ..", selepas mak dia keluar kejap ye . Then kepala harith je aku nampak dari tingkap itu . "Ajil .. Jil ... Jap-jap aku terlajak tidur ar . 5 minit au ", aku pun kata wookey der . Aku tunggu atas motor . Start motor pergi kedai kejap isi minyak . Kering doe minyak moto aku . Elak mati je tengah jalan . Rempit-rempit '' hooray ! Haha ! Sampai je klinik kami berdua tersipu-sipu malu . Dont know where to head to .. Haha ! Rupanya ada terpampang besar dekat dinding tu "MEDICAL CHECK-UP PLKN " Haha ! Aku dengan harith terus tuju dekat nurse sorang ini . Tengok macam sporting je . Huhu '' obviously sporting bha ! Macam cakap dengan kawan-kawan , boleh gurau-gurau senda '' I like . Aku dengan harith isi borang semua . Then mak cik tu cakap pergi ke kaunter ambil nombor cakap PLKN . Aku dengan lurusnya pergi kaunter cakap sebiji apa yang mak cik tu cakap . Sudah ! Gempak satu klinik tu dengan suara orang ketawa Ketawa kan aku . Hehe '' ngetop jugak . Best ! Pengalaman tu ..
Inilah antara pengunjung klinik kerajaan ini . "1 MALAYSIA !" "RAKYAT DI DAHULUKAN ,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN " Kawan aku yang snap gambar ini . Shh.. Curi-curi ini . Hehe !

Serabut betol aku masa nie . Aku dengan harith bertungkus-lumus meniru tandatangan parents masing-masing . Tetapi gagal . Cop-cop kita berjaya wookey '' aku tolong harith created signature untuk mak dia . Cis ! Baik sungguh aku . Haha ! Apa yang penting ? Kerjasama ... Ye betol . Masa ini juga aku dengan harith lengkapkan borang . Huh ! Macam-macam serabut kepala akus and harith . Kepada peserta PLKN Siri 9/2012 dan seterusnya korang pun akan lalui macam aku lalui ini . Procedure biasa la . Alah bisa tegal biasa .
These pictures captured by harith amni hassan using Nokia handphone '' cewah ! Since ada blog ini pergi mana-mana snap picture . Aww ..

                                                     " TIDAK BOLEH DIMINUM "
                                                        Nama : Bekas specimen urine
                                                        Lokasi : Toilet

Inilah bekas yang digunakan sebagai tempat untuk urine . Hmm... Huhu '' my urine positive . Normal .

Kesimpulannya , hari ini aku dapat belajar sesuatu . Aku mengendalikan tugas aku tanpa bantuan man dan ayah . Dapat belajar cara berkomunikasi dengan orang sekeliling dan mengetahui lebih dekat apa sebenarnya Klinik di bawah naugan kerajaan '' . Thanks :]


                                    

Monday, December 20, 2010

Aku Perasan

Aku hanya bertepuk sebelah tangan . Tepukan aku tidak mengeluarkan sebarang nada . Aku malu dengan diri aku . Malu sangat . Ya Allah maafkan aku kerana menjadi lemah . Harapan untuk kembali bersama si dia hanya angan-angan aku . Si dia tidak ingin diri aku yang kotor ini lagi . Aku sedih , aku malu dengan diri aku . Kegembiraan aku hanya sementara apabila aku mengetahui harapan aku hanyalah mimpi semata-mata . Mimpi aku kembali bersamanya adalah tipu . Aku sudah putus harapan Ya Allah . Bila agaknya perasaan malu aku terhadap diri aku akan hilang '' :'()': Sudah tiada pengganti untuk aku selain si dia . Hatinya bukan untuk aku lagi . Aku terlalu berharap Ya Allah , aku terlalu berharap . Malunya '' aku seolah olah menagih simpati dari orang . Arghh '' sedih sedih . Bila aku akan berhenti menitiskan air mata . Aku sungguh merana . Tubuh badan aku cekung . Aku makan hati Ya Allah . Aku sentiasa memanjatkan harapan tetapi kesudahannya aku malu sendiri Ya Allah . Aku sedih , mengapa aku ada di dunia ini sedangkan aku selalu menyusahkan si dia . Terima kasih . Terima kasih . Bila agaknya si dia akan bersama aku lagi .

Aku Sedar

Pintu kesedaran aku mula terbuka kembali . Aku sedar aku banyak merobek gedung perasaan si dia . Aku menyesal . Air mata aku mengalir pabila melihat statusnya di satu laman web sosial "Single" . Aku menghulurkan kata rayuan supaya si dia menukar kepada "In a relationship" . Walaupun si dia bukan milik aku lagi . Kenapa si dia menghemburkan kata-kata seperti "But we still same ye " . Apakah maksud di sebalik ungkapan itu . Ooo.. Sedihnya '' Adakah si dia memang sudah tidak berminat terhadap diri aku yang kolot ini ? Anasir-anasir negatif mula bermesra dengan aku . Adakah si dia serik bersama aku ? Please Ya Allah give a last chance to prove my pure 'Love' . Sedihnya . Mungkin aku menaburkan sejuta harapan supaya si dia kembali pada aku . Walaupun harapan aku untuk bersama si dia semakin menipis , aku akan cuba untuk gembira . Aku tidak mahu melihat si dia sedih . I willing to do anything to dia even i have to kill myself . This is as one of the sacrifices . Because love needs a sacrifice from both sides . This time my turns to sacrifice . I will sacrifice my feelings . Maybe i have to burn off my hope . I will try as hard as i could . But i really eager to be with si dia back ''

Hati Aku Hanya Untuknya

Hati aku hanya untuk si dia . Si dia memegang kunci hati aku . Hati ini tiada ruang untuk insan lain kecuali si dia . Walaupun kami lalui pelbagai rintangan namun hati aku hanya mahukan si dia . Sukar untuk aku mengklasifikasikan suara hati aku ini . Hati aku sering melontarkan nama si dia . Degupan hati aku bertukar kencang pabila mendengar nama dan melihat wajah si dia . Ya Allah betapa besarnya cinta si dia untuk aku . Gerbang hati ini amat sukar dibuka oleh sesiapa , tetapi si dia berjaya menodai hati ini dengan keikhlasan cintanya . Keindahan aku bersama nya menjadi lukisan di dalam hati aku . Ketulusan cintanya sentiasa mengalir seperti darah di dalam jantung aku . Alhamdulillah , si dia agak tenang sekarang . Kondisi aku sekarang ini tidak menetu , tetapi apa yang pasti tika aku bangkit di pagi hari aku akan menitiskan air mata kerinduan kerana aku tidak dapat lagi melihat kiriman "Good Morning " untuk aku . Sebak sungguh ketika itu . Terdapat satu mimpi yang menemani aku tika aku melelapkan mata di malam hari . Mimpi itu agak mengusarkan aku . Mengapa mimpi itu menyebut nama si dia , emm .. mimpi kan hanya gurauan tidur . Aku menegaskan di sini , keikhlasan dan ketulusan itu merupakan perisai percintaan . Aku sudah jumpa siapa yang layak berada di hati ini . Hanya si dia . Gaduh bersamanya membuatkan aku lagi memahaminya sebenarnya . Tetapi aku tidak mendedahkannya kepada si dia . Rahsia hati aku . Aku tidak handal untuk beradu tenaga dengan nya . Sayang sama dia bha , mana mungkin aku tega berantam dengannya . Tetapi aku gemar bercerita tentang dirinya kepada rakan-rakan aku .  Gambarnya penuh menghiasi bantal busuk aku iaitu lappy aku . Oleh yang demikian , sudah kantoi dengan semua orang bahawa aku dan si dia pasangan kekasih . Pucat lesu tika itu muka aku . Namun kepucatan bertukar kegembiraan apabila mereka menyokong hubungan aku dengan si dia ..

Aku Sedih

Hari ini aku menjalani kehidupan aku dengan penuh duka tanpa si dia . Amat sukar bagi aku untuk memulihkan semangat aku sekarang ini . Si dia sudah tidak menghiraukan aku lagi . Aku beranikan diri menyapa si dia namun tiada sebarang respon dari si dia . Diri si dia sentiasa menjadi lukisan di dunia pemikiran aku . Mengapa si dia menghukum diri aku sebegini berat . Aku sentiasa memanjatkan harapan supaya si dia mengirimkan sebarang pertanyaan khabar tetapi aku hanya bertepuk sebelah tangan . Si dia sudah tidak meyedari kewujudan aku lagi . Aku sedar aku seorang yang teruk dalam menelaah erti sebuah percintaan . Tiada kah peluang untuk aku menjaga si dia . Andai si dia tahu betapa seksanya aku sekarang . Aku sanggup menelan kesedihan ini sendirian kerana aku tidak handal memahkotakan hatinya . Mesti sekarang ini si dia sedang mengukir senyuman bersama keluarga dan rakan-rakan . Cepatnya si dia melupakan aku . Ya Allah hari-hari aku dipenuhi dengan kesedihan . Si dia tidak akan kembali kepada aku Ya Allah , aku sudah buntu Ya Allah . Aku menaip mesej kepadanya dengan ukiran senyum di muka tetapi si dia tidak menghiraukan keikhlasan aku mengirimkan pesanan ringkas tersebut . Aku amat tidak berguna Ya Allah . Apakah yang akan terjadi pada hidup aku selepas ini . Alhamdulillah kalau sekarang ini si dia sudah gembira tanpa kehadiran aku dalam hidupnya . Andainya si dia benar-benar tidak menyayangi aku lagi aku akan cuba untuk menerimanya . Aku mendoakan kebahagiaan nya Ya Allah . Sudah tidak bermakna hidup aku tanpa si dia . Sedihnya '' seandainya si dia mengirimkan secebis sms aku sudah gembira Ya Allah . Bilakah si dia kan kembali pada aku Ya Allah . Aku amat bertuah dapat mengenalinya . Tetapi aku bodoh tidak tahu menghargainya . Adakah si dia telah membuang kenangan aku bersamanya dari hidupnya . Ooo..Sedihnya .. Sebak hati ini apabila memikirkan nasib aku yang sentiasa tidak baik . Mengapa kau pergi saat aku memerlukan kau . Aku lemah sekarang ini . Hanya kau yang mampu menghiasi hari-hari aku dengan senyuman kau . Tolonglah megerti betapa pentingnya kau dalam hidup aku .

Sunday, December 19, 2010

Good Night Sayang

Jam 9.48 malam aku mengherdik jari aku supaya petah menaip mesej " Good Nite syg , love you , muah " untuk si dia . Walaupun si dia tidak menyapa aku lagi . Aku takut sebenarnya hendak mengirimkan mesej kerana khuatir si dia tidak dapat menerima kiriman aku itu . Air mata turut mengalir ketika jari aku petah menekan butang di telefon selular aku . Aku sudah terbiasa mendendangkan selamat malam kepada si dia . Aku harap si dia tidak kisah dengan tindakan aku itu . Walaupun si dia tidak menyapa aku lagi , aku akan berusaha untuk memenangi hatinya . Aku tahu si dia tidak akan pernah menerima aku kembali . Tetapi tidak salahkan aku melayan si dia kerana aku sayang dia sementara aku menghitung hari-hari remaja aku ini . Sebelum pemergian aku, aku ingin menghadiahkan si dia masa aku . Adakah si dia sudi menerima nya ? Aku kan sudah banyak merobek hatinya dengan kerakusan perangai aku . Mesti sekarang ini si dia sedang lena tidur di atas katil empuk nya :) Tetapi malam ini aku tidak dapat menyumbang suara aku kepadanya . Si masyam saya itu sebenarnya comel kalau mengantuk . Aku dapat bayangkan . Malam ini menjadi malam kesedihan bagi aku . Sukar untuk aku menikmati tidur aku . Aku rasa kehilangan yang besar . Si dia umpama jantung aku . Aku milik dia lorh '' Semoga esok dia akan kembeli tersenyum dan menjalani kehiupannya dengan tenang tanpa sebarang gangguan , aku rindu si dia . Agak nya si dia rindu akan aku ke tidak ? Adakah si dia akan mendiamkan diri ? Kenapa si dia menganggap dengan cara dia melepaskan aku aku tidak akan menderita lagi . Ya Allah sekarang ini penderitaan aku lagi bertambah . Aku berharap sangat esok akan menjadi hari kami . Aku rindu sayang kamu .

Gambar Menjadi Pengganti

Tulisan si dia amat romantik . Bulat-bulat . Ada belakang gambar . Aku sentiasa menghidu mesra gambarnya . Kandungan belakang gambar itu mengatakan mengenai anniversary kami pada 3 December 2010 . Masa itu genap 3 bulan aku bersama si dia . Tetapi niat aku untuk menyanyikan si dia lagu hasil ciptaan aku tidak kesampaian . Si dia telah melepaskan aku . Hakikatnya aku tidak rela Ya Allah . Maafkan B ye '' Jangan mara ye kalau aku membawa tidur gambar si dia bersama aku . Tidak terhitung kerinduan aku terhadapnya . Siapa yang akan memberi kucupan selamat malam kepada aku lagi ? Tiada Ya Allah . Aku harap si dia akan sentiasa gembira dan tersenyum . Si dia suka ketawa . Aku sempat merakam suaranya ketika aku dan dia bergurau senda di dalam telefon . Aku menerkam ear phone aku dan mendengar suaranya banyak kali . Terubat sikit rindu aku . Aku tahu aku hanya seorang yang kolot dalam dunia modern ini , tetapi aku tidak kolot dalam menelaah perasaan . Dia terlalu baik . Sehinggakan dia sanggup menghadiahkan aku baju dan gelang . Mama asyik tanya aku mengenai si dia . Inilah kekerapan dialog mama aku ," Adik , macam mana dengan si dia ? ", aku pun jawab alhamdulillah mama . Sorry mama adik terpaksa tipu . Adik malu hendak cakap dengan mama yang dia bukan milik adik lagi . Nanti mama mesti marah adik , sebab adik tak handal menjaga si dia . Hmm...

Air Mata Pengganti Duka Aku

Ya Allah sudah 3 jam setengah aku tidak mendengar khabar si dia . Aku amat lemah tanpa si dia Ya Allah . Aku mengakui bahawa aku terseksa sangat Ya Allah . Bengkak di mata aku makin membesar kerana aku tidak berhenti mengalirkan air mata . Adakah aku masih menjadi miliknya ? Adakah dia masih mengingati kelunakan suara aku ? Aku rindu akan suaranya Ya Allah . Agaknya apakah yang sedang si dia buat ye . Ya Allah memang benar kata orang tua-tua , cinta itu memerlukan pengorbanan . Aku sakit Ya Allah , aku tidak mahu dia kecewa kelak . Tetapi aku sentiasa merenung gambar yang dikirimkan kepada aku . Gambar tu menjadi penawar kepada rindu aku terhadapnya Ya Allah . Air mata aku mengalir sungguh deras , sebenarnya aku memerlukan kata-kata semangat darinya Ya Allah . Semoga kau masih memberi aku peluang untuk membuktikan kepada nya aku cinta sejatinya . Aku tidak akan merasai kebahagiaan seumur hidup aku . Siapa yang mahu ucapkan " Good Morning B " pada aku lagi ? Tiada seorang pun yang mampu menggantikan hatinya . Si dia sudah berjanji hendak menjaga aku suatu ketika , dan aku yakin si dia akan menjaga aku walaupun aku sedang nazak masa itu . Aku sudah berjanji dengan si dia kan menyimpan hatinya di dalam kotak hati aku . Si dia sudah membuang kunci tersebut , tiada siapa yang mampu membuka pintu hati aku kecuali si dia . Indahnya dunia bila bersama si dia . Macam dunia ini aku yang punya walaupun hakikatnya aku tidak lama lagi . Gambar dia comell sangat . Air mata aku menitis kencang di atas gambarnya . Aku mengucup gambarnya dengan penuh kasih sayang . Tetapi tiada siapa yang tahu isi hati aku ini . Aku menzahirkan kegembiraan tetapi sebenarnya aku rindu sangat dengannya . Aku beranggapan aku masih bersamanya . Suaranya masih terngiang-ngiang di telinga aku . Muah muah muah itu kucupan mesranya . Aku amat sedih apabila si dia melafazkan kata putus . Dia sudah janji dengan aku untuk tidak melepaskan aku walau apa pun . Aku lemah tanpa nya Ya Allah . Semoga kau satukan aku dengannya kembali ye Ya Allah . Darah aku sudah natural , alhamdulillah . Semoga aku cepat sembuh dan dapat menjaganya kelak . Amin !

Aku Gagal Memilikinya Cinta Nya

Hanya air mata kesedihan yang menemani saat duka aku bersama si dia . Si dia telah melafazkan kata putus yang sentiasa menjadi mimpi ngeri aku . Namun mimpi itu menjadi kenyataan . Aku gagal memahkotakan cintanya . Tanggal 19 December 2010 merupakan tanggal kesedihan bagi aku . Si dia pergi meninggalkan cinta aku . Manakala Tanggal 3 October 2010 tangga kebahagiaan bagi aku . Alhamdulillah aku berpeluang menyayanginya dengan sepenuh hati aku . Semuanya berakhir dengan kesedihan dan semoga kesedihan aku berkesudahan . Kini aku meneruskan roda kehidupan aku sebagai anak remaja biasa yang berduka lara . Doa yang aku kirimkan kepada si dia sentiasa ada . Terima kasih sayang ! b Love u '' walaupun si dia sudah tiada di alam kehidupan aku kenangan bersamanya masih segar di ingatan . Aku akan merana seumur hidup aku . Hanya dengan satu jam sahaja aku sudah mulai mencintainya . Tetapi hanya dengan sekali lafaz dia telah lesap dari hidup aku . ooOOoo.. Sakitnya bila ditinggalkan . Semoga si dia sentiasa bahagia menikmati kehidupannya bersama rakan-rakannya . Tidak mudah untuk membajai jiwa kita dengan cinta sejati , tetapi si dia telah berjaya mencuri hati aku . Namun apakan daya kami sudah tiada nadi kesefahaman . Aku akan menjalani kehidupan normal aku seorang diri . Dan bersiap sedia menempuh ke alam yang lain . Maaf aku tidak dapat menunaikan janji aku tika bersama si dia . Aku tidak berkesempatan untuk melaksanakannya . Radio percintaan aku kini mendendangkan lagu kesedaran dan ketenangan . Ya Allah kau lindungilah dia Ya Allah . Dia seorang yang tulus dan berhati mulia . Kau banjirilah kehidupannya dengan kebahagiaan Ya Allah . Kau permudahkanlah segala urusannya Ya Allah . Aku tidak mahu melihat si dia sakit atau bersedih . Kegagalan aku ini menjadi pengajaran kepada aku dan mengajar aku erti kehidupan sebenar . Semoga insan bertuah yang bakal bersamanya itu dapat menjaganya dan bertentang mata dengannya . Aku kempunan kerana tidak dapat bertemu dengannya Ya Allah . Kerana aku telah membelikan sesuatu untuknya . Aku sudah bernazar . Tetapi suatu hari nanti kita pasti akan bertemu . Terima kasih atas cintanya ! :'(

Kenangan ''

Biarlah aku menghabiskan masa berkualiti aku dengan merealisasikan blog aku . Hanya ini sahaja yang aku ada sekarang . Tiada siapa sedar akan kewujudan aku lagi di alam nyata ini . Si dia masih boleh tersenyum bersama rakan-rakan di Facebook tetapi aku di sini menghitung hari muda aku . Inilah antara hadiah yang si dia bagi pada aku . Hati aku dahagakan ketenangan sekarang . Mungkin dengan cara aku tidak menganggu si dia lagi , kebahagiaan itu akan menjadi milik nya selama nya . Aku sedar kan perangai aku yang begitu pasif . Oleh yang demikian , aku ambil keputusan untuk berani membuat keputusan sendiri . Sekarang ini situasi aku sangat tidak menentu . Tiada siapa yang sudi mendengar rintihan aku . Terima kasih atas hadiah ini . Amat aku hargai . Kalau si dia tidak menyumbangkan hadiah sebegini seumur hidup aku tidak dapat merasa mengayakan pakaian mewah ini . Semua ini kesilapan aku . Dan aku menyedarinya . Oleh yang demikian , aku merelakan si dia gembira bersama dengan orang lain . Aku tidak akan pernah melepaskan diri . Semua jawapan terletak pada bibir si dia . Aku tidak sanggup mendengar kata-kata yang terkeluar dari peti suaranya . Aku tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk mempertahankan perhubungan aku . Tetapi doa aku sentiasa mengiringi perhubangan kami . Baju serta gelang ini jika berkesempatan akan aku pulangkan kembali . Aku tidak mahu termakan budi . Si dia masih boleh mengukir senyuman di Facebook . Betapa remuk hati aku melihat si dia bergurau senda dengan ahli-ahli Facebook . Oh .. Begini rupanya rasa kecewa . Sangat sakit dan menderita . Aku sendirian di rumah . Memerap diri di dalam bilik bersendirian . Hidup aku kosong sekarang . Degupan jantung aku semakin kencang pabila teringat kenangan bersama si dia . Best '' suara dia sweet . Aku harap dia sentiasa tersenyum . Assalamualaikum ,

Pagi Aku

Celik sahaja mata aku, aku terus menyapa telefon selular aku yang tersadai kemas di atas meja belajar aku . Tiada sebarang sms dari sesiapa mahupun panggilan yang tidak dijawab . Pagi aku juga disambut dengan titisan air hujan yang membasahi bumi . Kesejukannya menusuk ke tulang aku . Sejuk '' Sampai tersumbat hidung aku . Ya Allah pelbagai mimpi yang menemani aku malam tadi . Aku bermimpi si dia memegang tangan aku di sebuah taman . Indahnya '' Jangan jeles ye ! Tetapi bila aku teringat balik tragedi semalam hati aku mula berdegup kencang . Terlalu kencang sehinggakan aku layu . Aku takut kalau si dia nekad untuk meninggalkan aku sendirian bersama jasad aku yang lemah ini . Adakah si dia akan mendiamkan diri seperti dulu ? Takutnya . Aku tidak tahu kenapa mesti aku memberitahu si dia situasi sebenar , semalam seolah-olah aku seperti dirasuk jin yang membuatkan aku membuak-buak untuk berterus-terang dengannya mengenai perasaan aku . Adakah si dia akan melakukan kehilafan yang sama seperti dulu ? Kalau kau ingin memisahkan aku dengan si dia , tolong la temukan si dia dengan seseorang yang boleh membahagiakannya yang jauh lebih baik dari aku . Tetapi aku tidak pernah mendendangkan doa supaya dia meninggalkan aku. Sebab aku amat memerlukan dia . Sweet la mesej Good Morning yang dia selalu bagi . Semangat rasanya nak teruskan kehidupan . Tetapi jari-jari aku selalu gatal itu menghantar mesej rindu kepadanya . Bestnya kalau dapat berada di dakapannya di sisa-sisa hidup aku ini . Ya Allah kau lindungilah Muhammad Nazim Bin Abdullah .

Aku Lega Walaupun Aku Tahu Akibatnya

Masya-Allah aku terbuai dengan keindahan kalam-kalam Allah . Terima kasih Ya Allah kau telah mengurniakan kekuatan kepada aku untuk berterus-terang walaupun aku tahu akibat yang akan menimpa aku . Tetapi aku sentiasa mendendangkan doa kepada mu Ya Allah supaya dia tidak pernah meninggalkan aku . Aku ingin melihat kebahagiaan itu menjadi miliknya . Dan aku rela menelan kesedihan itu sendirian bersama jasad aku yang lemah ini . Aku tahu apakah yang sedang menari di fikiran dan hatinya . Semoga dia tidak akan mengambil keputusan untuk tinggalkan aku. Kerana kalau itu keputusannya , Ya Allah bertambah-tambahlah penderitaan aku. Sebaliknya aku memohon sekalung harapan agar dia dapat meluangkan masanya bersama aku bukan dengan mendiamkan diri . Aku tidak sangka perkara sekecil zarah itu boleh merebak menjadi virus-virus yang akan menghancurkan hidup aku . Lihat lah pentas hati aku dengan mata hati kau , aku berasa gembira bila bersama kau , aku berasa sunyi pabila suara kau mulai pudar dari halwa telinga aku . Susah sangat ke mahu faham perasaan seorang khalifah ini . Hanya dahagakan perhatian dan perhatian dan perhatian . Tetapi kalau kau berkeras hendak melepaskan aku aku tetap berkeras tidak mahu . Hanya hari ini hari kau akan gelap dengan kesedihan aku , tetapi hari kau akan cerah esok , lusa ,minggu depan , bulan depan , tahun depan dan selamanya . Kenapa agaknya hati aku berjoget deras pabila mendengar suaranya ? Jawapannya sudah aku temui , sebab aku seram kalau dia melafazkan kata-kata pasifnya seperti dulu . Dup dap dup dap . Begitulah suara hati aku menyanyi . Agaknya bagaimana suara hatinya ? Aku belum pernah melihat lirik matanya . Indah sungguh kenangan dulu ye . Tidak boleh aku bakar semua kenangan itu . Kepulan kenangan kami masih terawang-awang di awan . Walaupun hujan runtuh dengan lebat , tetapi awan itu tidak hilang bersama air hujan tersebut . Indahnya cinta '' Salam

Sebenarnya ....

Sebenarnya aku menghidap satu penyakit yang sukar diklasifikasikan oleh orang bijaksana . Aku berpotensi meninggalkan dunia nyata ini . Hari-hari aku dibayangi dengan kematian . Sakit kepala aku ini semakin kerap sehinggakan aku tidak berupaya hendak merealisasikan tugas aku . Kenapa mesti aku menderita penyakit ini sedangkan aku banyak tanggungjawab yang perlu aku laksanakan . Aku akan merindukan dunia ini . Mungkin sudah ketentuan hidup aku untuk menghidapi penyakit seberat ini . Kalau aku mengatakan aku tidak lama lagi mesti mereka tidak mempercayai aku . Senyuman yang aku taburkan begitu manis sehingga mereka dapat merasakan kemanisan itu . Jangan risau ye suatu hari kita akan berkumpul semula di dunia yang lain . Walaupun di dunia itu kita tidak saling mengenali tetapi aku akan hargai semua budi mereka . Terima kasih kerana mengajar aku erti kehidupan ini . Di sini aku ingin menghadiahkan sekalung kemaafan kepada korang semua . Walaupun senyum aku akan pudar dari pandangan mereka insya-Allah aku rasa ketenangan di sana . Semoga aku sempat merealisasikan PLKN dan juga menjulang keputusan SPM 2010 dengan senyuman . Aku ingin insan di sekeliling aku bangga dengan kejayaan aku . Allah amat menyayangi aku sebenarnya . Alhamdulillah aku berasa tenang sekarang bersama insan yang aku sayangi , ayah , mak , along , kakak , si dia yang amat aku cintai dan rakan-rakan aku . Indah nya berada di dunia nyata ini . Aku dapat rasai pelbagai rencah kehidupan . Aku sangat bertuah sebab semua orang mengambil berat pasal aku . Masa yang mengalir seperti air juga turut bersimpati dengan aku . Aku berkesempatan menghulurkan lafaz kemaafan dengan semua orang . Terima kasih atas pelukan yang diberikan . Pesanan aku , doalah untuk kejayaan di dunia dan di akhirat . Kematian itu bukan pekerjaan kita tetapi pekerjaan yang Maha-Esa . Sudah tertulis di LUH MAH-FUZ tanggal kematian kita . Blog ini akan aku wariskan kepada anak saudara aku yang bakal mewarisi minat aku dalam penulisan bahasa . Alhamdulillah , sepanjang kehidupan aku belum ada orang membenci aku . Itu pengatahuan aku sahaja . Satu persatu nikmat aku telah ditarik . Aku redha . Aku terimanya dengan senyuman . Itulah roda kehidupan yang wajib kita lalui . Namun begitu kesusahan yang kita hadapi di dunia akan mudah di akhirat kelak . Janganlah kita sewenang-wenang menilai kesusahan dan kegembiraan di dunia . Jika kita silap langkah menggunakan nikmat di dunia celaka lah kita di akhirat kelak . Kedinginan aku terhadap dunia nyata ini semakin menjadi-jadi .

Saturday, December 18, 2010

Dinner Alone ''

Hmm... Petang tadi keluar dengan ayah dan mak pergi bandar . Sahaja sahaja '' haha ! Boring kodd dekat rumah nothing to do . Lama juga aku fikir bha ke mana destinasi aku seterusnya selepas pasar malam . Actually dari rumah tekak aku ini ingin sangat makan murtabak , at last tak beli pun . Bukan sebab tak ada .. Ada .. Tetapi selera aku bertukar rasa macam nak kasut sandle . Nice lah tengok orang tu suit kan dengan short pant and baju long sleve . Hehe ! Aku terus kenyang ... At last mak aku yang shopping . Kiri kanan beg , malangnya aku yang kena bawa .. Syurgakan di bawah telapak kaki ibu .. Huhu '' Ayah memandu dengan rakusnya menuju ke pusat bandar Kluang .. Aww.. Kluang maju au .. Jangan jeles '' ... Kereta ayah menuju ke kedai kasut .. Hati aku begitu gembira hendak memilih kasut sandle .. Tanpa memikir lagi aku terus berlari menuju masuk ke kedai itu .. Dengan gelojoh aku menelaah isi kedai kasut tersebut .. Malangnya kasut yang aku mahu tiada .. Sedih kodd '' Hmm.. Muncung mulut panjang berdepa-depa . I have changed my mind . I headed to Big Apple Donut .. Tension kononnya tak dapat kasut ... Haha ! Lepas tension terus lapar an .. Ahakzz '' .. Mai aku tunjuk kan donut kegemaran aku ....




Beli 3 biji je donut nya . Sebab aku yang suka makan . Kalau aku ajak mak dengan ayah aku makan donut tu inilah jawapan terbaik mereka " Geli je tengok donut ini , ada cair-cair itu " .. Haha ! Cair-cair tu sebenarnya coklat .. Haha ''


Destinasi seterusnya KFC . Adoi mak aku kepingin bangat mahu makan KFC . Alamak lupa nak bagi tahu lokasi kami . Lokasi kami di Kluang Mall .. Hehe '' .


Sampai sahaja dekat kaunter kakak tu ajukan pertanyaan yang paling aku suka . "Makan sini ke tidak ? Mak aku pun jawab TIDAK sama sekali " .. Hehe ! " Nak makan apa ye ? Mak cik nak ayam 5 ketul dan air pepsi satu .. Hmm ... " Ayam sahaja mak cik ? Ye ayam sahaja ." "Spicy ke original mak cik ? Macam biasa ye spicy . Haha ! Sorry .. Tadi ayam nya ada 5 ketul tapi sekarang dah tinggal dua je .. Haish = =''

Aku menggunakan baki duit beli donut tadi RM 3.10  untuk beli Chocolate Blog '' aww ! I like that damn much .. Aku dengan ayah aku naik tangga bergerak tu menuju ke tempat ice blog . " Kak, chocolate blog satu ye nak pearl ", Kakak tu tak sempat tanya aku dah cakap . Hehe ! Good customer's .. Cewah !

Selepas itu aku jalan sambil mesej dengan kawan aku . Sahaja sahaja mesej dia , tanya khabar . Terserempak pula dengan kawan aku . Habis kecoh satu shopping mall tu . Faham-faham je la kalau aku dah ketawa .. Toink !

Mak pimpin tangan aku lintas jalan .Aww ! Sweet kan '' jangan marah . Hihi .. Menuju ke kereta dan get ready balik rumah . Sampai sahaja rumah terus tukar baju dan solat . Aku rasa sampai di sini sahaja la . Enjoy wookey '' Muach !

My Head Starts Bleeding Back '' Arghh !

Sorry guys i am not able to update my blog for the time being . I am feeling unwell .  My head starts bleeding back . I was felt inside the bathroom and my head was knocked by the mosaic . Ouch '' i have no energy at all to survive now . I am so weak and I have no idea to express my feelings now . If anything happen just pray for me wookey . If i am getting better soon I bet i will be here and start to write back . For the facebookers , sorry to say i am no longer there . I cannot stand anymore .


Sincerely [ FAZIL AJIL ]

Cinta Saya Untuk Awak

video
Sekalung harapan aku semaikan . Semoga si dia melihat coretan video ini . Video ini khas untuk si dia .

Aku [Suka + Cinta] = Kau

Di hadapan orang yang kita cintai , Hati kita akan berdegup kencang
Di hadapan orang yang kita suka, Hati ini akan gembira
Di hadapan orang yang kita cintai , Musim sentiasa berbunga-bunga
Di hadapan orang yang kita suka , Musim hanya berangin sahaja
Jikalau kita melihat di dalam mata orang yang kita cinta , Kita akan kaku
Jikalau kita melihat di dalam mata orang yang kita suka , Kita akan tersenyum


Di hadapan orang yang kita cinta , Kita akan malu
Di hadapan orang yang kita suka , Kita akan tunjukkan imej sebenar
Kita tidak bole merenung mata orang yang kita cinta
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka
Bila orang yang kita cinta menangis , Kita akan turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis, Kita akan buat dia gembira
Permulaan cinta bermula dari kata
Permulaan suka bermula dari telinga
Jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka , Umpama kita membuang telinga kita
Tetapi jika kita cuba menutup mata, Cinta berubah menjadi air mata .

Siapa Kau Di Hati Aku ''

Kau telah berjaya menyelinap masuk ke dalam hati aku . Aku telah menyedari keberadaan kau di dalam hati aku . Aku menelaah satu persatu perasaan aku terhadap kau . Akhirnya kau telah memahkotakan cinta aku dengan keikhlasan kau . Kau ibarat nadi aku . Jikalau kau tiada maka nadi aku akan menemui jalan mati .

Hati aku tidak berhenti mengalirkan darah sayang terhadap kau . Betapa aku sayang akan kau . Ketulusan hati kau mencintai aku telah berjaya membuka jendela hati aku yang keras . Ketulusan hati kau juga telah membuatkan aku tunjuk akan cinta kau .

Pemikiran aku mula menjurus kepada cinta yang kau taburkan di atas permaidani diri aku . Cinta kau tidak pernah berhenti mengalir di dalam diri aku . Oh .. Tulusnya hati kau . Besarnya cinta kau terhadap aku . Mimpi aku selama ini menjadi kenyataan apabila Yang Maha-Esa menemukan aku dengan kau di dalam situasi yang tidak dijangka . Kepuistisan kata-kata kau telah berjaya menodai jiwa nurani aku . Seandainya kau menghadiahkan aku cinta palsu dari dulu lagi hati aku memberi amaran supaya tidak menerima kau . Tetapi kau menghadiahkan cinta sejati kepada aku dan monolog hati sering berbisik dengan jasad aku . Supaya terima cinta kau .

Aku inginkan diri kau . Datang dan temui aku . Pabila pancaindera aku bertemu dengan kau akan aku hemburkan kata-kata "I WILL NEVER LEAVING YOU " . Akan aku sunting jasad aku untuk kau . Pahit manis kita rasa bersama .

Friday, December 17, 2010

Rahsia Di Sebalik Warna Bunga Ros

Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.

[ROS MERAH]
Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.

[ROS KUNING]
Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu


[ROS PUTIH]
Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.

[ROS MERAH JAMBU]
Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

Kitaran Hidup Aku ''

Gedebung ! Gedebung ! Gedebung ! itulah bunyi yang membangkitkan aku dari lamunan tidur . Ayah aku megetuk pintu bilik aku dengan rakusnya untuk solat subuh .. Haha ! Aku akan merindui bunyi itu suatu hari nanti . Selepas ayah aku mengetuk pintu aku akan menyahut dengan kata-kata " Ye-ye adik bangun nie hah " . Itulah dialog yang sering aku gunakan . Kehidupan aku mula aktif dan aku terus menerkam telefon selular aku untuk melihat sama ada sesiapa yang sudi mengirimkan sms atau sebarang panggilan yang tidak aku jawab . Biasanya hidup aku disambut dengan serungkai sms "Good Morning " oleh si dia . Hmm.... Aku jalan menuju ke gerbang bilik air dalam keadaan mamai . Mata aku silau akibat pancaran lampu di rumah aku . Kadang-kadang aku terlanggar tembok di rumah aku . Haha '' . Selepas aku mengambil wuduk aku menunaikan solat subuh dalam keadaan dingin . Huh dingin bangat '' haha ! Akhiri solat subuh aku dengan menyebut kalam-kalam Allah dan berdoa . Sekilas petir aku melompat ke ranjang aku untuk topup kengantukan aku . Dalam jam 10 PAGI baru aku merelakan diri aku bangun untuk sarapan . Selepas perut aku penuh barulah aku akan memulakan kehidupan aku sebgai pencinta IT . Aku memeluk lappy aku dan menekan butang On . Jari aku petah menaip perkataan FACEBOOK dan BLOGSPOT.COM . Aku akan menyapa Ieka dan sis Esya as my foster sister . Aku suka melontar kata-kata bersama mereka berdua . Mereka faham aku . Hehe ! Thanks sis ieka & sis esya '' . Kan sekarang bunyi chat di Facebook dah pelik jadi aku reti nak buat macam bunyi tu dalam perkataan . Haha ! Faris hafifi budak nie aku anggap dia macam adik aku la . Dia pun panggil aku abang . Dia rajin chat dengan aku . Nice budak nie . Budak nie pun ada blog , rajin juga lah aku menelaah blog dia . Kadang-kadang kongsi jugalah masalah dengan dia . Hehe ! Selamat dia agak petah berbicara . Di Facebook aku jarang layan semua orang . Hanya layan sesiapa yang aku rasa dapat memberi aku input-input penting mengenai Kehidupan dan juga kata-kata nasihat kepada aku .. Mereka mewarnai kehidupan aku dengan kata-kata mereka . Sekarang ini aku hilang nafsu untuk mendekatkan diri aku dengan telefon selular aku . Si dia hanya menyumbang panggilan pada malam hari . Siang hari telefon selular aku tersadai kemas di atas katil . Kemudian aku akan mengemas kini blog aku dengan idea-idea hasil nukilan aku . Aku rasa puas dapat merealisasikan blog aku sebaik mungkin . Lagu dari Dadali Band- BilaAkuMencintaimu turut menemani aku mengemas kini blog . . Si dia busy dengan kehidupan nya, aku cuba untuk memahaminya . Jam 1 PETANG aku merelakan diri aku untuk mandi . Ahakzz '' ayah dan mak aku selalu menghemburkan kata-kata perli kerana aku mandi terlalu lama . Haha ! Tak buat apa-apa pun dalam bilik air tu. Sahaja main air . Haha ! Selepas badan aku segar aku menunaikan solat zuhur dan mengisi perut aku dengan nasi serta lauk-lauk air tangan mak aku . Nyum ! Sedap bangat ! Aku port depan tv untuk menonton peti televisyen aku yang usang . Aku gemar menonton cerita-cerita dongeng . Haha ! Kadang-kadang aku terlena di depan tv bersama jasad aku sendirian . Ayah kata wajah aku penuh dengan kesedihan ketika tidur . Aku sedih sebenarnya tetapi menzahirkan kegembiraan . Jam 5 PETANG aku bangkit dari tidur untuk menunaikan solat asar . Tiada minum petang bagi aku . Aku hanya menjalani kehidupan yang sederhana . Jam 5.45 PETANG aku menyambut kepulangan mak yang tersayang pulang dari opis . Best nya dapat melihat wajah mak . Tenang rasanya . Aktiviti riadah aku waktu petang tidak menentu . Kadang-kadang aku just lepaking dekat rumah jiran terhebad aku , kadang-kadang aku riding motor dengan kawan-kawan , kadang-kadang aku bergelak ketawa bersama anak saudara aku . Jam 6.30 PETANG aku bergegas masuk ke rumah dan menerkam peti tv aku . Suka tengok cerita petang-petang tu . Jam 7.30 aku mandi , dan solat maghrib . Waktu malam aku jarang makan , diet konon .. Tettt ~  Haha ! .. Tak mengapa la .. Malam aku study even dah habis SPM . Walau macam mana pun aku WAJIB study walaupun sikit . Need to refresh my mind . Telefon selular aku apa cerita agaknya ye . Hilang keghairahan aku melihatnya . Kecuali si dia menghantar serungkai sms kepada aku . Bestnya kalau si dia menghantar sms. Kebiasaanya pada waktu malam aku akan berkongsi suka dan duka aku dengan blog aku . Aku akan melakarkan semua suka dan duka aku di dalam blog ini . Jam 8.30 MALAM aku menunaikan solat ishyak . Selepas solat aku fikir sejenak untuk membuat aktiviti apa . Just watching televisyen , listening music and blogging or facebook-ing . Kadang-kadang kesedihan aku tidak menemukan garisan penamat sehinggalah aku tertidur sendiri beralaskan sebiji bantal yang keras . Itulah kisah hidup aku , Nothing special about my life . But i still seeking the real life . I keep praying for my life to achieve his blessing . Friends dont ever let me alone ye .

Tolong Faham Aku

Tolong ! Tolong ! Tolong ! perlu ke aku melontarkan kata jeritan sebegitu untuk kau memahami gedung kemahuan aku . Aku hanya mahu sedikit dari masa kau untuk menelaah perasaan dan kemahuan aku ini . Aku sunyi apabila kau kerap menghiasi hidup kau dengan bergembira di luar sana tanpa menyelami perasaan aku . Aku hanya bertemankan secebis rakan-rakan yang memahami aku . Aku terpaksa menghiret mereka untuk membongkarkan semua perasaan sedih aku terhadap kau . Kenapa mesti mereka kenapa tidak kau yang membongkar kotak perasaan aku ini .Kau seringkali disogokkan dengan pelbagai keasyikkan dunia yang kerap menghiasi mata manusia di luar sana . Kau suka menjadi tontonan ramai , tetapi kenapa kau tidak suka menjadi tontonan aku . Aku kekasih kau ! Aku kena merayu dengan kau untuk mendapatkan perhatian dari kau . Mungkin suatu hari nanti pintu kesedaran kau akan terbuka setelah aku tiada di dunia nyata ini . Aku hanya mampu mengesat air mata aku yang membasahi pipi aku dengan sehelai sapu tangan kusam atas simpati orang lain . Alangkah indahnya kalau kau senantiasa berada di sisi aku . Aku dapat menerokai setiap lopak di muka kau . Aku dapat menelaah perasaan kau . Aku dapat menghembuskan nafas kegembiraan yang selama ini menjadi mimpi aku di dalam tidur . Aku menharungi hari-hari kesedihan aku sendirian . Pabila hujan membasahi bumi , pada ketika itulah aku berdoa semoga Allah mendengar doa aku . Doa aku meliputi aspek aku dengan kau . Aku hanya mahukan kau . Kau dan kau ! Walaubagaimana pun aku senantiasa menunggu kehadiran kau di jendela mata aku . Alangkah gembiranya kalau kau tahu kau permata di hati aku . Aku sentiasa menggilap permata itu supaya tidak pudar . Tidak lama lagi aku akan pergi meninggalkan alam kebosanan aku ini . Aku akan menuju ke alam yang baru , alam yang penuh dengan cabaran serta rintangan . Masa hidup aku akan terisi dengan segala kegiatan yang berfaedah . Aku telan sendirian kesedihan aku . Aku tidak pernah membantah kemahuan kau . Mungkin cara hidup kita terdapat sempadan . Kau dibanjiri kemewahan tetapi hidup aku dibanjiri kesusahan . Hidup aku hanyalah sebuah rumah usang yang hanya terdapat perabot-perabot yang tidak lama lagi menyembah bumi . Aku tidak muak mendendangkan nama kau dalam doa aku . Sebab aku sayang kau ! Sayang sangat ! Aku hanya ada kau seorang sahaja . Kau nadi kebahagiaan aku dan sumber kehidupan aku .

[Recount] [a] [time] [when] [I] [felt] [uneasy]

This story totally about my condition during i felt anxious '' First of all i wanna send my apologize if my English quite worse . Just wanna to try write in English . I have been created this story . I took 3 days to recall the memories and my mood as well . Have a read bloggers .

 I looked at myself in the mirror , going through the same routine that i forced myself to endure each day before the Big Day came . My mouth curled itself into the appropriate contortions to produce unfamiliar words , but beauty was not high on my list now . I had to pass my oral test or I would be the laughing stock of all my friends .
  When i first toyed with the idea of learning " Bahasa Arab " as a third language in school , everyone i knew laughed . After all, a third language was ludicrous whwn i did not even succeed in learning it . The more i was derided for trying to bite off more than i could chew , the greater my determination to prove my detractors wrong .
  Needless to say , i was demoralised . When i told my friends of my progress they roared with laughter as they reminded me of their dire forecasts before i signed up for the class . My pride was naturally hurt .
   The situation became worse when the examiner glared at me as i stew in my own juice . OMG ! when the time came , i just could not open my mouth ! I had anticipated the question and practised saying it a hundred times . Huh ''
   Finally, i was able to open my mouth by answering all the question given . Alhamdulillah .. Nothing i was so nervous by now that i could not have said a thing to save my life .
  I practically crawled out of the room , into the bright sunshine and the laughter of my friends as they saw my woebegone expression .

All About My Jiran's [ACAH]

                      [ AISHAH BINTI YAHYA ] [ ACAH ] [ CHENTA SADIS ] [ MAK USU ]


Aishah binti Yahya atau nama yang menjadi sumber jeritan aku iaitu Acah '' Aku dan dia menetap di sebuah taman perumahan yang agak popular di daerah Kluang ini iaitu Taman Sri Lambak [T6] . Dulunya kawasan perumahan ini belum menjadi tumpuan masyarakat . Hanya segelintir sahaja yang sedar akan keberadaan taman perumahan ini . Aku berpindah di taman perumahan ini pada tahun 1995 ketika itu aku berusia 2 tahun manakala acah berpindah pada tahun 1997 ketika berusia 9 tahun . Acah berasal dari sebuah daerah di negeri Johor iaitu Muar . Rumah kami bersebelahan . Terlalu dekat . Memang mudah untuk berkomunikasi . Antara salah satu cara berkomunikasi aku dengan acah ialah JERITAN . Haha ! Acah .. Acah .. Acah .. Dia akan memakai selipar dan menuju ke jendela bilik aku .. Huhu ! Aku mulai rapat dengan acah ketika aku berumur 3 tahun dan acah pada masa itu berumur 7 tahun . Kenangan yang memang aku tidak boleh lupakan adalah sewaktu aku tidur di rumahnya bersama maknya atau lebih mesra di panggil "MAK CIK " oleh orang-orang di sini . Pada masa tu rasa malu itu belum ada la kan . Aku akan membawa bantal busuk dan juga botol susu kesayangan aku pergi ke rumahnya . Nak dijadikan cerita , masa aku tidur di rumahnya aku punya puting botol susu termasuk dalam lubang jamban '' haha ! Hanya acah yang sanggup mengambilkan puting tersebut ' sungguh menyentuh perasaan aku sekarang . Kami sudah macam sebuah keluarga . Keakraban kami tidak dapat dinilai hanya dengan sekilas pandangan . Sekarang umurku sudah mencecah 17 tahun dan acah 21 tahun . Sudah 12 tahun persahabatan aku dengan acah terjalin . Huhu ! Suka duka aku mesti aku akan berkongsi dengannya begitu juga dengan dia . Aku gemar lepaking dekat umah dia malam-malam gosip-gosip . Haha ! Tetapi aku dengan dia lebih kerap berkongsi soal cinta . Huh '' Sampai je isu cinta ini terlalu banyak intipatinya . Sehinggakan suatu ketika itu acah mengalirkan air mata kesedihan akibat tamparan cinta . Namun aku cuba sedaya upaya untuk memberi semangat kepadanya . Dengan segala apa yang kami kongsi secara tidak langsung aku dapat menyelami perasaannya sebagai seorang yang memegang tanggungjawab untuk menjaga maknya . Acah dan maknya tinggal berdua di rumah . Mak aku pun kadang-kadang datang ke rumah acah untuk berbual-bual dan sebagainya . Tetapi moment sedih yang agak aku tak bole lupakan masa hantar mak cik pergi haji dekat lapangan terbang SENAI , Johor Bahru . Ya Allah masa itu suasana dekat lapangan terbang penuh dengan tangisan . Aku tidak tega melihat acah menitiskan air mata . Selama sebulan mak cik pergi menunaikan fardhu haji . Acah menjalani kehidupannya sendirian selama ketiadaan mak cik . Everything we did together . We shared together . Kadang-kadang aku datang rumah acah untuk study FOP (Fundamentals Of Programming) . Acah dia continue study dekat UTHM dalam jurusan 'Information Technology ' . Aku juga bantu dia dalam menyumbang idea untuk merealisasikan tugasan universiti dia .Pada masa yang sama , aku jugak dapat belajar sama . Nanti agaknya aku pergi PLKN sape la lagi nak jerit nama dia kan .. Sedih kodd '' . Sampai di sini sahaja coretan mengenai jiran terbaik aku .

Thursday, December 16, 2010

Wajah

Wajah bukan lukisan hati . Tetapi wajah sebenarnya merupakan wayang dalam percintaan . Wajah juga menjadi pameran keseronokan tetapi bukan sebagai tiket kebahagiaan .Selain itu , disebabkan wajah juga manusia menjadi rakus dalam menilai erti sebuah percintaan . Manusia menjadikan wajah sebagai salah satu nadi utama dalam dunia percintaan mereka . Sesungguhnya wajah yang cantik atau tampan itu belum tentu dapat menjadi pendinding utama kepada kebahagiaan kita . Sebenarnya wajah yang cantik atau tampan ini adalah merupakan satu anugerah dari ALLAH . Allah menciptakan hambanya dengan nilai wajah yang tersendiri . Lopak-lapak di wajah juga terdapat nilai estitika yang unik . Janganlah kita pandang buruk akan wajah seseorang kerana perbuatan itu seolah-olah mencabar kekuasaan ALLAH sebagai penciptanya . Kita tidak boleh membeli wajah yang cantik atau tampan dengan kemewahan wang ringgit , tetapi kita dapat membelinya dengan memasakkan nilai-nilai murni di dalam diri serta mendekatkan diri dengan ALLAH . Hakikatnya , apabila kita melihat seseorang itu secara automatik hati kita menjadi tenang itulah tanda seseorang itu mempunyai wajah yang sempurna . Bukan disebabkan solekan yang menarik ataupun pembedahan plastik . Solekan itu hanyalah sebagai salah satu bukti kemajuan teknologi di dunia . Kesempurnaan sesebuah solekan itu tidak dapat menundukkan kekuatan sebuah wajah yang asli . Janganlah kita menolak cinta seseorang itu kerana mereka mempunyai wajah yang hodoh . Wajah yang tampan dan cantik itu belum tentu mendapat tempat di sisi ALLAH . KESIMPULANNYA , wajah yang cantik dan tampan mestilah sejajar dengan keperibadiaan yang mulia serta akhlak yang mapan . Pandang lah seseorang itu dari segi kecantikan hatinya , janganlah kita menilai wajah seseorang itu dengan nafsu . Maka kebahagiaan akan terawang- awang di angin .

Aku Rindu Sayang Kamu

Dalam beberapa hari ini kehidupan aku dibelenggu dengan pelbagai masalah yang mendatang tidak kira dari segi fizikal atau mental . Masalah ini merupakan salah satu fenomena semulajadi yang dihadapi oleh setiap khalifah di muka bumi ini . Namun yang membezakannya adalah cara mereka mengatasi atau menyelesaikan masalah itu . Berbalik kepada masalah yang menjadi racun kepada kehidupan aku . Aku sentiasa di push untuk melakukan sesuatu yang aku tidak suka . Bayangkan betapa sukarnya kita hendak menempuh sesuatu yang kita enggan buat . Namun begitu aku tidak pernah membantah masalah yang mendatang sebaliknya aku makan masalah tersebut hidup-hidup dan semaikan di dalam kotak hati aku . Masa dan berfikir merupakan tulang belakang utama dalam menyelesaikan sesuatu masalah .Aku hanya stress dan aku tidak berniat untuk menempiaskan masalah yang aku hadapi kepada si dia . Dalam waktu seminggu ini adalah merupakan minggu gelap bagi aku dengan si dia . Dimana aku seringkali bertelingkah dengan si dia . Si dia sudah buat yang terbaik . Sangat terbaik ! Tetapi di sebabkan aku telah menelan masalah tersebut hidup-hidup aku menjadi buta dalam menelaah kebaikan si dia . Dari hari ke hari aku kerap menghembuskan kata-kata PUTUS kepada si dia . Namun si dia tetap ingin pertahankan hubungan telah kami bina atas dasar C.I.N.T.A.
Anasir-anasir pasif terus menerus menghambarkan kata-kata hasutan supaya menamatkan perhubungan kami . Tetapi si dia masih kuat dan masih rasional dalam mengatasi masalah yang aku hadapi ini . Tetapi di hari berikutnya kesabaran si dia sampai di garisan penamat . Aku telah melafazkan kata PUTUS kepada si dia dan aku juga telah merobek perasaannya. Aku telah mengheret masalah yang aku hadapi dalam dunia percintaan kami . Selepas aku melafazkan kata-kata tersebut aku pergi ke bandar enjoy bersama kawan-kawan. Aku ingat dengan cara aku enjoy dengan kawan-kawan aku dapat melupakan si dia . Tetapi aku salah sama sekali , dalam aku mengukirkan senyuman ketika bersama kawan-kawan aku hati aku mula menyerap perasaan menyesal dan sedih . Aku bertalu-talu menghantar sms namun hasilnya masih samar. Si dia kecewa . Si dia kecewa . Aku sungguh menyesal dengan perbuatan aku yang buta menelaah keluhuran si dia . Aku sayang si dia sebenarnya . Tetapi aku tidak berputus asa, tangan aku petah menekan butang-butan di telefon selular menghantar sms dan menelefon si dia. Namun masih samar hasilnya . Semalaman aku tidak mendengar suara si dia . Ya Allah terseksanya jiwa aku . Beberapa jam kemudiaan si dia mengirim secebis sms kepada aku . Alangkah gembira rasa hati aku . Satu persatu aku menelaah cebisan sms yang diberi oleh si dia . Kandungan sms tersebut mengatakan si dia memerlukan masa untuk memikirkan masa depan perhubungan kami untuk kebaikan aku . Hanya Allah je tahu perasaan aku ketika itu . Jantung aku menari kenyang sehinggakan aku sukar untuk bernafas , aku sukar untuk menelaah tidur aku , aku sukar untuk menikmati keenakan makanan aku . Sudah 3 hari aku tidak mendengar suara si dia yang sentiasa terngiang-ngiang di corong telinga aku . Sedihnya hati aku ini . Dalam masa 3 hari itu aku menelaah kembali perbuatan aku terhadap si dia . Aku menapis semua titik-titik noda yang melekat di jiwa aku , memuhasab diri aku sebelum aku melelapkan mata . Sekarang aku sudah faham di mana silap aku . Sehinggakan jam 12.30 a.m kalau tidak silap aku si dia memutuskan untuk melepaskan aku . Namun aku cuba untuk pertahankan , pertahankan dan pertahankan . 1 jam lebih aku berkongsi suka dan duka aku bersamanya di dalam sebuah panggilan telefon yang amat aku harapkan . Aku melepaskan semua masalah yang aku hadapi selama ini dan menceritakan sepenuhnya konflik yang aku alami . Alhamdulillah , si dia bertukar fikiran . Si dia menerima aku kembali ke pangkuannya . KESIMPULANNYA , masalah tidak akan selesai jikalau kita membabitkan pihak lain sebaliknya bagilah masa pada diri kita untuk menelaah masalah tersebut secara positif . Pada masa yang sama , berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu supaya kita tidak rugi kelak dan hargailah kasih-sayang yang diberikan oleh seseorang . Aku gembira dengan si dia . Si dia sangat special dalam hidup aku . Aku akan menjaganya dan sentiasa menyayanginya . Aku rindu Sayang kamu .

Lagu "Cinta Antara Kita " dengan AKU

Cinta antara kita ,
Tiada penghalangnya ,
Walau akhir usia ,
Ku menyinta dirimu ,
Ku hanya menunggu mu ,
Ternyata kau cintaku ,
Ku kan berjanji menyintamu sayang .

Inilah antara cebisan lirik yang menjadi nadi sampingan di akhir perbualan aku dengan si dia . Lirik lagu ini seolah-olah sudah terpasak dalam jiwa nurani aku apabila aku mula menyayangi seseorang . Keikhlasan yang aku tonjolkan ketika mendendangkan kepada si dia membuat hati ku sentiasa berbunga-bunga. Ibarat bunga mekar di pagi hari yang sentiasa menyelubungi hatiku dengan kewangiannya . Kadang kala sebelum si dia bobok lirik ini juga menjadi peneman kepada si dia. Aku sanggup menunggu si dia sehingga 2-3 pagi semata-mata ingin mendendangkan lirik lagu ini di halwa telinganya. Cebisan lirik ini menjadi pendinding cinta kami suatu ketika dahulu. Selain itu , apabila lagu ini berkumandang di halwa telinga aku , aku akan tersenyum sambil teringat akan si dia . Best sangat ! Lagu " Cinta Antara Kita " ini merupakan lagu tema dunia percintaan aku yang menjadi kunci sampingan kepada kebahagiaan aku . Tetapi tidak semua pasangan kekasih mempunyai lagu tema percintaan mereka , kadang-kadang sehelai baju , sebaris ayat , secebis kertas yang kusam juga boleh menjadi tema percintaan mereka . Namun aku adalah aku . Si dia adalah si dia . Cebisan lirik ini mempunyai nilai estitika yang tersendiri bagi aku . Nilai estitika yang berjaya menodai jiwa aku ialah hanya dengan menggunakan perkataan yang mudah tetapi memberi natijah yang besar kepada dunia percintaan aku . KESIMPULANNYA , mutu sebuah lagu itu terletak pada liriknya yang terselit maksud tersendiri yang mampu difahami oleh seseorang yang berusaha untuk mendalami maksud tersebut . Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk memahami maka maksud lirik tersebut tidak akan dapat direalisasikan . Tidak semestinya seseorang yang dipanggil JIWANG sahaja yang mampu mendalami lirik sesebuah lagu , tetapi semua itu terletak pada diri kita sendiri .

Tuesday, December 14, 2010

Tamparan C.I.N.T.A

"Kita Putus " sukar bagi seseorang yang bercinta pada masa yang sama telah menyayangi insan itu untuk mengungkapkan kata-kata pasif itu. Namun, sebalik ungkapan pasif itu terdapat satu perasaan lega yang hanya dapat dirasakan apabila kita sudah berjaya mengungkapkan kata tersebut diselitkan dengan motif-motif kalau tanpa motif perasaan menyesal pula akan menjadi racun kepada perasaan kita . Kadang kala berpisah ini mempunyai madu dan racunnya . Madunya kita akan berasa lega dan perasaan kita tidak terseksa sama ada disebabkan perangai atau perbuatan pasangan kita yang telah membebankan nadi permikiran kita yang memberi impak kepada kualiti hidup kita . Kualiti hidup di sini bermaksud kita akan sentiasa mudi sekaligus produktiviti dalam kehidupan kita merosot . Racunnya pula apabila kita tidak mengungkapkan "Kata Putus " adalah emosi serta gedung perasaan kita dibelenggu dengan kebimbangan sehinggakan kita stress. Kita akan rasa seperti diri kita tidak diberi perhatian oleh pasangan kita lagi . Tetapi perkataan " Belajar dulu , kerja dulu " seringkali disogokkan dengan kata-kata senior kita(Orang-orang tua) . Ada betul kata mereka itu. Hanya dengan pendidikan kita dapat menghiasi kehidupan kita dengan kesenangan dan untuk mendapatkan kerja yang baik mestilah mempunyai latar belakang pendidikan yang mapan .Barulah kita memikirkan soal C.I.N.T.A. Cinta bermaksud perasaan sayang terdapat seseorang yang disukai manakala JODOH pula satu fenomena semulajadi yang telah ditetapkan oleh MAHA-Esa. Jadilah tak perlulah timbul konflik bimbang ataupun kecewa . Tetapi kita perlu pandai dalam memilih cinta. Kadang-kadang orang yang kita cintai dengan ikhlas itulah merupakan jodoh kita yang bakal meghiasi kehidupan kita . Benarkah manusia-manusia yang berstatus pelajar sekolah tidak sesuai bercinta ? Hmm.. Bila direnung kembali mungkin betul . Mengapa saya kata betul ? Sebab dalam zaman persekolahan para pelajar semestinya memberikan tumpuan sepenuhnya dengan pelajaran. Seandainya para pelajar mencampur adukkan pelajaran dengan soal cinta natijahnya amat besar . Antara natijahnya, kualiti pelajaran para pelajar akan menurun. Selain itu, kehidupan para pelajar juga akan menjadi kucar-kacir apabila mengalami konflik dengan pasangan dan para pelajar tidak berpeluang merealisasikan impian kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang bijak menabung. Hal ini terbukti, duit yang sepatutnya disimpan itu akan digunakan untuk menambah kredit prabayar telefon bimbit mereka . Mereka juga tidak ada masa yang berkualiti untuk diri mereka dan juga keluarga mereka . Seterusnya emosi para pelajar ini juga tidak stabil akibat tamparan cinta ini. Cinta itu hanya satu perkataan. Manusia yang mencorakkan cinta itu daripada perkataan kepada sesuatu yang menpunyai jiwa . Maksudnya manusia yang berperanan menghidupkan cinta itu . Dan cinta itu juga tidak buta tetapi manusia yang buta dalam menelaah keindahan cinta yang sebenar . Manusia itu sendiri yang berani memetrai perjanjian dengan pasangan sendiri . Manusia yang berani mengungkapkan kata-kata sayang kepada pasangan mereka. Dan manusia juga yang berani menjerumuskan diri mereka dalam lembah kekecewaan apabila tidak menepati janji yang telah dimetrai. KESIMPULANNYA , cinta itu suatu anugerah dari ALLAH yang harus kita pelihara kesuciaannya dan cuba memahami maksud yang tersirat disebalik perkataan CINTA.