Tuesday, April 19, 2011

Ketenangan Hati

Walau datang selautan duka
Seluas langit keceriaan
Hati tenang sedamai bayu
Fikiran dilanda tsunami cinta
Nama mu di bibir senantiasa ... YA RABBI
Tangan menghala ke langit luas
Kepala mendongak
Meminta titisan hujan penyelesaian
Kepada mu kami berserah
Meminta kesabaran seluas tasik
Kecekelan sepanjang sungai
Budi pekerti selembut pasir di pantai
Beribu kekuatan seperti bintang bertaburan

Friday, April 15, 2011

AKU

Aku...
Pernah sekali tersungkur di lurah yang dalam
Bagaikan maut memimpin tangan
Namun... Tidak ku lunturkan semangat
Yang ada pada diri
Agar perjalanan dapat di teruskan
Walau luka masih berdarah .

Aku...
Pernah sekali tersesat di lembah derita
Ake tewas menentangnya
Kerana...
Tidak tahan akan cacian dan kata-kata
Yang bakal mengisi kehidupan
Tapi... Aku tetap gagah
Mencari jalan keluar yang pasti akan
Membuka lembar cinta yang esa .

Aku...
Akan cuba untuk
Menghentikan segala halangan yang mendatang
Walaupun aku tersesat
Walaupun aku tersungkur
Walaupun ada tentangan dalam diri
Akan ku buang segalanya .

Aku...
Akan buktikan pada semua
Bahawa aku boleh
Kerana aku inginkan kejayaan
Mencapai matlamat
Kerana aku anak bangsa yang berjaya dan berguna .

Thursday, April 14, 2011

Tiada Rezeki Kodd


Dah lama sebenarnya aku mahu mencoret perasaan 'DOWN' aku ini hah . Tetapi disebabkan tiada masa yang sesuai untuk malakar perasaan ini aku hanya taip di dalam notepad lappy abang aku sahaja . Kemudian copy dan paste sahaja . Masa lepas result SPM keluar , berpusu-pusu merebut peluang pelajaran sama ada IPTA , IPTS , POLITEKNIK , KPLSPM dan  banyak lagi lah . Aku juga tidak melepaskan peluang
untuk turut sama . Hehe ! Kita cut it short sahaja la ae Selang 3 hari aku tamat PLKN aku pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membeli nombor untuk KPLSPM . RM 6.00 sahaja . Excited gila nie wei . Balik sahaja rumah terus fill up borang KPLSPM . Haha ! Bajet dapat la nie kan . At the same time
aku menaruhkan sekalung harapan juga lah an . Tetapi cover sikit Takodd kita kecewa . But now memang kecewa pun la wei . Tanggal 12 April 2011 merupakan tarikh penyemakan bagi sesi temuduga KPLSPM atau lebih mesra digelar Maktab Perguruan . At first , aku ingat belum launched au keputusan nya .. Sebab aku tak dapat cari link untuk penyemakan . Masa aku online facebook di malam hari , tetiba ada seorang member's nie 'Hye' aku la kan . Tanya , "Ajil , kau dapat Maktab tak ? " . Aku pun dengan penuh bajet jawab belum keluar kodd . Selepas itu all of sudden dia post link penyemakan . Kurang asam , berderau jantung aku mahu semak sama ada dapat ke tidak . Err ! Aku pun menaip nombor ic aku satu persatu dengan penuh kelembutan . 93052301**** .  Click butang semak . Tutup mata ini . Tadaaa ! Harap Maaf
Mohamad Fazil Bin Mohd Zin 93052301**** nama anda tidak tersenarai dalam sesi temuduga . Arghh ! Aku sentap dengan internet itu sebentar au . Tak pasal-pasal internet yang kena . Haha ! Selepas aku terdiam dan termenung sendirian . Posotif dan positif . Tetapi rasa kesal itu masih melekat di benak hati ini . Sekarang aku menyangkut harapan pada IPTA iaitu Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI) , Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Universiti Tun Hussein Onn  Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) . Actually aku sudah dapat tawaran dari UTM tetapi aku terpaksa tolak sebab aku tidak minat pada jurusan yang ditawarkan . SPA8 pun aku mohon jugak . Semua dalam jurusan perubatan . Minat kodd :) Kalau tawaran Kolej Swasta itu berlambak lah . Setiap hari abang postman itu datang hantar rombongan meminang dekat rumah aku . Haha ! Buka-buka sahaja surat kolej swasta . Ada nama yang aku tak pernah dengar pun ada leyh . Kalau boleh tak mahu masuk kolej lah , tak mampu rasanya . Huh !  Setiap hari aku memanjatkan sejambak doa supaya aku berpeluang memasuki IPTA . Itulah makanan ketenangan aku setiap hari . Solat dan solat . Masa mahu SPM juga aku senantiasa berdoa supaya diterangkan hati dan diberi ketenangan ketika menjawab peperiksaan . Insya-Allah . Allah itu bersama kita :) AMIN !

Thanks Sis





Ton ! Ton ! Ish bising betul lah . Aku pun berlari-lari anak mengendap dari jendela . Wow ! Van pos laju lah . Assalamualaikum , Fazil ke ? Ye saya fazil . Dia pun serah kan satu bungkusan . OMG ! Wondering , what's that stuff . Aku bawa lah kotak itu masuk dalam . Dengan rakusnya aku mengoyakkan sampul hadiah itu . Haha ! Ferrero Rocher , Ya Allah sedapnya . Terima kasih kakak kerana hadiahkan Ferrero Rocher . Ferrero Rocher ini hadiah sempena keputusan SPM aku yang alhamdulillah lah . Bersyukur sangat ^^ Once again thank you sis . Love you for sure . Jasa mu dikenang sis . Ajil akan belajar pandai-pandai wookey . Nanti ajil belanja sis MCD's . I know sis fanatik gila kodd dengan MCD's . Hehe ! Wish me luck for the next journey ye sis .

Monday, April 11, 2011

AWAS ! Bahaya Pewarna Karamel Dalam Minuman Soda

Sudah acapkali kita dikhabarkan keburukan minuman berkarbonat terhadap kesihatan . Bagi yang menggemari minuman ini , anda perlu lebih berhati-hati lagi kerana bahan kimia yang terdapat di dalam bahan pewarna karamel yang biasa digunakan dalam pemprosesan minuman soda dikatakan boleh menyebabkan kanser . Karamel semula jadi diperbuat daripada gula , namun sebagai pewarna makanan , biasanya ia akan ditambah dengan bahan kimia ammonia dan menghasilkan sebatian yang terbukti dapat menyebabkan pelbagai penyakit kanser . Perkara ini dibuktikan di dalam kajian yang dilakukan terhadap haiwan oleh Pusat Sains dan Kepentingan Umum (CSPI) , Kanada dan Washington D.C. Kumpulan pengkaji tersebut juga membuat petisyen kepada Badan Pengawalan Makanan dan Ubat-Ubatan US tentang larangan penggunaan karamel yang mengandungi ammonia yang biasa digunakan di dalam minuman ringan lain yang bewarna gelap. Dari aspek lain , soda masih merupakan penyebab masalah utama kesihatan di dunia iaitu obesiti . Reaksi kimia antara gula dan ammonia dapat membentuk karsinogen dan mungkin boleh menyebabkan ribuan penduduk Amerika Syarikat menghidap kanser .


p/s : Karsinogen bermaksud agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup . Ini disebakan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan.


                               LAMBANG KASINOGEN

Monday, April 4, 2011

Sudah Berhenti Kerja !

Haha ! Setelah seminggu aku dan alep berjuang mencari kerja di bandar Kluang , akhirnya dapat juga kerja . Wakakaka^^ aku kerja dekat kedai buku . Semangat ini mahu kerja . Esoknya aku terus pergi kerja ini . Kedai buka jam 10 pagi , tetapi 9.30 pagi aku dah sampai . Bandar masih lenggang lagi . Huhu ! Aku pun duduklah atas motor dulu sendirian . Cewah ! Aku tengok dari jauh , yess kakak itu sudah sampai . Aku pun membuat langkahan kecil menuju ke kakak itu . Tebalkan muka terus berbual dengan kakak itu . Alamak '' boss sampai . Tengok kakak itu buka pintu kedai . Pehh ' tak pernah aku buat semua itu . Masuk je dalam kedai , mula-mula sapu sampah . Huh ! Berpeluh aku pagi-pagi . Selepas itu kakak tu bagi aku uniform .
Tukar baju , dan buat-buat tahu sahajalah . First benda yang aku belajar ialah buka pintu , dan benda kedua aku belajar bineding kertas . Mak ai lenguhlah sial tangan aku buat bineding tu . Aku dah kira hampir 150 kali aku tekan mesin bineding itu untuk siapkan 60 buah folio . Mama tolong ! Pinggang sakit . Berdiri lama kodd , 4 jam ada au . Selepas itu , aku sentap seketika . Pabila itu boss hah bagikan aku waktu rehat . Siau ar ! Hari isnin-jumaat aku rehat jam 12.00-1.00 petang . Bayangkanlah azan zuhur pun belum . Dahlah kakak kristian itu tak mahu tukar waktu rehat dia dengan aku . Petang rehat jam 6.00-7.00 petang . See sekali lagi aku tak dapat solat . Same goes to hari jumaat , i am not able to perfome my solat Jumaat . Shit punya orang ! Balik jam 9.00 malam au . Hari sabtu dan ahad pula aku hanya dapat rehat setengah jam sahaja . Mak ai mana cukup . Surau bukan nya dekat dengan kawasan kedai itu . Hanya hari ahad sahaja kerja sampai jam 7.00 petang . Tetapi macam-macam perkara yang menari dalam kepala otak aku ini . Sedih kodd tak dapat solat zuhur , maghrib dan solat jumaat . Kalau berterusan macam itu , Ya Allah . Orang pertama yang aku tanya ialah Mama aku then my sayang lah . Bila sudah bincang dengan mereka berdua sebulat suara mengatakan BERHENTI . Hari ahad nya aku tidak datang kerja^^ . Then masa aku tengah syok-syok tidur boss telefon . Haram aku nak angkat . Aku suroh mama call boss . Apa entah yang mama cakap dengan boss itu . Boss itu pesan , uniform kena kembalikan . Then hari isnin malam baru mama aku pulangkan uniformnya . Just duduk rumah goyang badan , makan dan tidur . Best ! Ayah pun dah bagi green light supaya tak payah kerja . Huhu ! Duduh rumah , kemas rumah , sapu halaman , basuh pinggan , basuh baju . Macam dekat asrama lah . Chill wookey^^ MOTIF utama aku berhenti kerja sebab SOLAT !

Friday, April 1, 2011

Back To ALLAH

The advices from them , take it as much as i could :

Ayah : If you are feeling uneasy take wuduk's and perform the solat sunat and recite the Quran's .

Mama : Berzikir and berzikir . Remember HIM . Mama is here with you . Come here and hug me .

BM Teacher's : Kesedihan akan menjadi kegembiraan pabila kita handal menerokai dunia ini .

BI Teacher's : Don't you ever do something without thinking . Silent yourself and think the positive and negative .

MATH Teacher's : Fazil you are a strong boy . You got a strong mind . Use your intelligent brain if you facing a     problem

ADD MATH Teacher's : Look forward and let the past chasing after you .

SCIENCE Teacher's : See you result still consistant even you sleeping in the class . BUT ! Do not be a careless boy , because our fate can change in blinking an eye .

PEND. ISLAM Teacher's : Fisabilillah

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat sahabt aku Mohd Akil Bin Shah yang telah meninggal dunia jam 4.20 petang tadi . Pertama sekali aku menghulurkan sekalung kemaafan kerana tidak berkesempatan menghadirkan diri dalam upacara pengebumian kau di Shah Alam . Akil , aku minta maaf kalau ada buat salah dengan kau atau terkasar bahasa terlanjur berbicara dengan kau . Halalkan ilmu dan makan minum aku . Tadi kakak kau ada telefon aku , terima kasih . Tetapi aku tidak dapat berbual panjang dengan kakak kau sebab telefon bimbit aku mati tiba-tiba . Ya Allah . aku ralat sangat . Sebak aku dengar kau dah tiada . :'( . Cepatnya kau pergi Akil . Tahniah juga atas keputusan SPM kau , cemerlang ! Akhir kata , aku memohon sekalung kemaafan sekali lagi . Kau sahabat aku . Doa aku mengiringi kau . Amin !