Monday, May 14, 2012

Nukilan Kekecewaan

Mulai sayang kau wahai sang kekasih . Tetapi malangnya kau hanya bisa menelaah pada harta kekayaan aku bukannya kasih-sayang aku . Cukuplah sampai di sini . Hati aku kini sudah tertutup rapi pada manusia-manusia yang dahagakan kasih-sayang palsu . Sebab itu selama ini hati aku berdansa sumbang kerana ada sesuatu yang dirahsiakan . Dan semuanya sudah terbukti malam ini . Terus-terang aku mengatakan yang aku sangat kecewa dan kesal . Belum pernah seorang pun memperdajal aku seperti ini . Harta itu semua milik ayah dan mama aku . Duit yang aku hulurkan pada adalah hasil titik peluh kedua ibu bapa aku . Ya Allah aku sungguh tidak sangka perangai kau sekeji ini wahai sang kekasih . Janganlah engkau cari aku lagi . Kerana hati ini bukan barang permainan yang boleh dibuat main . Seandainya kau dahagakan harta kekayaan bukan aku orangnya . Maaf . Engkau sungguh misteri . Kemunculan masih menjadi tanda tanya bagi aku . Aku menaip ini bertemankan air mata kekesalan akibat kebodohan aku sendiri . Bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi hanya ingin meluahkan perasaan . Engkau telah menyedarkan aku dan sekaligus aku telah menukar prinsip aku . Terima kasih :)

Saturday, May 12, 2012

Aku bukan permainan

Sayang ,
Kau adalah bintang yang takkan pernah malap ,
Walaupun langit telah mengatup ,
Namun kau terus menerangi ,
Seakan hilang lalu kembali .

Sayang ,
Ku ingin kau selalu berada di sisi ,
Memberikan ku seberkas cahaya ,
Untuk menyusuri jalan nestapa ,
Memberikan ku rasa ceria ,
Saat sedih ataupun duka .

Sayang ,
Janganlah engkau pergi ,
Seakan hilang lalu kembali ,
Ini bukanlah permainan ,
Kerana inilah adalah sebuah perasaan .

Saturday, May 5, 2012

Saya Seorang Penulis Muda

Assalamualaikum . Alhamdulillah kerana Allah masih beri aku peluang untuk menelaah dunia ini sekali lagi . Salam sabtu juga buat anda semua wookey . Tajuk aku pada hari ini adalah 'Saya Seorang Penulis Muda' . Agak meluat , menyampah kan apabila anda semua baca tajuk saya ini . HEHE . Senang kata macam perasan lah . HAHA . Sebenarnya aku hendak meleraikan semua tanggapan anda terhadap status-status yang aku kemaskini di Facebook , Twitter dan Blogspot ini . Semasa di Tadika Kemas aku langsung tidak cenderung dalam alam penulisan begitu juga dengan Sekolah Rendah . Aku seperti lelaki-lelaki lain yang tidak pandai untuk mencipta ayat-ayat gramatis , ayat-ayat kesusasteraan Melayu dan akan alami alahan apabila ayat-ayat jiwang . Aku mula menjinakkan di dalam alam penulisan ini sewaktu aku Tingkatan 1 di mana kita mula didedahkan dengan format kertas peperiksaan Bahasa Melayu . Pada mulanya aku memaksa diri untuk membaca novel-novel dan buku contoh-contoh karangan pilihan kerana hendak meraihkan markah yang tinggi di dalam peperiksaan . Tup-tup aku macam jatuh hati pula dengan dunia kesusasteraan Melayu . Minat aku mula bercambah apabila aku tidak pernah merungut jika cikgu Bahasa Melayu suruh buat karangan sebagai kerja rumah . Alhamdulillah , semua hasil penulisan aku mendapat tempat di hati cikgu aku . Dan aku tidak berdiam diri . Aku cuba menghasilkan sebuah sajak yang bertajuk 'Wajah' . Itulah sajak pertama aku . Seterusnya minat aku terhadap Bahasa Melayu terbukti sekali lagi apabila aku mendapat A+ dalam subjek Bahasa Melayu SPM 2010 . Pentas laman sosial pertama yang menjadi tempat aku mengahasilkan nukilan-nukilan adalah Facebook . Semua status yang aku kemaskini adalah berdasarkan apa yang menari di atas pentas pemikiran aku . Tiada niat untuk menunding status-status itu pada sesiapa . Mohon maaf seandainya anda rimas dengan semua ayat-ayat aku di Facebook . Aku menghukurkan sekalung kemaafan ya . Pentas teknologi kedua yang menjadi tempat aku menghasilkan karya sepenuhnya adalah Blogspot ini . Di sinilah aku mengasahkan dan mengembangkan semua buah fikiran dan imaginasi aku . Kebanyakkannya aku menulis berdasarkan apa yang aku nampak , pengalaman aku sendiri dan juga daya imaginasi . Walaupun tiada siapa yang mengisytiharkan aku sebagai seorang penulis namun aku berhak memberi status itu pada diri aku sendiri . Suatu hari nanti aku akan mengembangkan sayap ke pentas dunia pula . Twitter merupakan pentas teknologi ketiga menjadi tempat aku berkarya . Tetapi Twitter juga menjadi tempat aku melepaskan geram .HEHE . Aku baru sahaja menjinakkan diri dalam Twitter . Sebelum ini aku tidak berapa handal dengan aplikasi Twitter ini . Sekarang Alhamdulillah aku sudah bisa menelaah aplikasi ini sendirian . Aku memang seorang yang aktif dalam laman-laman web sosial . Aku aktif secara positif bukan secara negatif . Aku menjadikan laman web sosial sebagai tempat untuk mengembangkan karya-karya aku , dan yang paling terakhir tempat untuk menghiburkan diri . Seringakali aku disogokkan dengan soalan-soalan "Ajil, kenapa semua status kau macam kau tengah kecewa sahaja ?." . Aku tergelak kemas apabila dilontarkan dengan soalan begitu . Aku pun menjelaskan pada mereka-mereka itu hanyalah nukilan bukan realiti kehidupan aku . Aku rasa cukup sampai di sini dan aku harap anda semua jelas dengan penerangan saya ini . Terima kasih :)