Wednesday, July 17, 2013

5 Ramadhan

Assalamualaikum . Terlalu lama rasanya tak mengemas kini gedung penulisan saya ini . Sebenarnya memang sudah berniat ingin kembali aktif dan mengemas kini sesuatu . Akhirnya 14/072013 bersamaan Ramadhan yang kelima baru hati aku terbuka sepenuhnya untuk menulis . Namun apakan daya hari imi baru berkesempatan memuntahkan semua idea , semua cerita , semua perasaan yang aku pendam selama ini . Setelah hampir 9 hari aku memanjakan diri di teratak ayahanda dan bonda akhirnya aku pulang kembali ke sarang sementara di Kuala Lumpur demi merealisasikan semester 5 ini dengan jayanya . Aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur jam 3:30 PM . Hati ini berat hendak melangkah pergi meninggalkan ayah dan mak tambahan bulan Ramadhan ini . Di rumah sendiri diri ini ditamu seperti seorang putera , tidak berkongsi dengan sesiapa . Hanya AKU di rumah itu . Aku pulang ke Kuala Lumpur dengan hati yang sedang menangis kesedihan . Aku dibekalkan dengan makanan yang dimasak oleh mak untuk berbuka puasa nanti . Aku sendirian pulang ke sarang moden itu . Setibanya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) aku melangkah keluar dari bas dan memerhati keadaan sekeliling seperti seorang anak kampung yang baru menjejakkan kaki di Kuala Lumpur . Aku melangkah dengan keadaan lemah bertemankan hati yang sayu menuju masuk ke dalam bangunan moden yang tersegam indah itu . Sejuk sangat , rasa sampai ke tulang aku yang kurang kalsium ini . Aku berjalan sendirian , terpingga-pingga mencari ruang yang selesa untuk berteduh dan menjamah makanan yang mak bawakan kerana sebentar lagi azan akan dilaungkan seluruh Wilayah Persekutuan itu . Namun aku kurang bernasib baik tiada ruang untuk aku menikmati makanan yang mak masakkan . Alhamdulillah aku terjumpa satu ruang yang hanya muat saiz badan ini , dan amat selesa . Aku merebahkan beg silang aku serta satu lagi beg plastik yang berisi makanan . Aku bersila dengan kemas dan menghidangkan makanan yang mak masakkan itu . Alhamdulillah azan sedang berkumandang . Membaca doa dan meneduk air kosong . Setiap kali aku menyuap makanan ke dalam mulut aku , air mata aku bertakung kemas . Terasa sayu hati sangat . Selepas perut aku berasa selesa aku melangkah pergi menuju ke stesen LRT untuk pulang ke sarang moden di Pandan Perdana . Aku membayar RM 1.60 di mesin token tersebut untuk sampai ke Pandan Jaya . Setiba di Pandan Jaya aku berjalan kaki pulang ke sarang moden itu . Aku bermandikan peluh . Sampai sahaja di kamar aku di tingkat 13 hanya ada seorang sahaja teman yang sedang menyelesaikan tugasnya . Teman lagi seorang masih belum pulang . Aku merehatkan diri , membersihkan diri . Aku tidak boleh lena dengan tenang , aku gelisah . Mungkin sudah lama tidak bermanja dengan ranjang batu ini . Mi sedap dan air masak menjadi modal aku bersahur . Sekian .