Wednesday, July 17, 2013
5 Ramadhan
Assalamualaikum . Terlalu lama rasanya tak mengemas kini gedung penulisan saya ini . Sebenarnya memang sudah berniat ingin kembali aktif dan mengemas kini sesuatu . Akhirnya 14/072013 bersamaan Ramadhan yang kelima baru hati aku terbuka sepenuhnya untuk menulis . Namun apakan daya hari imi baru berkesempatan memuntahkan semua idea , semua cerita , semua perasaan yang aku pendam selama ini . Setelah hampir 9 hari aku memanjakan diri di teratak ayahanda dan bonda akhirnya aku pulang kembali ke sarang sementara di Kuala Lumpur demi merealisasikan semester 5 ini dengan jayanya . Aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur jam 3:30 PM . Hati ini berat hendak melangkah pergi meninggalkan ayah dan mak tambahan bulan Ramadhan ini . Di rumah sendiri diri ini ditamu seperti seorang putera , tidak berkongsi dengan sesiapa . Hanya AKU di rumah itu . Aku pulang ke Kuala Lumpur dengan hati yang sedang menangis kesedihan . Aku dibekalkan dengan makanan yang dimasak oleh mak untuk berbuka puasa nanti . Aku sendirian pulang ke sarang moden itu . Setibanya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) aku melangkah keluar dari bas dan memerhati keadaan sekeliling seperti seorang anak kampung yang baru menjejakkan kaki di Kuala Lumpur . Aku melangkah dengan keadaan lemah bertemankan hati yang sayu menuju masuk ke dalam bangunan moden yang tersegam indah itu . Sejuk sangat , rasa sampai ke tulang aku yang kurang kalsium ini . Aku berjalan sendirian , terpingga-pingga mencari ruang yang selesa untuk berteduh dan menjamah makanan yang mak bawakan kerana sebentar lagi azan akan dilaungkan seluruh Wilayah Persekutuan itu . Namun aku kurang bernasib baik tiada ruang untuk aku menikmati makanan yang mak masakkan . Alhamdulillah aku terjumpa satu ruang yang hanya muat saiz badan ini , dan amat selesa . Aku merebahkan beg silang aku serta satu lagi beg plastik yang berisi makanan . Aku bersila dengan kemas dan menghidangkan makanan yang mak masakkan itu . Alhamdulillah azan sedang berkumandang . Membaca doa dan meneduk air kosong . Setiap kali aku menyuap makanan ke dalam mulut aku , air mata aku bertakung kemas . Terasa sayu hati sangat . Selepas perut aku berasa selesa aku melangkah pergi menuju ke stesen LRT untuk pulang ke sarang moden di Pandan Perdana . Aku membayar RM 1.60 di mesin token tersebut untuk sampai ke Pandan Jaya . Setiba di Pandan Jaya aku berjalan kaki pulang ke sarang moden itu . Aku bermandikan peluh . Sampai sahaja di kamar aku di tingkat 13 hanya ada seorang sahaja teman yang sedang menyelesaikan tugasnya . Teman lagi seorang masih belum pulang . Aku merehatkan diri , membersihkan diri . Aku tidak boleh lena dengan tenang , aku gelisah . Mungkin sudah lama tidak bermanja dengan ranjang batu ini . Mi sedap dan air masak menjadi modal aku bersahur . Sekian .
Wednesday, August 22, 2012
Cinta Twitter
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia . Sebelum aku berstatus 'TAKEN' aku jenis yang suka tambah rakan BlackBerry Messenger (BBM) secara rawak . Biasanya mereka-mereka ini akan pamerkan BlackBerry pin mereka secara terbuka . Jadi aku tambah mereka-mereka yang mempamerkan BlackBerry pin mereka secara terbuka . Tetapi aku tak pernah balas atau tegur selepas mereka menerima aku sebagai rakan dalam BlackBerry Messenger (BBM) . Kononnya dahulu nak jadi macam retis-retis , BlackBerry Messenger (BBM) Contacts sampai beribu-ribu . Haha . Suatu hari aku ada kemas kini status di Twitter iaitu , "Nak tidur tetapi tak boleh tidur" . Begini tidak silap aku . Tup-tup apabila aku bangun sahaja dari tidur ada notifikasi dari laman sosial Twitter . Aku pun buka notifikasi tersebut dalam keadaan mamai . Haha . Si dia membalas status yang aku kemas kini . Kemudian aku tengok gambar profil Twitter dia , hati aku berdetik rasanya gambar sebegini ada dalam BlackBerry Messenger (BBM) Contacts aku . Aku periksa gambar dan namanya sama seperti dalam Twitter . Kemudian aku PING dia . Bertanya sama ada itu dia atau tidak . Dia jawab itu dia . Haha . Bermulalah kisah percintaan kami . Kami mula berhubung di BBM . Bertanya khabar dan sebagainya . Sebelum itu aku ada membaca status-status di BBM dia kelihatan sedih dan kecewa seolah-olah putus cinta . Aku pun beri kata-kata semangat untuk dia dan sekalung nasihat . Beberapa hari kemudian dia kata dia dah SINGLE . Serius pada masa itu aku langsung tak ada perasaan suka apa entah lagi sayang dekat dia . Haha . Kalau aku tak silap tanggal 19/06/2012 aku hendak pulang ke KL . Perancangan awal hendak beradu di rumah kakak di Bangi . Tup-tup masa aku dalam perjalanan ke KL dia kata dia nak ke Terengganu sebab ada kursus . Hati aku mula tak keruan jadinya . Hendak balik ke kondominium tak berani sebab sendirian . Jadi aku nekad untuk hubungi rakan-rakan BBM . Hanya dia sahaja yang boleh jemput aku di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) . Serius masa itu aku hilang arah dah . Agak sedih juga masa itu . Kebetulan si dia baru habis kelas dari Unisel Shah Alam dia terus menuju ke TBS . Detik-detik paling aku takodd ketika berada di dalam kereta . Aku jadi gementar tahap dewa dewi . Aku seolah-olah tidak boleh bercakap seperti manusia normal . Haha . Sangat gementar dan takodd masa itu . Yeay ! Dia terus bawa aku pergi makan Subway . Ngee . Sebab sebelum kami berjumpa aku pernah cakap dengan dia aku suka makan Subway . Hehe . Jadi dia bawa pergi makan Subway . Seronok-seronok . Hehe . Aku makan Chicken Terrayaki dia makan Spicy Italian . Ngee . Selepas makan dia terus bawa pergi karaoke dekat Danau Kota . Dengan kawan-kawan dia memang lagi mati kutu lah aku jawabnya . Memang sepatah ditanya , sepatah haram aku tak jawab . Haha . Aku sampai tertidur-tidur dalam bilik karaoke itu . Haha . Agak penat juga sebenarnya . Selepas karaoke pergi makan dan tidur di rumahnya 1 malam . Tanggal 26/06/2012 merupakan tarikh deklarasi kami . Haha . Akhirnya dia berjaya memikat dan mencairkan hati aku . Haha . Dan Alhamdulillah sehingga kini kami masih bertahan .
Monday, May 14, 2012
Nukilan Kekecewaan
Mulai sayang kau wahai sang kekasih . Tetapi malangnya kau hanya bisa menelaah pada harta kekayaan aku bukannya kasih-sayang aku . Cukuplah sampai di sini . Hati aku kini sudah tertutup rapi pada manusia-manusia yang dahagakan kasih-sayang palsu . Sebab itu selama ini hati aku berdansa sumbang kerana ada sesuatu yang dirahsiakan . Dan semuanya sudah terbukti malam ini . Terus-terang aku mengatakan yang aku sangat kecewa dan kesal . Belum pernah seorang pun memperdajal aku seperti ini . Harta itu semua milik ayah dan mama aku . Duit yang aku hulurkan pada adalah hasil titik peluh kedua ibu bapa aku . Ya Allah aku sungguh tidak sangka perangai kau sekeji ini wahai sang kekasih . Janganlah engkau cari aku lagi . Kerana hati ini bukan barang permainan yang boleh dibuat main . Seandainya kau dahagakan harta kekayaan bukan aku orangnya . Maaf . Engkau sungguh misteri . Kemunculan masih menjadi tanda tanya bagi aku . Aku menaip ini bertemankan air mata kekesalan akibat kebodohan aku sendiri . Bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi hanya ingin meluahkan perasaan . Engkau telah menyedarkan aku dan sekaligus aku telah menukar prinsip aku . Terima kasih :)
Saturday, May 12, 2012
Aku bukan permainan
Sayang ,
Kau adalah bintang yang takkan pernah malap ,
Walaupun langit telah mengatup ,
Namun kau terus menerangi ,
Seakan hilang lalu kembali .
Sayang ,
Ku ingin kau selalu berada di sisi ,
Memberikan ku seberkas cahaya ,
Untuk menyusuri jalan nestapa ,
Memberikan ku rasa ceria ,
Saat sedih ataupun duka .
Sayang ,
Janganlah engkau pergi ,
Seakan hilang lalu kembali ,
Ini bukanlah permainan ,
Kerana inilah adalah sebuah perasaan .
Kau adalah bintang yang takkan pernah malap ,
Walaupun langit telah mengatup ,
Namun kau terus menerangi ,
Seakan hilang lalu kembali .
Sayang ,
Ku ingin kau selalu berada di sisi ,
Memberikan ku seberkas cahaya ,
Untuk menyusuri jalan nestapa ,
Memberikan ku rasa ceria ,
Saat sedih ataupun duka .
Sayang ,
Janganlah engkau pergi ,
Seakan hilang lalu kembali ,
Ini bukanlah permainan ,
Kerana inilah adalah sebuah perasaan .
Saturday, May 5, 2012
Saya Seorang Penulis Muda
Assalamualaikum . Alhamdulillah kerana Allah masih beri aku peluang untuk menelaah dunia ini sekali lagi . Salam sabtu juga buat anda semua wookey . Tajuk aku pada hari ini adalah 'Saya Seorang Penulis Muda' . Agak meluat , menyampah kan apabila anda semua baca tajuk saya ini . HEHE . Senang kata macam perasan lah . HAHA . Sebenarnya aku hendak meleraikan semua tanggapan anda terhadap status-status yang aku kemaskini di Facebook , Twitter dan Blogspot ini . Semasa di Tadika Kemas aku langsung tidak cenderung dalam alam penulisan begitu juga dengan Sekolah Rendah . Aku seperti lelaki-lelaki lain yang tidak pandai untuk mencipta ayat-ayat gramatis , ayat-ayat kesusasteraan Melayu dan akan alami alahan apabila ayat-ayat jiwang . Aku mula menjinakkan di dalam alam penulisan ini sewaktu aku Tingkatan 1 di mana kita mula didedahkan dengan format kertas peperiksaan Bahasa Melayu . Pada mulanya aku memaksa diri untuk membaca novel-novel dan buku contoh-contoh karangan pilihan kerana hendak meraihkan markah yang tinggi di dalam peperiksaan . Tup-tup aku macam jatuh hati pula dengan dunia kesusasteraan Melayu . Minat aku mula bercambah apabila aku tidak pernah merungut jika cikgu Bahasa Melayu suruh buat karangan sebagai kerja rumah . Alhamdulillah , semua hasil penulisan aku mendapat tempat di hati cikgu aku . Dan aku tidak berdiam diri . Aku cuba menghasilkan sebuah sajak yang bertajuk 'Wajah' . Itulah sajak pertama aku . Seterusnya minat aku terhadap Bahasa Melayu terbukti sekali lagi apabila aku mendapat A+ dalam subjek Bahasa Melayu SPM 2010 . Pentas laman sosial pertama yang menjadi tempat aku mengahasilkan nukilan-nukilan adalah Facebook . Semua status yang aku kemaskini adalah berdasarkan apa yang menari di atas pentas pemikiran aku . Tiada niat untuk menunding status-status itu pada sesiapa . Mohon maaf seandainya anda rimas dengan semua ayat-ayat aku di Facebook . Aku menghukurkan sekalung kemaafan ya . Pentas teknologi kedua yang menjadi tempat aku menghasilkan karya sepenuhnya adalah Blogspot ini . Di sinilah aku mengasahkan dan mengembangkan semua buah fikiran dan imaginasi aku . Kebanyakkannya aku menulis berdasarkan apa yang aku nampak , pengalaman aku sendiri dan juga daya imaginasi . Walaupun tiada siapa yang mengisytiharkan aku sebagai seorang penulis namun aku berhak memberi status itu pada diri aku sendiri . Suatu hari nanti aku akan mengembangkan sayap ke pentas dunia pula . Twitter merupakan pentas teknologi ketiga menjadi tempat aku berkarya . Tetapi Twitter juga menjadi tempat aku melepaskan geram .HEHE . Aku baru sahaja menjinakkan diri dalam Twitter . Sebelum ini aku tidak berapa handal dengan aplikasi Twitter ini . Sekarang Alhamdulillah aku sudah bisa menelaah aplikasi ini sendirian . Aku memang seorang yang aktif dalam laman-laman web sosial . Aku aktif secara positif bukan secara negatif . Aku menjadikan laman web sosial sebagai tempat untuk mengembangkan karya-karya aku , dan yang paling terakhir tempat untuk menghiburkan diri . Seringakali aku disogokkan dengan soalan-soalan "Ajil, kenapa semua status kau macam kau tengah kecewa sahaja ?." . Aku tergelak kemas apabila dilontarkan dengan soalan begitu . Aku pun menjelaskan pada mereka-mereka itu hanyalah nukilan bukan realiti kehidupan aku . Aku rasa cukup sampai di sini dan aku harap anda semua jelas dengan penerangan saya ini . Terima kasih :)
Saturday, April 7, 2012
Aku Mencintaimu
Takdir menemukan dua hati kemerahan ,
Dan lalu menyimpulnya menjadi satu ikatan ,
Lantas terbinalah sebuah mahkota cinta sejati ,
Tementerai satu perjanjian ingin sehidup semati ,
Di saat hati ini suram kekosongan ,
Menagih kasih berpanjangan ,
Merintih kasih tiada berteman ,
Terdetik di hati ini ,
Ingin terus melafaz kata cinta sejati ,
Padamu dambaan hati ,
Teringat di masa itu kita duduk berduaan ,
Kita berpegangan tangan ,
Sambil kita ketawa riang ,
Membuatkan hati ini menjadi tenang ,
Di kala malam dan siang kau selalu ku terbayang ,
Datang ke arah ku sambil menyanyi lagu indah ,
Ku nanti saat indah ,
Saat kita bersama ,
Di saksi bulan purnama ,
Kita menjalin cinta.
**Adakah ia mustahil untuk aku bersama dengannya kembali ?
Dan lalu menyimpulnya menjadi satu ikatan ,
Lantas terbinalah sebuah mahkota cinta sejati ,
Tementerai satu perjanjian ingin sehidup semati ,
Di saat hati ini suram kekosongan ,
Menagih kasih berpanjangan ,
Merintih kasih tiada berteman ,
Dikau hadir dalam bayangan ,
Menyeri hati dalam kesepian ,
Saat pahit dan manis kita kongsi bersama ,
Riang dan tawa hanya kita berdua ,
Terdetik di hati ini ,
Ingin terus melafaz kata cinta sejati ,
Padamu dambaan hati ,
Teringat di masa itu kita duduk berduaan ,
Kita berpegangan tangan ,
Sambil kita ketawa riang ,
Membuatkan hati ini menjadi tenang ,
Di kala malam dan siang kau selalu ku terbayang ,
Datang ke arah ku sambil menyanyi lagu indah ,
Ku nanti saat indah ,
Saat kita bersama ,
Di saksi bulan purnama ,
Kita menjalin cinta.
**Adakah ia mustahil untuk aku bersama dengannya kembali ?
Wednesday, December 7, 2011
Spagetti Fazil Ajil
Bahan-bahan :
-2 tin Prego cendawan (6 orang)
-Ayam atau daging cincang (Ramly)
-Sos lada hitam (Life)
-Keju (Chesdale pun wookey)
-Tomato (didadu)
-Spagetti San Remo
Cara-cara :
1.Goreng ayam atau daging cincang separuh masak
2.Masukkkan 2 tin prego cendawan dalam periuk . Renehkan untuk 10 minit
3.Selepas prego cendawan sudah mendidih masukkan ayam atau daging cincang yang sudah digoreng separuh masak itu .
4.Masukkan sos lada hitam mengikut citarasa . Sebab sos lada hitam ini agak pedas .
5.Masukkan keju dan biarkan reneh sehingga pekat
6.Masukkan tomato yang sudah di dadu .
7.Hidang spagetti bersama taburan keju
**Untuk menyedapkan rasa spagetti , rebus spagetti bersama sedikit minyak zaitun
-2 tin Prego cendawan (6 orang)
-Ayam atau daging cincang (Ramly)
-Sos lada hitam (Life)
-Keju (Chesdale pun wookey)
-Tomato (didadu)
-Spagetti San Remo
Cara-cara :
1.Goreng ayam atau daging cincang separuh masak
2.Masukkkan 2 tin prego cendawan dalam periuk . Renehkan untuk 10 minit
3.Selepas prego cendawan sudah mendidih masukkan ayam atau daging cincang yang sudah digoreng separuh masak itu .
4.Masukkan sos lada hitam mengikut citarasa . Sebab sos lada hitam ini agak pedas .
5.Masukkan keju dan biarkan reneh sehingga pekat
6.Masukkan tomato yang sudah di dadu .
7.Hidang spagetti bersama taburan keju
**Untuk menyedapkan rasa spagetti , rebus spagetti bersama sedikit minyak zaitun
Monday, October 10, 2011
Perasaan ABC
Untunglah kan kapell korang semua sudi nak dengar masalah korang . Untunglah kapell korang senantiasa bagi kucupan mesra pada korang . Untunglah kapell korang senantiasa bagi semangat dengan korang . Untunglah korang tak terhegeh-hegeh nak kucup kapell korang . HMM ' semua UNTUNG kan kan . Tak dapat semua yang di atas dua pun cukup kodd . Kalau aku , aku nak yang 'Untunglah kan kapell korang sudi nak dengar masalah korang' dan 'Untunglah kapell korang senantiasa bagi kucupan mesra pada korang' . Kalau dapat dua ini pun aku sudah sangat-sangat UNTUNG ! Teringin nak dia tanya macam ini bila balik dari kolej , "Belajar apa hari ini my dear ? " . Sangat teringin kodd . Tetapi itu hanya menjadi permainan tidur aku sahaja . Kadang-kadang aku ini nak story-morry masalah aku dekat kolej , masalah pasal matapelajaran TESL dan sebagainya . Kalau dulu boleh cerita dengan mak dan ayah . Tetapi sekarang semua dah berubah . Aku hidup berdikari , mak ayah tiada di sisi . Jadi siapa yang menjadi bahu aku sekarang ? TIADA ! Semua hanya fikir kehidupan sendiri . Aku yang terhegeh-hegeh mendengar jalan cerita masalah dorang . Bila aku susah aku perlukan bantuan tetapi aku takodd diherdik oleh dia . Sampai macam itu sekali kan . Mak ayah tak pernah maki adik kan same goes to Along dan Kakak . Walaupun mereka terlalu marah dengan aku mereka tidak sanggup untuk menghemburkan makian terhadap diri aku . Aku hanya mampu menangis tersedu-sedu mengenangkan nasib yang menimpa diri . Mak ayah kenapa semua ini berlaku pada adik ek ? Kan mak dan ayah pernah cakap kalau kita buat baik dengan orang , kita takkan kena maki dan caci dengan orang lain . Adik senantiasa ingat pesanan mak dan ayah . SOLAT SOLAT dan SOLAT . Adik rindu dengan kehidupan adik yang dulu sebagai orang kampung . Aman dan gembira :)
Friday, September 30, 2011
I Am Back
DERH ! Sudah lama bangat deyh aku tak skodeng blog aku ini hah . Bukan lupa tetapi TAK SEMPAT ! Ececeh ' prop sahaja kata pacat's . AHAK ! Last aku updated blog masa beberapa hari lagi nak raya kodd . Sebab since dah mula belajar ini macam-macam kodd nak kena fikir . Assignments , Kuiz dan Latihan-latihan di dalam buku . Nak fikir cintan-cintun lagi . AHAK ! Hmmm . . Sudah 3 bulan lebih aku menetap di Kuala Lumpur . Konklusinya , Kuala Lumpur biasa-biasa sahaja . Culture Shocked ? Sorry ' I am not the type of this . Cop-cop-cop mahu story-morry sikit pasal RAYA 2011 aku . HAHA ! ALHAMDULILLAH^^ aku boleh menghembuskan nafas lega . Setelah hampir 5 tahun kami beraya di kampung dalam keadaan suram tetapi pada tahun ini 1 Tranformasi telah berlaku ye . Aku pun terkejodd wookey . I have never expected that semua adik-beradik sebelah mama aku yang seramai 13 orang itu akan pulang ke Kampung Parit Lapis , Batu Pahat JOHOR ye pada tahun 2011 ini . Masyaallah ! Meriah dan harmoni sungguh raya aku tahun ini . Sungguh colourful gitu-gitu . Rumah nenek aku riuh-rendah dengan gelak-ketawa serta gurau senda adik-beradik dan sepupu-sepapat aku . Aku amat merindui suasana ini . Masa nak pergi beraya rumah saudara-mara sebanyak 16 buah kereta berkonvoy beraya bersama-sama . Suasana sebegini sudah lama tidak nikmati . Finally dapat juga tangkap gambar ramai-ramai dengan sepupu-sepapat . Inilah gambar sepupu-sepapat aku . Tetapi ini bukan semua ye .
Tet-tet-tet . Sila abaikan gambar aku . AHAK ! Buruk doe gambar aku that time . Rambut macam apa-apa + Gemuk ! SUMPAH ! I kept on smiling masa ini . Lepas ini aku nak tunjuk antara gambar terbaru aku dengan classmate aku . Actually ramai kawan-kawan kelas yang aku rapat . But , gambar semua dekat mereka . Yang ada dengan aku ini sahaja . Kami kawan sahaja :)
Gambar ini diambil masa waktu LUNCH kodd . Kami regular customer di gerai mak cik - mak cik URTV ini . Murah-murah kodd harga makanan dekat kedai dia . Students mesti mahu harga yang murah-murah kan-kan . So this stall really affordable la . Susah dekat Kuala Lumpur ini nak jumpa kedai makan yang murah-murah . Mesti tertanya-tanya kan berapa harga MURAH sangat tu kan . Biasanya aku akan makan nasi campur . Nasi Putih + Ayam Goreng / Ayam Masak Merah + Sayur Tauge / Kobis = RM 3.50 . How ? is it affordable for students ? Lu fikir la sendiri . Gua malas nak fikir . Lu mahu Lu datang . WOOKEY ^^ aku rasa setakat ini sahaja sesi suai kenal kita ye adik-adik . Abang Ajil nak solat maghrib dahulu dengan Abang Pacat . AHAK !
Tet-tet-tet . Sila abaikan gambar aku . AHAK ! Buruk doe gambar aku that time . Rambut macam apa-apa + Gemuk ! SUMPAH ! I kept on smiling masa ini . Lepas ini aku nak tunjuk antara gambar terbaru aku dengan classmate aku . Actually ramai kawan-kawan kelas yang aku rapat . But , gambar semua dekat mereka . Yang ada dengan aku ini sahaja . Kami kawan sahaja :)
Gambar ini diambil masa waktu LUNCH kodd . Kami regular customer di gerai mak cik - mak cik URTV ini . Murah-murah kodd harga makanan dekat kedai dia . Students mesti mahu harga yang murah-murah kan-kan . So this stall really affordable la . Susah dekat Kuala Lumpur ini nak jumpa kedai makan yang murah-murah . Mesti tertanya-tanya kan berapa harga MURAH sangat tu kan . Biasanya aku akan makan nasi campur . Nasi Putih + Ayam Goreng / Ayam Masak Merah + Sayur Tauge / Kobis = RM 3.50 . How ? is it affordable for students ? Lu fikir la sendiri . Gua malas nak fikir . Lu mahu Lu datang . WOOKEY ^^ aku rasa setakat ini sahaja sesi suai kenal kita ye adik-adik . Abang Ajil nak solat maghrib dahulu dengan Abang Pacat . AHAK !
Thursday, August 25, 2011
Cerita Ramadhan Cerita Raya
The final countdown ! Lagi 5 hari sahaja bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya . WOOKEY ! Mahu story-morry sikit pasal ceritaratera aku berpuasa buat julung kalinya tanpa ibu bapa di sisi . Hari ini tanggal 25hb Ogos 2011 genap 25 hari aku berpuasa . Insya-Allah cukup lah puasa aku seperti tahun-tahun sebelumnya . HEHE ! Tahun-tahun sebelum ini aku berpuasa bersama ibu dan ayah di Kluang Johor . Namun tahun 2011 ini merupakan sesuatu yang baru bagi aku di mana aku berpuasa tanpa mereka . Haish ' korang ini maksud tanpa mereka itu ialah aku berpuasa di tempat orang . Terawih ? Terawih ? Aku pergi terawih la abang kakak adik mak cik pak cik ! HAHA ! Aku memang pergi terawih TETAPI seminggu pertama sahaja . Haish ' bukan apa imam tu baca surah panjang-panjang . Lenguh jugalah kaki aku ini . Orang-orang tua aku tengok dah macam 'Breakdance' dah . Tergoyang sana tergoyang sini . HAHA ! Tak khusyuk solat aku . Cewah ! Setiap hari sebelum berbuka aku akan telefon rumah tanya ayah dan mak berbuka apa hari ini . Kadang-kadang sedih jugalah sebab mak dan ayah hanya berdua sahaja di rumah . mesti sunyi rumah kan tanpa aku . Sebab aku kan pemecah kesunyian rumah itu . Macam-macam dugaan di bulan ramadhan ini ye . Sebagai contoh , aku pergi kolej naik dua LRT wookey . LRT putra dan star . Perjalanan aku ke kolej mengambil masa dalam 45 minit macam tu . SUMPAH ! Penat sebenarnya walaupun bukan aku yang drive lrt tu . Sampai sahaja rumah dengan rakus nya aku membuka baju terus membanting diri aku atas katill . Menghilangkan rasa kepenatan yang menebal dalam diri . Cewah ! Kemas-kemas rumah sikit semua . Solat dan mandi . Petang keluar pergi bazaar ramadhan cari sedikit juadah untuk dimakan bersama keluarga rakan . Dekat kolej budak-budak kelas suka tanya aku soalan ini , "Fazil kau sahur tak pagi tadi ? " . Err ! sudah jelek aku nak jawab pertanyaan mereka itu . Aku pun jawab , " Aku ini orang bujang tang tang , aku sahur SKY JUICE sahaja . Mampu ? " . HAHA ! Tetapi best jugalah apabila berpuasa di tempat orang ini . Suasana dan kemeriahan dia agak berbeza . Tetapi for sure lagi meriah tempat aku la kalau time puasa dan raya . HAHA !
Setelah sebulan berpuasa OFF COURSE nak raya kan kan . Tetapi belum sebulan lagi bha . Kalau persiapan raya untuk aku mungkin sudah siap kodd . Adalah beberapa helai baju untuk aku pakai masa hari raya nanti . COP COP ! Tahun ini tema keluarga aku warna Pink pekat kodd . 26hb Ogos aku akan bertolak ke Kluang Johor . Hooray Hooray ! Tetapi aku tak sure sama ada aku gembira atau sedih atau risau . Sebab macam-macam yang berlegar-legar dalam kepala hotak aku ini . ARRGGH ! Tetapi akan cuba happy kan diri sebaik mungkin . Rumah tahun ini tetap warna hijau pekat . Tak cat pun . Sebab baru sahaja cat tahun lepas . Nanti aku tolong la ayah dan mak berperang (masak) dekat dapur . Hmm .. Dah lama tak makan masakan mak . Gerenti ! Balik ini aku akan melantak gila gila . Lantak la gemuk ke tak janji puas . HAHA ! Nanti diet balik . Ecececeh ! Balik raya ini aku nak jumpa Alep dan Zack dan kawan-kawan yang lain . Aku akan cuba sempatkan diri untuk berbuka dengan korang berdua wookey babe . HAHA ! Ramai orang bha sudah merajuk sama aku sebab aku lambat balik kampung . Sorry sorry ada masalah teknikal sedikit bha . Semoga raya tahun ini berjalan dengan lancar dan semua orang akan mengukirkan senyuman :)
Setelah sebulan berpuasa OFF COURSE nak raya kan kan . Tetapi belum sebulan lagi bha . Kalau persiapan raya untuk aku mungkin sudah siap kodd . Adalah beberapa helai baju untuk aku pakai masa hari raya nanti . COP COP ! Tahun ini tema keluarga aku warna Pink pekat kodd . 26hb Ogos aku akan bertolak ke Kluang Johor . Hooray Hooray ! Tetapi aku tak sure sama ada aku gembira atau sedih atau risau . Sebab macam-macam yang berlegar-legar dalam kepala hotak aku ini . ARRGGH ! Tetapi akan cuba happy kan diri sebaik mungkin . Rumah tahun ini tetap warna hijau pekat . Tak cat pun . Sebab baru sahaja cat tahun lepas . Nanti aku tolong la ayah dan mak berperang (masak) dekat dapur . Hmm .. Dah lama tak makan masakan mak . Gerenti ! Balik ini aku akan melantak gila gila . Lantak la gemuk ke tak janji puas . HAHA ! Nanti diet balik . Ecececeh ! Balik raya ini aku nak jumpa Alep dan Zack dan kawan-kawan yang lain . Aku akan cuba sempatkan diri untuk berbuka dengan korang berdua wookey babe . HAHA ! Ramai orang bha sudah merajuk sama aku sebab aku lambat balik kampung . Sorry sorry ada masalah teknikal sedikit bha . Semoga raya tahun ini berjalan dengan lancar dan semua orang akan mengukirkan senyuman :)
Persiapan Raya di KL ARRGGH !
Alhamdulillah , mid-term pun dah tamat dengan 'jayanya' . Haha ! Aku pun mengatur langkah ke Pavilion dan KLCC . For your information aku naik lrt sahaja bha untuk ke dua destinasi itu . Takodd jam la kononnya . Dari pukul 2 petang sampai 9 malam aku dekat KLCC . Memang buka puasa semua dekat klcc . Pusing punya Pusing aku berkenan la dengan satu kasot Pull & Bear ni . So beli la . At least ada la juga barang dekat tangan kan kan . Haha! Gitu gini sampai rumah dekat pukul 10 malam. Rushing pergi jusco cari kek untuk birthday abang helmi . Wallaweyh ! Celebrate birthday dia sampai dekat Bangi. Macam gampang la wa cakap sama lu . Pukul 3 pagi baru sampai rumah . ARRGG ! Sabtu pula aku meneruskan pengembaraan ke Jalan TAR SOGO MAJU Junction . Tak beli apa apa pun . Just wasting my time WOOKEY ! SUMPAH Penat gila B*B* ! dah gitu malam keluar lagi pergi Wangsa Walk . all planning nak caru baju melayu dia ni ruined . ERR ! Kawan dia pula ajak main boling . HAISH ! ini hari last aku pergi shopping iaitu hari Ahad . Destinasi pertama aku ialah One Utama . Wookey ! Dekat ini aku beli baju PDI 2 helai dan kemeja TopMan sehelai . Sakit kaki mak nok jalan dekat OU ini . Then aku pergi Mid Valley . Dekat Mid Valley aku beli baju Romp 2 helai dan sehelai kemeja TopMan . Dapat la juga beberapa pasang baju untuk raya dan pergi kelas . Asyik pakai baju yang sama sahaja kan . Haha ! Wookey la sudah mengantuk . Mahu bobok dulu . GOOD NIGHT :)
Tuesday, August 16, 2011
Rubbish talking but having a noble heart's
The concept of my life is totally easy la kalau kau baik dengan aku , aku akan baik dengan kau . Tetapi aku bukan la jenis pendendam . Everything is happen we settle it out immediately here . I am a type of speaking directly without coverless . But i will talk the fact not the pointless talking . Even my speaking is hurts your feeling just ignoring that . Because i am the type of love to joke . But i did not mean to hurt any feelings . Wookey ! Make it smooth , i do not like the people who is making their faces in front of me . The major reason i hate so is i do smile while meeting with peoples . Not because i really eager to judge or to underestimate someone . I am totally know about myself i am not as good as you . I do love the cheerful environment which mean my environment is full of happiness . I will consider with the environment . Plus , i will be adpating the environment in my life . I do not know how to yell or mad someone . I am a humble person . But please do not make trouble with me without no reason . If i do wrong i will come to you and say i am sorry . If i do not wrong i will ignore you . If you already get into me you will know who am i and you will never forget my laughing , speaking , acting and so on . Most of the peoples would be thought that i am an arrogant person because i will not say anything to the unknown person . I will keep an eye toward you and step by step i will greet you politely . I will be underlining your attitudes and will be nice with you . I am a friendly person . Do not afraid to be friend with me . Thank you for being nice with me :)
Monday, August 15, 2011
I will walk alone
Pagi aku tidak seindah dulu . Pagi aku kini kian suram . Menjalani kehidupan sebagai seorang anak perantau yang masih mentah dalam menelaah nilai kehidupan ini . Mengatur langkah ke gedung ilmu bagi mengejar cita-cita yang diimpikan oleh semua orang . Gelak-ketawa bersama rakan sebaya yang bersama-sama dahagakan ilmu pengetahuan . Tinggalkan ceritaratera di teratak 4 tingkat buat sementara waktu . Bertungkus-lumus memerah keringat menuntut ilmu di dalam kelas . Disisipkan keriangan di samping tekanan . Itulah aku dan kawan-kawan . Gembirakan hati yang lara di pentas menuntut ilmu . Bergegas mengejar segulung diploma dan ijazah bagi mempertahankan diri sendiri supaya tidak ditindas . Pulang ke teratak menyelesaikan tugasan gedung ilmu . Menjatuhkan diri di atas sebuah tilam empuk bagi menghilangkan rasa lelah dan penat . Di benak fikiran di penuhi dengan pelbagai tomahan serta tuduhan manusia-manusia . Tidak pernah berhenti memikir kekurangan diri ini sehinggakan ada antara mereka yang sewenangnya menilai aku serendah-rendahnya . Kian siang melabuhkan tirai hati kian berdebar apa khuatir bakal timbul masalah lain . Berjaga-jaga menelaah ayat-ayat aku . Inilah kehidupan sebatang kara seorang perantau apabila berjauhan dari keluarga . Namun begitu hati dan fikiran menjadi nadi utama dalam membuat keputusan . Tidak akan melatah apabila mempunyai masalah dan dugaan dan tekanan . Teruskan berjuang sehingga ke akhir hayat dan termakbul hajat di hati :)
Tamparan kencang ramadhan
Sekali lagi aku diseksa di sebabkan kesalahan orang lain . Memang sukar untuk aku menelan semua kepahitan ini . Tetapi kali ini segala kepahitan aku telan di dalam bulan ramadhan . Aku dilontar dengan pelbagai tomahan dan kata-kata kesat di dalam bulan yang mulia ini . Sesungguhnya hati ini masih bisa menerima segala tomahan dan kejian dari manusia-manusia . Siapa aku mahu menutup percakapan seseorang ? Siapa aku hendak menelaah diri orang lain dari luaran ? Siapa aku hendak mengata kau 'hipokrit' ? Siapa aku hendak melontarkan makian kepada manusia-manusia ? Aku bukan sesiapa . Aku hanyalah ibarat zarah-zarah yang beterbangan di awangan yang mengikut jejak langkah tiupan angin . Baiklah aku sudah tiada tenaga untuk menyangkal kuasa siapa-siapa lagi . MAAF ! Saya bukan lawan anda . Anda maki la saya , saya takkan pernah membalasnya . Setiap aku aku mengalirkan air mata perkara pertama yang akan aku lakukan ialah berdoa diberi ketenangan hati dan kemudian aku akan meluahkan segala kesedihan tersebut kepada dua sahabat terbaik aku Aliff Haikal dan Zack . Thank you guys ! I will never can pay your good deeds :) Di sini aku hendak menegaskan yang kononnya aku nak menunjuk-nunjuk berdoa bagai . Tetapi itulah yang sewajarnya dilakukan oleh umat islam yang berkiblatkan kaabah . Kadang-kadang aku tidak habis fikir , macam mana seseorang individu itu sewenang-wenangnya melontarkan kata makian kepada individu lain . Inilah bukan perkara dusta , tetapi ini fakta yang menimpa diri aku sendiri . Walau apa pun , aku mendoakan kesembuhan matanya dan kebahagiaannya . Sebab dia nak sangat matanya kembali pulih seperti dulu . AMIN :)
Sunday, August 14, 2011
This is my fate
Hari ini merupakan hari kegelapan bagi aku . Why gelap ? Padahal lampu semua ada . Haha ! Macam-macam berlaku dekat aku hari ini . Dalam sekelip mata sahaja kodd aku kena hentam sana sini (kena marah dan maki) . Wookey ! Setiap pasangan bercinta mesti ada panggilan manja kan kan , contohnya sayang , huby , dear dan sebagainya . Aku panggil kapel aku **** . Masa 3 bulan perkenalan memang sweet sangat kodd . Happy sangat tahu :) Tetapi setelah hampir sebulan kami berdekatan dia bahasakan diri dia 'saya' . Aku pun tanyala dengan dia kenapa bahasakan diri dia saya , tetapi dia kata itu aksi spontan . Aku bukan nak issukan apa-apa , aku cuma tertanya-tanya sahaja . Jika aku ada kurang di mana-mana kan . Yela sebab kita nak jadi yang terbaik dari kapell dia yang sebelum ini kan . But all of sudden dia mula naik hantu . Melenting dan marah dengan aku . Huh ! First time ever in my life kena marah dan maki macam tu . If mama atau ayah atau along atau kakak dengar aku kena maki sedemikian gerenti kapell aku tu lembik kena belasah . Sumpah ! Dia punya sifat baran semakin menjadi-jadi sekarang ini . Amat susah bagi dia untuk berlembut dengan aku sekarang ini . Ya Allah bermacam-macam cacian yang dia telah dia lontarkan kepada aku . Namun aku tidak membalas dengan cacian tetapi hanya dengan air mata . Aku ingat pesan mama , "Adik dekat tempat orang jaga tingkah laku , kalau orang susah tolong , solat 5 waktu , belajar rajin-rajin dan kalau ada orang buat jahat atau maki kita jangan balas" . Itulah kata-kata mama yang aku pegang sampai sekarang . Seumur hidup aku memang tak pernah kena maki sedemikian rupa . Inilah cabaran hidup aku sekarang setelah berjauhan dari keluarga . Selagi aku masih sayang dia aku takkan pernah lepaskan dia untuk orang lain . Tetapi kata-kata dia tadi masih terngiang-ngiang di telinga aku iaitu "aku dah rasa lain dengan kau Aku dah tak suka kau , aku bosan dan tension kapell dengan budak kecill , aku tak suka tengok muka kau dan kalau kau rasa kau nak keluar dari rumah ini kau keluar aku tak kisah " . Tetapi walau apa pun aku tetap mendoakan kesembuhan mata dia dan juga kebahagiaan dia pada masa akan datang setelah aku sudah tiada . Apa yang aku boleh simpulkan selagi perasaan sayabg aku terhadap dia masih kuat selagi kuat selagi itu aku akan mencium tangannya dan dahinya . Itu tanda hormat dan sayang aku :)
Friday, June 3, 2011
Kejutan Budaya . HAHA^^
Semasa di zaman pemerintahan Tadika aku bertungkus-lumus belajar (konon) sebab nak lulus supaya dapat naik darjah satu (1) . Aku sekolah Tadika umur enam (6) tahun ye . Alhamdulillah , selamat pandai membaca , menulis dan mengira . Yeah ! Aku dapat naik darjah satu (1) . Haha ! Kelakar bha pabila dikenang kembali peristiwa-peristiwa masa mula-mula masuk darjah satu (1) . Mak ayah berderet dekat luar kelas tengok anak-anak mereka belajar (poyo) . Hanya mak dan ayah aku sahaja kodd yang tidak kelihatan . Kuang-kuang-kuang . Ada yang menangis berguling-guling , ada yang terpekik terlolong macam kena rasuk , macam-macam lagi lah . Pabila dikenang kembali it was awesome what . Sungguh memori semua itu . Kenangan itu tidak akan berulang . Aku sudah merasai sendiri berada di situasi sedemikian . LOL . Masa dekat sekolah rendah pula , peperangan pun bermula sebab nak dapat 5A's dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) . Pergi kelas malam lah , buat kerja sekolah lah . Masa tu belum wujud lagi Facebook , Twitter , Skype dalam dunia aku masa tu . Tiada isitilah fokus dan study dalam kamus kehidupan aku masa sekolah rendah dahulu . Yang ada dalam kamus kehidupan aku dulu , main dengan kawan-kawan contohnya , travel naik basikal pergi Tasik Mardi , buat senapang kayu , main lastik-lastik biji apa entah nama nya . HAHA (!) . Alhamdulillah , agak cemerlang lah keputusan UPSR aku tetttt (!) . Yeah (!) sekali lagi sebab dah masuk dah alam persekolahan menengah . Ouch (!) . Masa dekat sekolah rendah aku memang aktif dalam sukan olahraga . 100M , 4x100M , 4x400M dan Lontar Peluru . Dan aku menyambung tradisi sukan olahraga tersebut ke sekolah menengah . Masa dekat sekolah menengah aku rumah sukan Biru (COSMOS) . Kalau ambang sukan tahunan dah nak mula , mulalah cikgu-cikgu cari aku sana sini sebab suruh masuk sukan . Errr .. Wookey cikgu saya masuk , amboi siap belanja makan bagai . Sukan-sukan belajar-belajar . Wookey , masa dekat sekolah menengah lah baru perkataan Fokus dan Study itu tersisip dalam kamus kehidupan aku . Sebab dalam alam sekolah menengah aku kena bertempur dengan dua (2) peperangan besar iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Kalau masa tingkatan satu (1) hingga tiga (3) aku paling tak suka subjek Kemahiran Hidup (KH) . errr . Aku kurang sikit lah dalam subjek nie . HAHA (!) . Belajar -belajar punya belajar , Alhamdulillah agak sukses lah keputusan PMR aku tuuuu . PMR itu menentukan aliran yang bakal kita ambil kelak . Jadi pada aku semua peperiksaan itu sama penting nya . Ialah mesti semua orang mengidamkan keputusan peperiksaan yang AWESOME . Ada masa dua (2) tahun untuk aku struggling untuk dapat kan keputusan cemerlang dalam SPM . No No No (!)(!)(!) . Tingakatan empat (4) bukan masa untuk bersantai-santai wookey (!) . Kalau kita alfa semasa di tingakatan empat (4) , agak sukar bagi kita untuk menjawab SPM dengan mudah ye . Alhamdulillah , keputusan SPM boleh dianggap cemerlang lah . HAHA (!) . Selepas SPM aku mula melangkah ke gerbang Universiti Teknologi Mara (UiTM) . Aku pun tak pasti sama ada aku sudah sedia ke belum nak menjadi Mahasiswa . Errr . DAn aku juga tak pasti sama ada aku membuat percaturan yang betul atau tidak . Dekat Universiti aku memang sehelai sepinggang lah , hanya kawan-kawan sahaja yang menjadi pendamping lah . Huh (!) . Cara belajar juga lain . Cara berpakaian , cara mengulangkaji pelajaran semua . Culture Shocked (!) .
Monday, May 2, 2011
Pemberian Ustazah Siti Fatimah
Inilah hadiah yang Ustazah Siti Fatimah bagi dekat aku . Masa ini tahun 2002 , umur aku semasa ini baru 9 tahun . Ustazah Siti Fatimah ni mengajar di Sekolah Agama Taman Sri Lambak . Sampai sekarang aku masih ingat wajah dia . Hadiah pun aku masih simpan . Yang dekat atas itulah hadiah yang dia bagi dengan aku . Aku perintis 2 masa tahun 2002 tu . Dia bagi aku hadiah ni sebagai tanda aku sudi menjadi anak angkat dia .Memang dah lama lah bingkai cermin ini . HAHA ! Aku sangat hargai pemberiaan orang ye ^^ Ustazah ini pun juga suka belanja aku kuih-kuih dekat kantin sekolah agama . Ya Allah , best dan kelakar pabila terkenang kembali alam persekolahan dulu . Masa tu belum pandai melawa lagi . Skema-skema gitu . HAHA ! Tetapi aku rasa Ustazah Siti Fatimah ini dah lama pindah . Lost contact lah . Masa kecik-kecik manalah aku ada handphone kan . Telefon rumah sahaja kodd . Hope sangat-sangat dapat berjumpa dengan ustazah .
Sunday, May 1, 2011
Rahsia Rambut
LURUS : Bijak , seorang yang gembira , berjaya , kuat cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
KERINTING & TEBAL : Kurang bijak , degil , kuat cemburu , romantik , banyak bergaul , sukar menyelasaikan masalah diri dan tidak suka termenung
KERINTING & NEGRO : Bijak , ego , cemburu buta , romantik , memilih dan mudah mengamuk pabila susah hendak selesaikan masalah
IKAL MAYANG : Bijak , berfikir sebelum melakukan sesuatu , berfikiran terbuka , banyak bergaul dan mudah memaafkan seseorang
HALUS & LEMBUT : Bijak sangat ,memilih , pemaaf , manja da tegas dan cepat melakukan pekerjaan dan bersungguh-sungguh
SIKIT : Bijak , sentiasa berfikiran negatif , ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil
PERANG : Kurang bijak , berfikiran terbuka , pemaaf , sosial , bijak lari daripada masalah
TEBAL : Bijak , degil . cemburu ,romantik , kasar ,banyak kawan ,pandai ambil hati orang
KUSUT : Sangat bijak , berfikiran terbuka , banyak pergaulan , garang , susah untuk memaafkan seseorang dan pandai menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
p/s : Ini semua hanya lah kajian yang dilakukan . Kesimpulannya , do not judge a book by its cover
KERINTING & TEBAL : Kurang bijak , degil , kuat cemburu , romantik , banyak bergaul , sukar menyelasaikan masalah diri dan tidak suka termenung
KERINTING & NEGRO : Bijak , ego , cemburu buta , romantik , memilih dan mudah mengamuk pabila susah hendak selesaikan masalah
IKAL MAYANG : Bijak , berfikir sebelum melakukan sesuatu , berfikiran terbuka , banyak bergaul dan mudah memaafkan seseorang
HALUS & LEMBUT : Bijak sangat ,memilih , pemaaf , manja da tegas dan cepat melakukan pekerjaan dan bersungguh-sungguh
SIKIT : Bijak , sentiasa berfikiran negatif , ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil
PERANG : Kurang bijak , berfikiran terbuka , pemaaf , sosial , bijak lari daripada masalah
TEBAL : Bijak , degil . cemburu ,romantik , kasar ,banyak kawan ,pandai ambil hati orang
KUSUT : Sangat bijak , berfikiran terbuka , banyak pergaulan , garang , susah untuk memaafkan seseorang dan pandai menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
p/s : Ini semua hanya lah kajian yang dilakukan . Kesimpulannya , do not judge a book by its cover
Tuesday, April 19, 2011
Ketenangan Hati
Walau datang selautan duka
Seluas langit keceriaan
Hati tenang sedamai bayu
Fikiran dilanda tsunami cinta
Nama mu di bibir senantiasa ... YA RABBI
Tangan menghala ke langit luas
Kepala mendongak
Meminta titisan hujan penyelesaian
Kepada mu kami berserah
Meminta kesabaran seluas tasik
Kecekelan sepanjang sungai
Budi pekerti selembut pasir di pantai
Beribu kekuatan seperti bintang bertaburan
Seluas langit keceriaan
Hati tenang sedamai bayu
Fikiran dilanda tsunami cinta
Nama mu di bibir senantiasa ... YA RABBI
Tangan menghala ke langit luas
Kepala mendongak
Meminta titisan hujan penyelesaian
Kepada mu kami berserah
Meminta kesabaran seluas tasik
Kecekelan sepanjang sungai
Budi pekerti selembut pasir di pantai
Beribu kekuatan seperti bintang bertaburan
Friday, April 15, 2011
AKU
Aku...
Pernah sekali tersungkur di lurah yang dalam
Bagaikan maut memimpin tangan
Namun... Tidak ku lunturkan semangat
Yang ada pada diri
Agar perjalanan dapat di teruskan
Walau luka masih berdarah .
Aku...
Pernah sekali tersesat di lembah derita
Ake tewas menentangnya
Kerana...
Tidak tahan akan cacian dan kata-kata
Yang bakal mengisi kehidupan
Tapi... Aku tetap gagah
Mencari jalan keluar yang pasti akan
Membuka lembar cinta yang esa .
Aku...
Akan cuba untuk
Menghentikan segala halangan yang mendatang
Walaupun aku tersesat
Walaupun aku tersungkur
Walaupun ada tentangan dalam diri
Akan ku buang segalanya .
Aku...
Akan buktikan pada semua
Bahawa aku boleh
Kerana aku inginkan kejayaan
Mencapai matlamat
Kerana aku anak bangsa yang berjaya dan berguna .
Pernah sekali tersungkur di lurah yang dalam
Bagaikan maut memimpin tangan
Namun... Tidak ku lunturkan semangat
Yang ada pada diri
Agar perjalanan dapat di teruskan
Walau luka masih berdarah .
Aku...
Pernah sekali tersesat di lembah derita
Ake tewas menentangnya
Kerana...
Tidak tahan akan cacian dan kata-kata
Yang bakal mengisi kehidupan
Tapi... Aku tetap gagah
Mencari jalan keluar yang pasti akan
Membuka lembar cinta yang esa .
Aku...
Akan cuba untuk
Menghentikan segala halangan yang mendatang
Walaupun aku tersesat
Walaupun aku tersungkur
Walaupun ada tentangan dalam diri
Akan ku buang segalanya .
Aku...
Akan buktikan pada semua
Bahawa aku boleh
Kerana aku inginkan kejayaan
Mencapai matlamat
Kerana aku anak bangsa yang berjaya dan berguna .
Subscribe to:
Posts (Atom)





