Monday, May 2, 2011
Pemberian Ustazah Siti Fatimah
Inilah hadiah yang Ustazah Siti Fatimah bagi dekat aku . Masa ini tahun 2002 , umur aku semasa ini baru 9 tahun . Ustazah Siti Fatimah ni mengajar di Sekolah Agama Taman Sri Lambak . Sampai sekarang aku masih ingat wajah dia . Hadiah pun aku masih simpan . Yang dekat atas itulah hadiah yang dia bagi dengan aku . Aku perintis 2 masa tahun 2002 tu . Dia bagi aku hadiah ni sebagai tanda aku sudi menjadi anak angkat dia .Memang dah lama lah bingkai cermin ini . HAHA ! Aku sangat hargai pemberiaan orang ye ^^ Ustazah ini pun juga suka belanja aku kuih-kuih dekat kantin sekolah agama . Ya Allah , best dan kelakar pabila terkenang kembali alam persekolahan dulu . Masa tu belum pandai melawa lagi . Skema-skema gitu . HAHA ! Tetapi aku rasa Ustazah Siti Fatimah ini dah lama pindah . Lost contact lah . Masa kecik-kecik manalah aku ada handphone kan . Telefon rumah sahaja kodd . Hope sangat-sangat dapat berjumpa dengan ustazah .
Sunday, May 1, 2011
Rahsia Rambut
LURUS : Bijak , seorang yang gembira , berjaya , kuat cemburu dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
KERINTING & TEBAL : Kurang bijak , degil , kuat cemburu , romantik , banyak bergaul , sukar menyelasaikan masalah diri dan tidak suka termenung
KERINTING & NEGRO : Bijak , ego , cemburu buta , romantik , memilih dan mudah mengamuk pabila susah hendak selesaikan masalah
IKAL MAYANG : Bijak , berfikir sebelum melakukan sesuatu , berfikiran terbuka , banyak bergaul dan mudah memaafkan seseorang
HALUS & LEMBUT : Bijak sangat ,memilih , pemaaf , manja da tegas dan cepat melakukan pekerjaan dan bersungguh-sungguh
SIKIT : Bijak , sentiasa berfikiran negatif , ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil
PERANG : Kurang bijak , berfikiran terbuka , pemaaf , sosial , bijak lari daripada masalah
TEBAL : Bijak , degil . cemburu ,romantik , kasar ,banyak kawan ,pandai ambil hati orang
KUSUT : Sangat bijak , berfikiran terbuka , banyak pergaulan , garang , susah untuk memaafkan seseorang dan pandai menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
p/s : Ini semua hanya lah kajian yang dilakukan . Kesimpulannya , do not judge a book by its cover
KERINTING & TEBAL : Kurang bijak , degil , kuat cemburu , romantik , banyak bergaul , sukar menyelasaikan masalah diri dan tidak suka termenung
KERINTING & NEGRO : Bijak , ego , cemburu buta , romantik , memilih dan mudah mengamuk pabila susah hendak selesaikan masalah
IKAL MAYANG : Bijak , berfikir sebelum melakukan sesuatu , berfikiran terbuka , banyak bergaul dan mudah memaafkan seseorang
HALUS & LEMBUT : Bijak sangat ,memilih , pemaaf , manja da tegas dan cepat melakukan pekerjaan dan bersungguh-sungguh
SIKIT : Bijak , sentiasa berfikiran negatif , ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil
PERANG : Kurang bijak , berfikiran terbuka , pemaaf , sosial , bijak lari daripada masalah
TEBAL : Bijak , degil . cemburu ,romantik , kasar ,banyak kawan ,pandai ambil hati orang
KUSUT : Sangat bijak , berfikiran terbuka , banyak pergaulan , garang , susah untuk memaafkan seseorang dan pandai menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
p/s : Ini semua hanya lah kajian yang dilakukan . Kesimpulannya , do not judge a book by its cover
Tuesday, April 19, 2011
Ketenangan Hati
Walau datang selautan duka
Seluas langit keceriaan
Hati tenang sedamai bayu
Fikiran dilanda tsunami cinta
Nama mu di bibir senantiasa ... YA RABBI
Tangan menghala ke langit luas
Kepala mendongak
Meminta titisan hujan penyelesaian
Kepada mu kami berserah
Meminta kesabaran seluas tasik
Kecekelan sepanjang sungai
Budi pekerti selembut pasir di pantai
Beribu kekuatan seperti bintang bertaburan
Seluas langit keceriaan
Hati tenang sedamai bayu
Fikiran dilanda tsunami cinta
Nama mu di bibir senantiasa ... YA RABBI
Tangan menghala ke langit luas
Kepala mendongak
Meminta titisan hujan penyelesaian
Kepada mu kami berserah
Meminta kesabaran seluas tasik
Kecekelan sepanjang sungai
Budi pekerti selembut pasir di pantai
Beribu kekuatan seperti bintang bertaburan
Friday, April 15, 2011
AKU
Aku...
Pernah sekali tersungkur di lurah yang dalam
Bagaikan maut memimpin tangan
Namun... Tidak ku lunturkan semangat
Yang ada pada diri
Agar perjalanan dapat di teruskan
Walau luka masih berdarah .
Aku...
Pernah sekali tersesat di lembah derita
Ake tewas menentangnya
Kerana...
Tidak tahan akan cacian dan kata-kata
Yang bakal mengisi kehidupan
Tapi... Aku tetap gagah
Mencari jalan keluar yang pasti akan
Membuka lembar cinta yang esa .
Aku...
Akan cuba untuk
Menghentikan segala halangan yang mendatang
Walaupun aku tersesat
Walaupun aku tersungkur
Walaupun ada tentangan dalam diri
Akan ku buang segalanya .
Aku...
Akan buktikan pada semua
Bahawa aku boleh
Kerana aku inginkan kejayaan
Mencapai matlamat
Kerana aku anak bangsa yang berjaya dan berguna .
Pernah sekali tersungkur di lurah yang dalam
Bagaikan maut memimpin tangan
Namun... Tidak ku lunturkan semangat
Yang ada pada diri
Agar perjalanan dapat di teruskan
Walau luka masih berdarah .
Aku...
Pernah sekali tersesat di lembah derita
Ake tewas menentangnya
Kerana...
Tidak tahan akan cacian dan kata-kata
Yang bakal mengisi kehidupan
Tapi... Aku tetap gagah
Mencari jalan keluar yang pasti akan
Membuka lembar cinta yang esa .
Aku...
Akan cuba untuk
Menghentikan segala halangan yang mendatang
Walaupun aku tersesat
Walaupun aku tersungkur
Walaupun ada tentangan dalam diri
Akan ku buang segalanya .
Aku...
Akan buktikan pada semua
Bahawa aku boleh
Kerana aku inginkan kejayaan
Mencapai matlamat
Kerana aku anak bangsa yang berjaya dan berguna .
Thursday, April 14, 2011
Tiada Rezeki Kodd
Dah lama sebenarnya aku mahu mencoret perasaan 'DOWN' aku ini hah . Tetapi disebabkan tiada masa yang sesuai untuk malakar perasaan ini aku hanya taip di dalam notepad lappy abang aku sahaja . Kemudian copy dan paste sahaja . Masa lepas result SPM keluar , berpusu-pusu merebut peluang pelajaran sama ada IPTA , IPTS , POLITEKNIK , KPLSPM dan banyak lagi lah . Aku juga tidak melepaskan peluang
untuk turut sama . Hehe ! Kita cut it short sahaja la ae Selang 3 hari aku tamat PLKN aku pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membeli nombor untuk KPLSPM . RM 6.00 sahaja . Excited gila nie wei . Balik sahaja rumah terus fill up borang KPLSPM . Haha ! Bajet dapat la nie kan . At the same time
aku menaruhkan sekalung harapan juga lah an . Tetapi cover sikit Takodd kita kecewa . But now memang kecewa pun la wei . Tanggal 12 April 2011 merupakan tarikh penyemakan bagi sesi temuduga KPLSPM atau lebih mesra digelar Maktab Perguruan . At first , aku ingat belum launched au keputusan nya .. Sebab aku tak dapat cari link untuk penyemakan . Masa aku online facebook di malam hari , tetiba ada seorang member's nie 'Hye' aku la kan . Tanya , "Ajil , kau dapat Maktab tak ? " . Aku pun dengan penuh bajet jawab belum keluar kodd . Selepas itu all of sudden dia post link penyemakan . Kurang asam , berderau jantung aku mahu semak sama ada dapat ke tidak . Err ! Aku pun menaip nombor ic aku satu persatu dengan penuh kelembutan . 93052301**** . Click butang semak . Tutup mata ini . Tadaaa ! Harap Maaf
Mohamad Fazil Bin Mohd Zin 93052301**** nama anda tidak tersenarai dalam sesi temuduga . Arghh ! Aku sentap dengan internet itu sebentar au . Tak pasal-pasal internet yang kena . Haha ! Selepas aku terdiam dan termenung sendirian . Posotif dan positif . Tetapi rasa kesal itu masih melekat di benak hati ini . Sekarang aku menyangkut harapan pada IPTA iaitu Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI) , Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) . Actually aku sudah dapat tawaran dari UTM tetapi aku terpaksa tolak sebab aku tidak minat pada jurusan yang ditawarkan . SPA8 pun aku mohon jugak . Semua dalam jurusan perubatan . Minat kodd :) Kalau tawaran Kolej Swasta itu berlambak lah . Setiap hari abang postman itu datang hantar rombongan meminang dekat rumah aku . Haha ! Buka-buka sahaja surat kolej swasta . Ada nama yang aku tak pernah dengar pun ada leyh . Kalau boleh tak mahu masuk kolej lah , tak mampu rasanya . Huh ! Setiap hari aku memanjatkan sejambak doa supaya aku berpeluang memasuki IPTA . Itulah makanan ketenangan aku setiap hari . Solat dan solat . Masa mahu SPM juga aku senantiasa berdoa supaya diterangkan hati dan diberi ketenangan ketika menjawab peperiksaan . Insya-Allah . Allah itu bersama kita :) AMIN !
Thanks Sis
Ton ! Ton ! Ish bising betul lah . Aku pun berlari-lari anak mengendap dari jendela . Wow ! Van pos laju lah . Assalamualaikum , Fazil ke ? Ye saya fazil . Dia pun serah kan satu bungkusan . OMG ! Wondering , what's that stuff . Aku bawa lah kotak itu masuk dalam . Dengan rakusnya aku mengoyakkan sampul hadiah itu . Haha ! Ferrero Rocher , Ya Allah sedapnya . Terima kasih kakak kerana hadiahkan Ferrero Rocher . Ferrero Rocher ini hadiah sempena keputusan SPM aku yang alhamdulillah lah . Bersyukur sangat ^^ Once again thank you sis . Love you for sure . Jasa mu dikenang sis . Ajil akan belajar pandai-pandai wookey . Nanti ajil belanja sis MCD's . I know sis fanatik gila kodd dengan MCD's . Hehe ! Wish me luck for the next journey ye sis .
Monday, April 11, 2011
AWAS ! Bahaya Pewarna Karamel Dalam Minuman Soda
Sudah acapkali kita dikhabarkan keburukan minuman berkarbonat terhadap kesihatan . Bagi yang menggemari minuman ini , anda perlu lebih berhati-hati lagi kerana bahan kimia yang terdapat di dalam bahan pewarna karamel yang biasa digunakan dalam pemprosesan minuman soda dikatakan boleh menyebabkan kanser . Karamel semula jadi diperbuat daripada gula , namun sebagai pewarna makanan , biasanya ia akan ditambah dengan bahan kimia ammonia dan menghasilkan sebatian yang terbukti dapat menyebabkan pelbagai penyakit kanser . Perkara ini dibuktikan di dalam kajian yang dilakukan terhadap haiwan oleh Pusat Sains dan Kepentingan Umum (CSPI) , Kanada dan Washington D.C. Kumpulan pengkaji tersebut juga membuat petisyen kepada Badan Pengawalan Makanan dan Ubat-Ubatan US tentang larangan penggunaan karamel yang mengandungi ammonia yang biasa digunakan di dalam minuman ringan lain yang bewarna gelap. Dari aspek lain , soda masih merupakan penyebab masalah utama kesihatan di dunia iaitu obesiti . Reaksi kimia antara gula dan ammonia dapat membentuk karsinogen dan mungkin boleh menyebabkan ribuan penduduk Amerika Syarikat menghidap kanser .
p/s : Karsinogen bermaksud agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup . Ini disebakan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan.
LAMBANG KASINOGEN
p/s : Karsinogen bermaksud agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup . Ini disebakan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan.
LAMBANG KASINOGEN
Subscribe to:
Posts (Atom)








