Monday, May 2, 2011

Pemberian Ustazah Siti Fatimah

Inilah hadiah yang Ustazah Siti Fatimah bagi dekat aku . Masa ini tahun 2002 , umur aku semasa ini baru 9 tahun . Ustazah Siti Fatimah ni mengajar di Sekolah Agama Taman Sri Lambak . Sampai sekarang aku masih ingat wajah dia . Hadiah pun aku masih simpan . Yang dekat atas itulah hadiah yang dia bagi dengan aku . Aku perintis 2 masa tahun 2002 tu . Dia bagi aku hadiah ni sebagai tanda aku sudi menjadi anak angkat dia .Memang dah lama lah bingkai cermin ini . HAHA ! Aku sangat hargai pemberiaan orang ye ^^ Ustazah ini pun juga suka belanja aku kuih-kuih dekat kantin sekolah agama . Ya Allah , best dan kelakar pabila terkenang kembali alam persekolahan dulu . Masa tu belum pandai melawa lagi . Skema-skema gitu . HAHA ! Tetapi aku rasa Ustazah Siti Fatimah ini dah lama pindah . Lost contact lah . Masa kecik-kecik manalah aku ada handphone kan . Telefon rumah sahaja kodd . Hope sangat-sangat dapat berjumpa dengan ustazah .

No comments:

Post a Comment