Wednesday, August 22, 2012

Cinta Twitter

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia . Sebelum aku berstatus 'TAKEN' aku jenis yang suka tambah rakan BlackBerry Messenger (BBM) secara rawak . Biasanya mereka-mereka ini akan pamerkan BlackBerry pin mereka secara terbuka . Jadi aku tambah mereka-mereka yang mempamerkan BlackBerry pin mereka secara terbuka . Tetapi aku tak pernah balas atau tegur selepas mereka menerima aku sebagai rakan dalam BlackBerry Messenger (BBM) . Kononnya dahulu nak jadi macam retis-retis , BlackBerry Messenger (BBM) Contacts sampai beribu-ribu . Haha . Suatu hari aku ada kemas kini status di Twitter iaitu  , "Nak tidur tetapi tak boleh tidur" . Begini tidak silap aku . Tup-tup apabila aku bangun sahaja dari tidur ada notifikasi dari laman sosial Twitter . Aku pun buka notifikasi tersebut dalam keadaan mamai . Haha . Si dia membalas status yang aku kemas kini . Kemudian aku tengok gambar profil Twitter dia , hati aku berdetik rasanya gambar sebegini ada dalam BlackBerry Messenger (BBM) Contacts aku . Aku periksa gambar dan namanya sama seperti dalam Twitter . Kemudian aku PING dia . Bertanya sama ada itu dia atau tidak . Dia jawab itu dia . Haha . Bermulalah kisah percintaan kami . Kami mula berhubung di BBM . Bertanya khabar dan sebagainya . Sebelum itu aku ada membaca status-status di BBM dia kelihatan sedih dan kecewa seolah-olah putus cinta . Aku pun beri kata-kata semangat untuk dia dan sekalung nasihat . Beberapa hari kemudian dia kata dia dah SINGLE . Serius pada masa itu aku langsung tak ada perasaan suka apa entah lagi sayang dekat dia . Haha . Kalau aku tak silap tanggal 19/06/2012 aku hendak pulang ke KL . Perancangan awal hendak beradu di rumah kakak di Bangi . Tup-tup masa aku dalam perjalanan ke KL dia kata dia nak ke Terengganu sebab ada kursus . Hati aku mula tak keruan jadinya . Hendak balik ke kondominium tak berani sebab sendirian . Jadi aku nekad untuk hubungi rakan-rakan BBM . Hanya dia sahaja yang boleh jemput aku di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) . Serius masa itu aku hilang arah dah . Agak sedih juga masa itu . Kebetulan si dia baru habis kelas dari Unisel Shah Alam dia terus menuju ke TBS . Detik-detik paling aku takodd ketika berada di dalam kereta . Aku jadi gementar tahap dewa dewi . Aku seolah-olah tidak boleh bercakap seperti manusia normal . Haha . Sangat gementar dan takodd masa itu . Yeay ! Dia terus bawa aku pergi makan Subway . Ngee . Sebab sebelum kami berjumpa aku pernah cakap dengan dia aku suka makan Subway . Hehe . Jadi dia bawa pergi makan Subway . Seronok-seronok . Hehe . Aku makan Chicken Terrayaki dia makan Spicy Italian . Ngee . Selepas makan dia terus bawa pergi karaoke dekat Danau Kota . Dengan kawan-kawan dia memang lagi mati kutu lah aku jawabnya . Memang sepatah ditanya , sepatah haram aku tak jawab . Haha . Aku sampai tertidur-tidur dalam bilik karaoke itu . Haha . Agak penat juga sebenarnya . Selepas karaoke pergi makan dan tidur di rumahnya 1 malam . Tanggal 26/06/2012 merupakan tarikh deklarasi kami . Haha . Akhirnya dia berjaya memikat dan mencairkan hati aku . Haha . Dan Alhamdulillah sehingga kini kami masih bertahan .