Thursday, March 31, 2011

I Was Born In Kluang



Aku bangga jadi anak jati Kluang , Johor . Kota prada ini semakin hari semakin membangun hasil tangan anak-anak tempatan . Di sinilah tempat aku mengenal erti kehidupan , di sinilah aku menimba ilmu pendidikan dan pengetahuan , di sinilah kediaman aku bertapak dan di sinilah juga kehidupan aku . Di kota prada ini juga aku mencari kegembiraan dan bersiar-siar memerhati gelagat manusia kini . Kelakar kadang-kadang bila difikir kan balik . Kepulan awan memayungi kota prada yang tersegam indah ini . Walaupun ini hanyalah cebisan kota kecil , namun pada aku di sinilah tempat aku membesar . Kelawar menjadi simbolik kota prada (Kluang) ini . Aku kagum ! Pabila aku hendak menangkap gambar kota ini , Masya-Allah aku terdiam sebentar . Cantik rupanya bandar Kluang ini . Hmm .. Seringkali aku disogokkan dengan soalan lazim seperti ini , "Ajil, kau tak bosan ke duduk dekat Kluang nie doe ? " . Dan aku jawab kadang-kadang itu bosan , tetapi walau aku bosan macam mana pun kalau seminggu aku tak tengok Kluang sedih jugak kodd . Hehe^^ . Mungkin setengah orang tidak pernah dengar , apa itu Kluang ? Kluang itu makanan ke nama tempat . Haha ! Cuba search dekat Google mesti ada meyh . Bandar Kluang ini juga merupakan dunia fesyen bagi aku . Apa yang ada dekat Kuala Lumpur(KL) ada dekat Kluang . Cuma Kuala Lumpur itu merupakan pusat utama negara . Di Kluang juga terdapat sejarah-sejarah yang tersendiri . Baru-baru hangat diperkatakan mengenai Railway Coffee yang hanya terdapat di Kluang . Isu ini menjadi bahan bualan masyarakat . Aku tidak boleh ulas dengan lebih lanjut kerana isi ini agak sensitif . Pusat membeli-belah utama yang terdapat di Kluang seperti BCB , Kluang Parade , Kluang Mall dan Parkson . Harga dan ekonomi di sini amat stabil . KESIMPULAN , di sinilah tempat aku mencapai kejayaan bersama rakan-rakan seperjuangan .

Full Of Happy

Alhamdulillah^^ my current life is better than before . In the past day , many things have happened to me which are memorable . I had scored very good result in school even my school life . Then , i had declared with someone that for sure now is officially mine . No one can take "...." from me . I am totally happy . Alhamdulillah , we were happy together , we try to be more understanding couple's . Knowing that life's is not all sunshine and rainbows, there's some tragic news which i wish to share . My friend mother's passed away last week and he is feeling very devastated . I am sure you know how close they were . But i will never let him be , non-stop giving him moral support . Yesterday , my laptop was hecked . Arghh ! Now i have to use my brother's laptop . Plus , he left his laptop here . I rarely using his laptop . I had no idea about my laptop . The laptop was not able to turn on . After i pressed the button on , the screen is changed into black colour and appeared many of words that asked me to reboot . Arghh' i did not know about this . Now my laptop went to clinic to be checked with the pro . Haha^^ . Most of the past day , I and ekal were looking for a job . We were looking for a job everywhere . Our main focused is meal restaurant la . Because both of really eager want to work there . Now , we are waiting for the calls . Haish '' what a hard to seek a job now . The first intake for IPTA would be on september . What a jerk ! And the first intake for Maktab Perguruan would be on June if i am not mistaken la . Actually i wish to ask all my peers go to Gunung Lambak to rest our minds for a while . But they are totally busy with their own works . Hmm^^ when the past will be a fact .

Tuesday, March 22, 2011

Acim ! Acim ! Acim !



Acim ! Acim ! Acim ! Dah besau anak saudara pak ucu nie hah . Dulu kecik je bha . Actually nama sebenar dia Muhammad Aisy Azim for short acim . Tu aku yang bagi ye , tak sangka lah pulak semua panggil acim . Haha ! Ayoyo '' dulu hah ini budak banyak kuat menangis woo masa itu kecik-kecik . Bila ini budak nangis hah semua orang jadi panic woo . Alhamdulillah '' dah besau everything is under control bha . Lupa nak bagi tahu , acim ini merangkap anak kakak aku yang sulung dan anak saudara aku yang kedua . Ini budak stay in Bangi tapi kan tapi kan dia lahir dekat Kluang , Johor . Apakah maknanya ? Maknanya acim anak Kluang , sama dengan pak ucu . Haha ! Yeah ' ada geng . Mak dengan ayah dan abang aku always laughing bila nampak acim ini . Muka dia totally same goes to papa dia (Abang ipar aku) . Ayah aku cakap tak da rupa akak aku langsung . Haha ! The main things yang kelakar pasai acim nie , cara dia salam la . Mak ai salam sampai kepala nak jejak dekat lantai . Haha ! Ritu aku call kakak aku nak dengar suara si acim nie la . OMG ! Sekarang dah pandai cakap . Pak ucu ,pak ucu ! Haha . Jaga lah kau budak kecik kau balik sini memang kena gigit la kakinya tu hah . The newest one is , acim sekarang , manjang posing . Sama lah macam mama dia sama juga lah macam aku dan mak aku . LOL . Kakak aku cakap sekarang dah tak bole nak pegang , nak jalan sendiri . Tapi kan bila rambut dia nak lebat . Haha ! Rambut dia sikit bebeno . Huhu ''

p/s : Rindu sama ini budak meyh ! Bila bha mahu balik KLUANG .

Monday, March 21, 2011

Mother Knows Best

Mothers are precious blessings whom we should cherish . They are the anchors in the family , holding the members together . We owe them a great debt . Not only do they bring us into the world , they are our household keepers and our moral and emotional confidents when we face problems .

Thursday, March 17, 2011

One Day I Will

Senyuman halus tersulam kemas di wajah lestari ku pabila melihat gelagat pasangan bercinta tika bermesra di alam fana ini . Alangkah bahagianya mereka pabila bisa berkongsi kotak perasaan mereka bersama . Aku hanya berseorangan di kerusi batu yang usang itu memerhatikan lakonan romantik mereka sambil dibuai keinginan untuk turut menyertai lakonan tersebut , namun apakan daya aku tidak mempunyai pasangan seperti mereka . Hmm .. Terpaksa lah aku meniup keinginan ku itu terbang bersama burung-burung yang bebas berterbangan di udara . Aku seolah patung hidup mereka . Bila mereka sudah tiada siapa barulah mereka mencari patung hidup itu . Aku cuba dan cuba untuk menyisipkan rasa bahagia tanpa pasangan namun aku tewas akan tamparan cinta . Tetapi aku hanyalah sekadar menyulam mimpi yang tidak nyata . Tiada siapa yang mencintai aku tiada .... Mereka sudah bahagia dengan kehidupan cinta mereka . Aku hanya mampu mengukir ceritera cinta aku di dalam komik yang hanya pantas menjadi bahan ketawa semua orang . Saluran jantung ku kala bocor pabila melihat reaksinya bersama insan lain . Kenapa dia memberi aku sekalung harapan , kenapa dia memberi aku sekalung layanan sedangkan aku tiada di atas pentas hatinya . Adakah aku tidak layak untuk merasai nikmat bercinta ? Hidup di dunia ini hanya sementara berbekalkan amalan yang bakal di bawa ke dunia yang lain kelak . Namu begitu aku mengidam untuk disayangi oleh seseorang . Tiap kali aku membanting jasad aku di atas tilam empuk , pelbagai tanda soal menyelinap masuk di alam minda aku .. Antara tanda tanya yang sering meronta di alam minda aku ialah , dia ingat aku ke tidak ek ? Akan ku fikir dan fikir sehinggalah mata sepet aku tertutup dibuai kengantukan . Tetapi impian aku tidak pernah pudar .Aku akan cuba mengejar impian tersebut . "One day i will " merasai seperti mereka rasa .

Tuesday, March 15, 2011

Life After PLKN

PLKN pun sudah tamat dan sekarang sudah tiba masanya untuk memikirkan masa depan . Insya-Allah tanggal 23 March 2011 keputusan SPM 2010 bakal diumumkan . Macam-macam program aku dan kawan-kawan dah rancang . First of all ' aku plan mahu cari kerja bha ! Panggilan IPTA bulan September ' lama lagi kodd . Dari aku duduk rumah makan tidur makan tidur baik aku kerja . Mahsyuk juga an ! Actually tak tahu mahu cari kerja ape . Hehe ! Ingat mahu shopping bha guna duit elaun PLKN . Macam-macam mahu beli ' [kasut] [baju] [seluar] [jam] [perfume] . Telefon bimbit aku kan kena rembat an ' so far aku tidak mahu fikir dahulu pasai telefon bimbit . Sakit hati kodd ! Dah ada duit nanti baru fikir dan beli . Target mahu beli Nokia N8 ' arghh mahu handphone tu juga . Kalau result SPM wookey mama aku sudah janji mahu belikan . Hehe ! Macam biasa aku akan keluar cari kerja dengan kawan baik aku Alep Ekall . Dalam proses mahu berdikari dan berdikari . Emm ' nanti nak pergi BSN mahu beli nombor pin untuk Maktab Perguruan . Ramai yang tanya aku , "Ajil kau nak jadi cikgu ke ? " . Haha ! A'ah la kodd aku nak jadi cikgu . Aku nak jadi Pensyarah sebenarnya ' tak pernah berubah cita-cita aku itu . Aku akan fokus dengan cita-cita aku . Dan sudah tiba masanya aku mematangkan diri aku 'aplikasikan semua perkara yang aku belajar di PLKN dalam kehidupan seharian aku . Mendidik diri untuk lebih berani mencuba sesuatu yang baru dan mengulang kaji pelajaran sedikit sebanyak boleh segarkan kembali ingatan aku yang sudah berkarat ini . Tak sabar nak merasai alam pekerjaan sementara dan juga alam mahasiswa . Aku akan menggunakan masa dengan baik .Setelah aku keluar dari kem baru aku sedar bahawa sebenarnya hidup aku memang banyak kekurangan . Ya Allah terima kasih atas pemberiaan mu kepada aku . :'( . Aku ingat lagi kata-kata jurulatih " Janganlah kita bersedih kalau seseorang itu tidak ada masa untuk kita , bersedihlah kalau kita tiada masa untuk diri kita sendiri " . PLKN I LOVE YOU SO MUCH !

Monday, March 14, 2011

Tamat PLKN dengan jayanya !

Alhamdulillah ' secara rasmi Program Latihan Khidmat Negara melabuhkan tirai pada tanggal 13 March 2011 . Rasanya masih awal tanggal 4 Januari 2011 dimana pada tanggal tersebut aku melapor diri di Kem PLKN Pinggiran Pelangi Muadzam Shah , Pahang . Pelbagai suka dan suka yang telah kami telan bersama . Jeritan suara jurulatih-jurulatih masih terngiang-ngiang di halwa telinga aku . "Wira Wirawati cepat bariss ' bonggok ! " Haha ! "Wira cangkung semua ' lompat setempat 500 kali " ! Kemerduan suara speaker di dewan yang selama ini menjadi jam penggera aku masih bergema . Dengan speaker tu lah aku bangun untuk solat subuh . Kadang-kadang terlajak jugak . Haha ! Aktiviti dekat kem seolah-olah sudah sebati dengan aku . Cabaran utama ialah bangun pagi ' get ready untuk pergi PT . Haha ! First of all ' aku mahu story morry kenangan manis sepanjang aku berada di Kem Pinggiran Pelangi . Pertama sekali ' aku dapat ilmu macam mana hendak menggunakan peta dan kompass . Before this aku memang mandul kalau bab-bab geografi ini . Kedua aku berpeluang menderma darah . Aku kumpulan darah B . Sesiapa yang memerlukan darah jenis B insya-Allah aku boleh derma untuk korang . At first ' seram aku tengok jarum . Agak besar jugak . Boleh dikatakan sejuk satu badan nie . Aku perhatikan bulat-bulat jarum itu menusuk masuk dalam saluran darah . Haha ! Dan apa yang paling aku tak sangka jarum itu juga menusuk masuk dalam saluran darah aku . Aku beranikan diri aku , kalau aku tidak cuba sampai bila-bila aku akan takodd . Dan sebenarnya tidak sakit pun . Teknologi dah moden kan ' ubat bius pun ada . Then aku berpeluang menembak menggunakan M16 . OMG ! I really impressed bila aku berpeluang mengendalikan M16 . Tidak semua orangkan berpeluang . Aku bersyukur sangat . Aku dapat menikmati bunyi M16 itu secara LIVE di padang sasar . Dapat melihat sendiri peluru itu bergerak , kelongsong peluru itu termuntah dari M16 dan sebagainya . Kenangan manis lain ialah di mana aku dapat nama baru iaitu KIKO's . Hehe ! Aku dengan dak-dak kompeni aku iaitu delta a.k.a kaki langgar memang macam cium molot . Dorang respect aku 100% . Dorang selalu tarik pipi aku , angkat aku . Best sangat ! Sebut sahaja KIKO's mesti 1 kem kenal . Kalau aku berada di atas pentas mesti dorang bersorak untuk aku . KIKO . KIKO . KIKO . KIKO . DELTA LOVE YOU ! Terharu rasanya . AKU love korang semua ' hope kita akan sentiasa berhubung ye . Koranglah kotak suka dan duka aku sepanjang aku berada di kem . Tapikan dorang suka kacau aku time aku tidur ' geram benci . Haha ! Pas tu kenangan manis yang lain bila time Komuniti 1 Malaysia . Kompeni aku buat komuniti 1 Malaysia di Kolej Komuniti Rompin . Waa ' aku belajar masak nasi ayam hainan au . Aku memilih kos masakan nasi ayam . Tak rugi aku ambil kos tersebut . Pelbagai jenis bahan masakan aku pelajari dari pensyarah masakan . Siap dapat resepi lagi . Aku nak masak untuk mama and ayah lerrr , hehe ! Aku budak baru belajar kalau salah tolong masakkan . Haha ! Mnadi kolah ramai-ramai one of the sweet memory la sayang . Sebelum ini pernah pula aku mandi kolah . Hanya terdapat di Kem Pinggiran Pelangi sahaja ye . Sebenarnya kiteorang dilarang terjun dalam kolah tu tetapi apakan daya jurulatih-jurulatih tidak mampu menahan keinginan kami . Haha ! Dengan aku-aku sekali masuk dalam kolah itu . Kiteorang buat macam jacuzzy . Letak body wash banyak-banyak bagi buih pas tu berendam ler . Sebab tu anak buah aku termasuk aku lambat pergi surau . Rupanya berendam dalam kolah . Haha ! Aktiviti Flying Fork , Tali Tinggi and Burma Bridge memang mantap gila . Bapak extreme ' haha ! Tak pernah aku experienced semua ini sebelum nie . Terima kasih PLKN kerana memberi peluang kepada aku untuk merasai semua ini . Belajar berkawad dan taekwando . Pehh ' serius memang aku hangin gila masa belajar kawad dengan taekwando . Bayangkanlah jam 2.30 petang berkawad dengan taekwando dekat tengah-tengah padang kawad . Memang menyumpah sahajalah mulut nie . Haha ! Tetapi lama kelamaan aku mulai biasa dengan suasana panas ini . Alang-alang hitam biar hitam semua . Huhu ! Paling kelakar time riadah lah . Haha ! Bukan-bukan sahaja yang aku buat . Anak-anak buah aku sibuk mengeluarkan peluh aku sibuk berpoco-poco dengan jurulatih . Haha ! Sedih rasanya bila terkenangkan suasana di kem . The most sweetest memory is ' aku dapat ramai kawan-kawan dari daerah Temerloh , Kuantan , Kluang , Segamat dan Muar . Kawan is everything . Merekalah yang menjadi tempat kita mengadu tika dalam kesusahan . Merekalah yang tidur dengan aku , merekalah yang makan dan minum dengan aku , mereka jugalah yang mandi dengan aku dan mereka jugalah yang mendengar masalah aku . Kenangan pahit hanya ada satu sahaja iaitu handphone aku kena rembat doe . Siot je ! Tahulah salah aku tak pulang handphone tak payahlah rembat . Haha ! Bangun je tido tengok handphone dah tak ada . Pehh ' malang lah siot . Haha ! Macam-macam ada dalam handphone tu . Hooray ' elaun dah masuk . Shopping time ! Haha ! Macam-macam mahu beli nie . At the same time mahu cari kerja jugak bha . Malam penutup ada makan rasmi . Pehh ' gempak siot . Have fun tahap gaban lah . Aku memperagakan baju melayu warna hijau bertemankan kain songket . Ensem ler . Haha ! **Masuk bakul angkat sendiri ** Tambah dengan karaoke dan pentomin . Memang meletup lah malam tu . Tak puas enjoy dekat dewan sambung dekat dalam bilik . Tak tidur malam tu . Bila pagi menyapa ' kesedihan mula menyelubungi susasana . Masing-masing berpelukan ' memberi ciuman gurauan . Sedih dan sedih . Namun apakan daya ' setiap pertemuan pasti ada perpisahan . PLKN must lead .