Monday, March 14, 2011

Tamat PLKN dengan jayanya !

Alhamdulillah ' secara rasmi Program Latihan Khidmat Negara melabuhkan tirai pada tanggal 13 March 2011 . Rasanya masih awal tanggal 4 Januari 2011 dimana pada tanggal tersebut aku melapor diri di Kem PLKN Pinggiran Pelangi Muadzam Shah , Pahang . Pelbagai suka dan suka yang telah kami telan bersama . Jeritan suara jurulatih-jurulatih masih terngiang-ngiang di halwa telinga aku . "Wira Wirawati cepat bariss ' bonggok ! " Haha ! "Wira cangkung semua ' lompat setempat 500 kali " ! Kemerduan suara speaker di dewan yang selama ini menjadi jam penggera aku masih bergema . Dengan speaker tu lah aku bangun untuk solat subuh . Kadang-kadang terlajak jugak . Haha ! Aktiviti dekat kem seolah-olah sudah sebati dengan aku . Cabaran utama ialah bangun pagi ' get ready untuk pergi PT . Haha ! First of all ' aku mahu story morry kenangan manis sepanjang aku berada di Kem Pinggiran Pelangi . Pertama sekali ' aku dapat ilmu macam mana hendak menggunakan peta dan kompass . Before this aku memang mandul kalau bab-bab geografi ini . Kedua aku berpeluang menderma darah . Aku kumpulan darah B . Sesiapa yang memerlukan darah jenis B insya-Allah aku boleh derma untuk korang . At first ' seram aku tengok jarum . Agak besar jugak . Boleh dikatakan sejuk satu badan nie . Aku perhatikan bulat-bulat jarum itu menusuk masuk dalam saluran darah . Haha ! Dan apa yang paling aku tak sangka jarum itu juga menusuk masuk dalam saluran darah aku . Aku beranikan diri aku , kalau aku tidak cuba sampai bila-bila aku akan takodd . Dan sebenarnya tidak sakit pun . Teknologi dah moden kan ' ubat bius pun ada . Then aku berpeluang menembak menggunakan M16 . OMG ! I really impressed bila aku berpeluang mengendalikan M16 . Tidak semua orangkan berpeluang . Aku bersyukur sangat . Aku dapat menikmati bunyi M16 itu secara LIVE di padang sasar . Dapat melihat sendiri peluru itu bergerak , kelongsong peluru itu termuntah dari M16 dan sebagainya . Kenangan manis lain ialah di mana aku dapat nama baru iaitu KIKO's . Hehe ! Aku dengan dak-dak kompeni aku iaitu delta a.k.a kaki langgar memang macam cium molot . Dorang respect aku 100% . Dorang selalu tarik pipi aku , angkat aku . Best sangat ! Sebut sahaja KIKO's mesti 1 kem kenal . Kalau aku berada di atas pentas mesti dorang bersorak untuk aku . KIKO . KIKO . KIKO . KIKO . DELTA LOVE YOU ! Terharu rasanya . AKU love korang semua ' hope kita akan sentiasa berhubung ye . Koranglah kotak suka dan duka aku sepanjang aku berada di kem . Tapikan dorang suka kacau aku time aku tidur ' geram benci . Haha ! Pas tu kenangan manis yang lain bila time Komuniti 1 Malaysia . Kompeni aku buat komuniti 1 Malaysia di Kolej Komuniti Rompin . Waa ' aku belajar masak nasi ayam hainan au . Aku memilih kos masakan nasi ayam . Tak rugi aku ambil kos tersebut . Pelbagai jenis bahan masakan aku pelajari dari pensyarah masakan . Siap dapat resepi lagi . Aku nak masak untuk mama and ayah lerrr , hehe ! Aku budak baru belajar kalau salah tolong masakkan . Haha ! Mnadi kolah ramai-ramai one of the sweet memory la sayang . Sebelum ini pernah pula aku mandi kolah . Hanya terdapat di Kem Pinggiran Pelangi sahaja ye . Sebenarnya kiteorang dilarang terjun dalam kolah tu tetapi apakan daya jurulatih-jurulatih tidak mampu menahan keinginan kami . Haha ! Dengan aku-aku sekali masuk dalam kolah itu . Kiteorang buat macam jacuzzy . Letak body wash banyak-banyak bagi buih pas tu berendam ler . Sebab tu anak buah aku termasuk aku lambat pergi surau . Rupanya berendam dalam kolah . Haha ! Aktiviti Flying Fork , Tali Tinggi and Burma Bridge memang mantap gila . Bapak extreme ' haha ! Tak pernah aku experienced semua ini sebelum nie . Terima kasih PLKN kerana memberi peluang kepada aku untuk merasai semua ini . Belajar berkawad dan taekwando . Pehh ' serius memang aku hangin gila masa belajar kawad dengan taekwando . Bayangkanlah jam 2.30 petang berkawad dengan taekwando dekat tengah-tengah padang kawad . Memang menyumpah sahajalah mulut nie . Haha ! Tetapi lama kelamaan aku mulai biasa dengan suasana panas ini . Alang-alang hitam biar hitam semua . Huhu ! Paling kelakar time riadah lah . Haha ! Bukan-bukan sahaja yang aku buat . Anak-anak buah aku sibuk mengeluarkan peluh aku sibuk berpoco-poco dengan jurulatih . Haha ! Sedih rasanya bila terkenangkan suasana di kem . The most sweetest memory is ' aku dapat ramai kawan-kawan dari daerah Temerloh , Kuantan , Kluang , Segamat dan Muar . Kawan is everything . Merekalah yang menjadi tempat kita mengadu tika dalam kesusahan . Merekalah yang tidur dengan aku , merekalah yang makan dan minum dengan aku , mereka jugalah yang mandi dengan aku dan mereka jugalah yang mendengar masalah aku . Kenangan pahit hanya ada satu sahaja iaitu handphone aku kena rembat doe . Siot je ! Tahulah salah aku tak pulang handphone tak payahlah rembat . Haha ! Bangun je tido tengok handphone dah tak ada . Pehh ' malang lah siot . Haha ! Macam-macam ada dalam handphone tu . Hooray ' elaun dah masuk . Shopping time ! Haha ! Macam-macam mahu beli nie . At the same time mahu cari kerja jugak bha . Malam penutup ada makan rasmi . Pehh ' gempak siot . Have fun tahap gaban lah . Aku memperagakan baju melayu warna hijau bertemankan kain songket . Ensem ler . Haha ! **Masuk bakul angkat sendiri ** Tambah dengan karaoke dan pentomin . Memang meletup lah malam tu . Tak puas enjoy dekat dewan sambung dekat dalam bilik . Tak tidur malam tu . Bila pagi menyapa ' kesedihan mula menyelubungi susasana . Masing-masing berpelukan ' memberi ciuman gurauan . Sedih dan sedih . Namun apakan daya ' setiap pertemuan pasti ada perpisahan . PLKN must lead . 

1 comment: