Tuesday, March 15, 2011

Life After PLKN

PLKN pun sudah tamat dan sekarang sudah tiba masanya untuk memikirkan masa depan . Insya-Allah tanggal 23 March 2011 keputusan SPM 2010 bakal diumumkan . Macam-macam program aku dan kawan-kawan dah rancang . First of all ' aku plan mahu cari kerja bha ! Panggilan IPTA bulan September ' lama lagi kodd . Dari aku duduk rumah makan tidur makan tidur baik aku kerja . Mahsyuk juga an ! Actually tak tahu mahu cari kerja ape . Hehe ! Ingat mahu shopping bha guna duit elaun PLKN . Macam-macam mahu beli ' [kasut] [baju] [seluar] [jam] [perfume] . Telefon bimbit aku kan kena rembat an ' so far aku tidak mahu fikir dahulu pasai telefon bimbit . Sakit hati kodd ! Dah ada duit nanti baru fikir dan beli . Target mahu beli Nokia N8 ' arghh mahu handphone tu juga . Kalau result SPM wookey mama aku sudah janji mahu belikan . Hehe ! Macam biasa aku akan keluar cari kerja dengan kawan baik aku Alep Ekall . Dalam proses mahu berdikari dan berdikari . Emm ' nanti nak pergi BSN mahu beli nombor pin untuk Maktab Perguruan . Ramai yang tanya aku , "Ajil kau nak jadi cikgu ke ? " . Haha ! A'ah la kodd aku nak jadi cikgu . Aku nak jadi Pensyarah sebenarnya ' tak pernah berubah cita-cita aku itu . Aku akan fokus dengan cita-cita aku . Dan sudah tiba masanya aku mematangkan diri aku 'aplikasikan semua perkara yang aku belajar di PLKN dalam kehidupan seharian aku . Mendidik diri untuk lebih berani mencuba sesuatu yang baru dan mengulang kaji pelajaran sedikit sebanyak boleh segarkan kembali ingatan aku yang sudah berkarat ini . Tak sabar nak merasai alam pekerjaan sementara dan juga alam mahasiswa . Aku akan menggunakan masa dengan baik .Setelah aku keluar dari kem baru aku sedar bahawa sebenarnya hidup aku memang banyak kekurangan . Ya Allah terima kasih atas pemberiaan mu kepada aku . :'( . Aku ingat lagi kata-kata jurulatih " Janganlah kita bersedih kalau seseorang itu tidak ada masa untuk kita , bersedihlah kalau kita tiada masa untuk diri kita sendiri " . PLKN I LOVE YOU SO MUCH !

No comments:

Post a Comment