Monday, May 14, 2012

Nukilan Kekecewaan

Mulai sayang kau wahai sang kekasih . Tetapi malangnya kau hanya bisa menelaah pada harta kekayaan aku bukannya kasih-sayang aku . Cukuplah sampai di sini . Hati aku kini sudah tertutup rapi pada manusia-manusia yang dahagakan kasih-sayang palsu . Sebab itu selama ini hati aku berdansa sumbang kerana ada sesuatu yang dirahsiakan . Dan semuanya sudah terbukti malam ini . Terus-terang aku mengatakan yang aku sangat kecewa dan kesal . Belum pernah seorang pun memperdajal aku seperti ini . Harta itu semua milik ayah dan mama aku . Duit yang aku hulurkan pada adalah hasil titik peluh kedua ibu bapa aku . Ya Allah aku sungguh tidak sangka perangai kau sekeji ini wahai sang kekasih . Janganlah engkau cari aku lagi . Kerana hati ini bukan barang permainan yang boleh dibuat main . Seandainya kau dahagakan harta kekayaan bukan aku orangnya . Maaf . Engkau sungguh misteri . Kemunculan masih menjadi tanda tanya bagi aku . Aku menaip ini bertemankan air mata kekesalan akibat kebodohan aku sendiri . Bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi hanya ingin meluahkan perasaan . Engkau telah menyedarkan aku dan sekaligus aku telah menukar prinsip aku . Terima kasih :)

No comments:

Post a Comment