Saturday, December 25, 2010

APAKAH hukum jika lelaki itu bertindik ?

   Bertindik merupakan amalan khas bagi golongan wanita untuk tujuan kecantikan dan perhiasan . Lazimnya , wanita bertindik di bahagian telinga untuk dipakaikan anting-anting . Namun islam tidak menggalakkan wanita bertindik secara berlebihan bagi mengelakkan fitnah dan kesan terhadap kesihatan .
    Lelaki pula dilarang menyerupai wanita dalam perihal perhiasan , sebagaimana hadis Ibnu Abbas : "Nabi SAW melaknat orang yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki-lelaki dan orang yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita " (Riwayat Bukhari).
   Oleh itu , hukum lelaki bertindik adalah haram . Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia tahu akan hukumnya dan berterusan memakainya walau sudah ditegur adalah termasuk dalam golongan fasik kerana berterusan melakukan dosa-dosa besar kerana menyerupai wanita .
   Janganlah kita leka dalam menelaah fesyen terkini sehingga lupa akan status kita sebagai seorang yang beragama islam . Tidak salah kalau kita ingin berfesyen tetapi biarlah bertepatan dengan kehendak syarak . Keindahan di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata . Keindahan yang kekal abadi hanyalah di akhirat kelak . Di dunia ini kita hanyalah sebagai seorang perantau .
   Kesimpulannya , golongan lelaki haram sama sekali bertindik sekaligus akan membawa kepada dosa besar.
Tindik juga akan memberi kesan negatif kepada kesihatan kita . Pada masa yang sama , kesan negatif bertindik dalam kalangan lelaki ialah , mereka tidak akan boleh menjadi wali kepada anak mereka kelak yang ingin bernikah .

1 comment:

  1. adam up lagi hadiah num 2!Tiket TGV 3D!!Jom join contest!
    :))

    ReplyDelete