Wednesday, February 2, 2011

Celoteh PLKN Pinggiran Pelangi

Wira bangun ! Wira bangun ! Solat subuh ! Itulah lontaran suara dari jurulatih aku yang tinggal sebelah bilik aku . Huh ' setiap hari perkataan itulah yang akan menyambut pagi aku . Haha ! Ye-ye cikgu saya bangun , saya bangun . Aku pun buka lampu bilik . Dengan rakusnya aku tidur semula . Haha ! Bila jurulatih nampak bilik terang sure dorang diam . Kononnya dah bangun la . Jam 5.15 pagi mesti ada wira-wira yang duty malam kejut . Tetapi tak berhasil . Jam 6.15 baru aku bangun pergi surau solat subuh . Huhu '' Lepas solat subuh get ready untuk PT atau senaman pagi . 6.30 pagi mesti sudah ada dekat padang kawad . Senaman pagi best wei '' poco-poco .. Senam aerobik tu semua dah jadi makanan aku . Haha ! Sebelum senaman mula , semua kena berbaris mengikut kompeni . Aku kompeni DELTA '' Kompeni paling terjal . Ahakzz '' then naikkan bendera. Nyanyi lagu Negaraku dan lagu Khidmat Negara . Fuhh '' aku baca ikrar . Mak ai kaki aku menggigil la wei macam nak tercabut . Haha ! Selepas selesai bacaan doa baru senaman bermula . 7.30 pagi sarapan pagi . Tetapi pernah pulak aku sarapan an , biasanya aku terus balik bilik . Mandi manda bersama kawan-kawan di dalam kolah badi . Haha ! Sudah ramai yang tercedera akibat kolah itu . Ahakzz '' aku berenang dalam kolah itu . Huhu . Tak nak setengah jam lak an aku mandi . Huhu '' get ready untuk pergi ke kelas a.k.a TADIKA KEMAS . Kelas agak boring la wei . Actually kelas ini bagus , dia ajar cara-cara berkomunikasi dan macam-macam lah . Susah aku nak describe dekat sini . Tetapi aku paling suka modul 3 iaitu modul Budaya Kerjaya . Dalam modul ini aku diajar cara-cara bertemu duga dan menemu duga . Ciri-ciri pekerja yang dicari sekarang . Best lah '' baby i l like that class . Kelas mula jam 9.00 pagi , tetapi sebelum itu 8.20 pagi mesti dah kena berbaris depan dewan makan . Masa berbaris itu ketua displin akan check sama ada misai , janggut semua dah cukur ke belum . Kalau belum cukur matilah . Huhu '' 10.30 pagi minum pagi . Biasanya makan kuih-muih la dan air panas . Jam 11 pagi sambung dengan kelas . Kelas dan kelas . 12.30 Tengahari lunch time . Yeay makan dan makan . Huhu '' gemuk lah aku macam ini . Ahakzzz .. Lunch memang mewahlah . Kalau tray aku tak penuh dengan nasi jangan panggil aku kiko lah . Haha . Lepas melantak aku pergi balik bilik sekejap tukar selipar . Takkan aku nak pergi surau pakai kasut . Solat zuhur dan lepaking kejap dekat bilik . Selepas itu 2.15 petang kena berkumpul dalam dewan makan . 2.30 petang kelas dan kelas bermula . Huhu '' time to sleep . Haha . 4.30 petang minum petang . Kuih dan kuih . Blurrp '' kenyang ! Haha ! Macam biasa balik bilik tukar selipar dan solat asar dekat surau . 5.30 petang riadah time . Riadah pun best giler bha ! Main bola sepak , bola tampar , takraw banyak lagi lah . 6.30 petang makan malam . Menu makan malam kaya dengan protein . Ahakzz '' ikan setiap hari . Mana tak gemuk aku tinggal dekat kem itu . Selepas makan aku balik bilik then mandi manda . Selepas mandi get ready to surau . Solat Maghrib dan Ishyak . Jam 9 malam roll call time . Roll call kiteorang best bha . Menonton televisyen 21 inchi di dewan makan . Haha . Ada Astro wei . Tengok tv sambil makan jajan . Beli jajan dekat ' Giant ' . Kedai biasa tetapi kiteorang panggil Giant . Haha ! 11 malam time to sleep . Tidur lah .

p/s : Kalau sesiapa ada buat hal semua kena denda . Setakat ini hukuman yang aku rasa berat iaitu senaman askar dan juga cangkung dan lompat 500 kali . Letihh '' push-up 100 kali .

No comments:

Post a Comment