Friday, April 15, 2011

AKU

Aku...
Pernah sekali tersungkur di lurah yang dalam
Bagaikan maut memimpin tangan
Namun... Tidak ku lunturkan semangat
Yang ada pada diri
Agar perjalanan dapat di teruskan
Walau luka masih berdarah .

Aku...
Pernah sekali tersesat di lembah derita
Ake tewas menentangnya
Kerana...
Tidak tahan akan cacian dan kata-kata
Yang bakal mengisi kehidupan
Tapi... Aku tetap gagah
Mencari jalan keluar yang pasti akan
Membuka lembar cinta yang esa .

Aku...
Akan cuba untuk
Menghentikan segala halangan yang mendatang
Walaupun aku tersesat
Walaupun aku tersungkur
Walaupun ada tentangan dalam diri
Akan ku buang segalanya .

Aku...
Akan buktikan pada semua
Bahawa aku boleh
Kerana aku inginkan kejayaan
Mencapai matlamat
Kerana aku anak bangsa yang berjaya dan berguna .

No comments:

Post a Comment