Thursday, April 14, 2011

Tiada Rezeki Kodd


Dah lama sebenarnya aku mahu mencoret perasaan 'DOWN' aku ini hah . Tetapi disebabkan tiada masa yang sesuai untuk malakar perasaan ini aku hanya taip di dalam notepad lappy abang aku sahaja . Kemudian copy dan paste sahaja . Masa lepas result SPM keluar , berpusu-pusu merebut peluang pelajaran sama ada IPTA , IPTS , POLITEKNIK , KPLSPM dan  banyak lagi lah . Aku juga tidak melepaskan peluang
untuk turut sama . Hehe ! Kita cut it short sahaja la ae Selang 3 hari aku tamat PLKN aku pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membeli nombor untuk KPLSPM . RM 6.00 sahaja . Excited gila nie wei . Balik sahaja rumah terus fill up borang KPLSPM . Haha ! Bajet dapat la nie kan . At the same time
aku menaruhkan sekalung harapan juga lah an . Tetapi cover sikit Takodd kita kecewa . But now memang kecewa pun la wei . Tanggal 12 April 2011 merupakan tarikh penyemakan bagi sesi temuduga KPLSPM atau lebih mesra digelar Maktab Perguruan . At first , aku ingat belum launched au keputusan nya .. Sebab aku tak dapat cari link untuk penyemakan . Masa aku online facebook di malam hari , tetiba ada seorang member's nie 'Hye' aku la kan . Tanya , "Ajil , kau dapat Maktab tak ? " . Aku pun dengan penuh bajet jawab belum keluar kodd . Selepas itu all of sudden dia post link penyemakan . Kurang asam , berderau jantung aku mahu semak sama ada dapat ke tidak . Err ! Aku pun menaip nombor ic aku satu persatu dengan penuh kelembutan . 93052301**** .  Click butang semak . Tutup mata ini . Tadaaa ! Harap Maaf
Mohamad Fazil Bin Mohd Zin 93052301**** nama anda tidak tersenarai dalam sesi temuduga . Arghh ! Aku sentap dengan internet itu sebentar au . Tak pasal-pasal internet yang kena . Haha ! Selepas aku terdiam dan termenung sendirian . Posotif dan positif . Tetapi rasa kesal itu masih melekat di benak hati ini . Sekarang aku menyangkut harapan pada IPTA iaitu Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI) , Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Universiti Tun Hussein Onn  Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) . Actually aku sudah dapat tawaran dari UTM tetapi aku terpaksa tolak sebab aku tidak minat pada jurusan yang ditawarkan . SPA8 pun aku mohon jugak . Semua dalam jurusan perubatan . Minat kodd :) Kalau tawaran Kolej Swasta itu berlambak lah . Setiap hari abang postman itu datang hantar rombongan meminang dekat rumah aku . Haha ! Buka-buka sahaja surat kolej swasta . Ada nama yang aku tak pernah dengar pun ada leyh . Kalau boleh tak mahu masuk kolej lah , tak mampu rasanya . Huh !  Setiap hari aku memanjatkan sejambak doa supaya aku berpeluang memasuki IPTA . Itulah makanan ketenangan aku setiap hari . Solat dan solat . Masa mahu SPM juga aku senantiasa berdoa supaya diterangkan hati dan diberi ketenangan ketika menjawab peperiksaan . Insya-Allah . Allah itu bersama kita :) AMIN !

1 comment:

  1. yerk.,sabar k.,
    ader lah rezeki nyer tue.,dont worry ah..,
    mie doa kan k..,

    ReplyDelete