Thursday, August 25, 2011

Cerita Ramadhan Cerita Raya

The final countdown ! Lagi 5 hari sahaja bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya . WOOKEY ! Mahu story-morry sikit pasal ceritaratera aku berpuasa buat julung kalinya tanpa ibu bapa di sisi . Hari ini tanggal 25hb Ogos 2011 genap 25 hari aku berpuasa . Insya-Allah cukup lah puasa aku seperti tahun-tahun sebelumnya . HEHE ! Tahun-tahun sebelum ini aku berpuasa bersama ibu dan ayah di Kluang Johor . Namun tahun 2011 ini merupakan sesuatu yang baru bagi aku di mana aku berpuasa tanpa mereka . Haish ' korang ini maksud tanpa mereka itu ialah aku berpuasa di tempat orang . Terawih ? Terawih ? Aku pergi terawih la abang kakak adik mak cik pak cik ! HAHA ! Aku memang pergi terawih TETAPI seminggu pertama sahaja . Haish ' bukan apa imam tu baca surah panjang-panjang . Lenguh jugalah kaki aku ini . Orang-orang tua aku tengok dah macam 'Breakdance' dah . Tergoyang sana tergoyang sini . HAHA ! Tak khusyuk solat aku . Cewah ! Setiap hari sebelum berbuka aku akan telefon rumah tanya ayah dan mak berbuka apa hari ini . Kadang-kadang sedih jugalah sebab mak dan ayah hanya berdua sahaja di rumah . mesti sunyi rumah kan tanpa aku . Sebab aku kan pemecah kesunyian rumah itu . Macam-macam dugaan di bulan ramadhan ini ye . Sebagai contoh , aku pergi kolej naik dua LRT wookey . LRT putra dan star . Perjalanan aku ke kolej mengambil masa dalam 45 minit macam tu . SUMPAH ! Penat sebenarnya walaupun bukan aku yang drive lrt tu . Sampai sahaja rumah dengan rakus nya aku membuka baju terus membanting diri aku atas katill . Menghilangkan rasa kepenatan yang menebal dalam diri . Cewah ! Kemas-kemas rumah sikit semua . Solat dan mandi . Petang keluar pergi bazaar ramadhan cari sedikit juadah untuk dimakan bersama keluarga rakan . Dekat kolej budak-budak kelas suka tanya aku soalan ini , "Fazil kau sahur tak pagi tadi ? " . Err ! sudah jelek aku nak jawab pertanyaan mereka itu . Aku pun jawab , " Aku ini orang bujang tang tang , aku sahur SKY JUICE sahaja . Mampu ? " .  HAHA ! Tetapi best jugalah apabila berpuasa di tempat orang ini . Suasana dan kemeriahan dia agak berbeza . Tetapi for sure lagi meriah tempat aku la kalau time puasa dan raya . HAHA !
Setelah sebulan berpuasa OFF COURSE nak raya kan kan . Tetapi belum sebulan lagi bha . Kalau persiapan raya untuk aku mungkin sudah siap kodd . Adalah beberapa helai baju untuk aku pakai masa hari raya nanti . COP COP ! Tahun ini tema keluarga aku warna Pink pekat kodd . 26hb Ogos aku akan bertolak ke Kluang Johor . Hooray Hooray ! Tetapi aku tak sure sama ada aku gembira atau sedih atau risau . Sebab macam-macam yang berlegar-legar dalam kepala hotak aku ini . ARRGGH ! Tetapi akan cuba happy kan diri sebaik mungkin . Rumah tahun ini tetap warna hijau pekat . Tak cat pun . Sebab baru sahaja cat tahun lepas . Nanti aku tolong la ayah dan mak berperang (masak) dekat dapur . Hmm .. Dah lama tak makan masakan mak . Gerenti ! Balik ini aku akan melantak gila gila . Lantak la gemuk ke tak janji puas . HAHA ! Nanti diet balik . Ecececeh ! Balik raya ini aku nak jumpa Alep dan Zack dan kawan-kawan yang lain . Aku akan cuba sempatkan diri untuk berbuka dengan korang berdua wookey babe . HAHA ! Ramai orang bha sudah merajuk sama aku sebab aku lambat balik kampung . Sorry sorry ada masalah teknikal sedikit bha . Semoga raya tahun ini berjalan dengan lancar dan semua orang akan mengukirkan senyuman :)

No comments:

Post a Comment