Wednesday, December 29, 2010

Berdosa Besar Tonton Pornografi (Lucah)

Seseorang yang melihat gambar lucah dan pornografi termasuk dalam golongan yang melakukan dosa-dosa besar kerana perbuatan itu mendorong melakukan perkara maksiat seperti zina , rogol dan cabul . Hadis Rasulullah SAW menyebut : "Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) , telinga berzina (saling dengar pujuk rayu) , lidah berzina (cakap-cakap) , zina tangan (berpegangan) , zina kaki (melangkah pergi berjumpa)
zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota iaitu zina kemaluan ".
Hadis ini menjelaskan zina terbahagi kepada pelbagai tafsiran . Seseorang yang gemar ke arah pornografi dikhuatiri mengalami keinginan dan khayalan seks dan timbul zina hati . Dibimbangi akan menjerumuskan seseorang ke lembah zina . Allah menjanjikan azab dan balasan bagi golongan penzina ini . Berkata Ibnu Abbas : " Dicabut cahaya (nur) keimanan dalam zina ." (Hadis Riwayat Bukhari di awal kitab Hudud , Fathul Bari 12:58-59) . Islam amat menjaga akhlak dalam kehidupan . Hindarilah perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah kerana terpedaya dengan nikmat dunia yang sementara dan mengundang kecelakaan di akhirat .

1 comment: