Friday, December 17, 2010

Tolong Faham Aku

Tolong ! Tolong ! Tolong ! perlu ke aku melontarkan kata jeritan sebegitu untuk kau memahami gedung kemahuan aku . Aku hanya mahu sedikit dari masa kau untuk menelaah perasaan dan kemahuan aku ini . Aku sunyi apabila kau kerap menghiasi hidup kau dengan bergembira di luar sana tanpa menyelami perasaan aku . Aku hanya bertemankan secebis rakan-rakan yang memahami aku . Aku terpaksa menghiret mereka untuk membongkarkan semua perasaan sedih aku terhadap kau . Kenapa mesti mereka kenapa tidak kau yang membongkar kotak perasaan aku ini .Kau seringkali disogokkan dengan pelbagai keasyikkan dunia yang kerap menghiasi mata manusia di luar sana . Kau suka menjadi tontonan ramai , tetapi kenapa kau tidak suka menjadi tontonan aku . Aku kekasih kau ! Aku kena merayu dengan kau untuk mendapatkan perhatian dari kau . Mungkin suatu hari nanti pintu kesedaran kau akan terbuka setelah aku tiada di dunia nyata ini . Aku hanya mampu mengesat air mata aku yang membasahi pipi aku dengan sehelai sapu tangan kusam atas simpati orang lain . Alangkah indahnya kalau kau senantiasa berada di sisi aku . Aku dapat menerokai setiap lopak di muka kau . Aku dapat menelaah perasaan kau . Aku dapat menghembuskan nafas kegembiraan yang selama ini menjadi mimpi aku di dalam tidur . Aku menharungi hari-hari kesedihan aku sendirian . Pabila hujan membasahi bumi , pada ketika itulah aku berdoa semoga Allah mendengar doa aku . Doa aku meliputi aspek aku dengan kau . Aku hanya mahukan kau . Kau dan kau ! Walaubagaimana pun aku senantiasa menunggu kehadiran kau di jendela mata aku . Alangkah gembiranya kalau kau tahu kau permata di hati aku . Aku sentiasa menggilap permata itu supaya tidak pudar . Tidak lama lagi aku akan pergi meninggalkan alam kebosanan aku ini . Aku akan menuju ke alam yang baru , alam yang penuh dengan cabaran serta rintangan . Masa hidup aku akan terisi dengan segala kegiatan yang berfaedah . Aku telan sendirian kesedihan aku . Aku tidak pernah membantah kemahuan kau . Mungkin cara hidup kita terdapat sempadan . Kau dibanjiri kemewahan tetapi hidup aku dibanjiri kesusahan . Hidup aku hanyalah sebuah rumah usang yang hanya terdapat perabot-perabot yang tidak lama lagi menyembah bumi . Aku tidak muak mendendangkan nama kau dalam doa aku . Sebab aku sayang kau ! Sayang sangat ! Aku hanya ada kau seorang sahaja . Kau nadi kebahagiaan aku dan sumber kehidupan aku .

No comments:

Post a Comment