Saturday, February 5, 2011

Suara Hati Seorang Wira PLKN

Ketika manusia lain sedang lena dibuai mimpi indah aku sedang lena dibuai air mata yang semakin lama semakin deras menuruni ke saluran pipi aku . Aku tidak tahu kenapa tiba-tiba sahaja gedung perasaan aku ini menjadi sebak . Tanggal 6 Februari 2011 aku akan berangkat ke kediaman hijau aku di Pahang . Alangkah tenangnya kehidupan aku di dunia hijau itu bertemankan flora dan fauna yang kian mengenali jasad aku ini . Mungkin aku sebak pabila memikirkan hanya tinggal 37 hari sahaja aku akan menghabiskan sisa latihan aku di Kem Pinggiran Pelangi . Arghh '' tak mahu balik . Aku inginkan kedamaian di sana yang aku belum pernah dapat di sini . Aku berhasrat ingin memetrai satu perhubungan dengan seseorang sebelum aku pulang ke kediaman hijau , namun hasrat aku tidak tercapai . Adakah aku patut membawa telefon selular aku bersama ? Kalau aku bawa telefon selular aku , telefon aku bagaikan kaku kerana aku tidak menerima sebarang panggilan atau pesanan dari sesiapa kecuali Ayahanda dan Bonda aku . Dan ini mungkin post yang terakhir untuk bulan Februari ini . Ya Allah bagilah aku ketenangan hati dan fikiran . Di manakah silap aku kali ini Ya Allah ? Di mana ? Kenapa aku mesti gagal dalam mengharungi alam percintaan ? Pelbagai tanda tanya yang menjadi lukisan di pentas pemikiran aku . Adakah aku tidak layak dicintai ? Adakah aku tidak layak mencintai ? Aku mahukan dia , mahukan dia sangat-sangat . Aku sudah berusaha . Tetapi hasilnya masih samar-samar . Aku sukar untuk menutup jendela mata aku malam ini walaupun hakikatnya badan aku letih . Pelbagai perkara sedang bersarang di dalam minda cerah aku ini . Rasa macam tiada semangat untuk menggunakan telefon bimbit lagi . Adakah aku patut memansuhkan telefon selular aku ? Tetapi kalau aku tidak guna telefon bimbit macam mana aku nak dengar suara dia . Sebenarnya aku teringin sangat mahu nyanyikan lagu Cinta Antara Kita untuk dia . Tetapi aku mungkin belum berpeluang untuk membuat semua itu .

2 comments:

  1. loll ..:(( saba yerkk ..ajil ..
    lou mcm tu bio jekk ajil ckp ngn die direct loll .. nnti taya ajil tertnye'2 ?? taw .. dnt b sad uhk ..

    ReplyDelete