Thursday, March 17, 2011

One Day I Will

Senyuman halus tersulam kemas di wajah lestari ku pabila melihat gelagat pasangan bercinta tika bermesra di alam fana ini . Alangkah bahagianya mereka pabila bisa berkongsi kotak perasaan mereka bersama . Aku hanya berseorangan di kerusi batu yang usang itu memerhatikan lakonan romantik mereka sambil dibuai keinginan untuk turut menyertai lakonan tersebut , namun apakan daya aku tidak mempunyai pasangan seperti mereka . Hmm .. Terpaksa lah aku meniup keinginan ku itu terbang bersama burung-burung yang bebas berterbangan di udara . Aku seolah patung hidup mereka . Bila mereka sudah tiada siapa barulah mereka mencari patung hidup itu . Aku cuba dan cuba untuk menyisipkan rasa bahagia tanpa pasangan namun aku tewas akan tamparan cinta . Tetapi aku hanyalah sekadar menyulam mimpi yang tidak nyata . Tiada siapa yang mencintai aku tiada .... Mereka sudah bahagia dengan kehidupan cinta mereka . Aku hanya mampu mengukir ceritera cinta aku di dalam komik yang hanya pantas menjadi bahan ketawa semua orang . Saluran jantung ku kala bocor pabila melihat reaksinya bersama insan lain . Kenapa dia memberi aku sekalung harapan , kenapa dia memberi aku sekalung layanan sedangkan aku tiada di atas pentas hatinya . Adakah aku tidak layak untuk merasai nikmat bercinta ? Hidup di dunia ini hanya sementara berbekalkan amalan yang bakal di bawa ke dunia yang lain kelak . Namu begitu aku mengidam untuk disayangi oleh seseorang . Tiap kali aku membanting jasad aku di atas tilam empuk , pelbagai tanda soal menyelinap masuk di alam minda aku .. Antara tanda tanya yang sering meronta di alam minda aku ialah , dia ingat aku ke tidak ek ? Akan ku fikir dan fikir sehinggalah mata sepet aku tertutup dibuai kengantukan . Tetapi impian aku tidak pernah pudar .Aku akan cuba mengejar impian tersebut . "One day i will " merasai seperti mereka rasa .

2 comments: