Monday, April 11, 2011

AWAS ! Bahaya Pewarna Karamel Dalam Minuman Soda

Sudah acapkali kita dikhabarkan keburukan minuman berkarbonat terhadap kesihatan . Bagi yang menggemari minuman ini , anda perlu lebih berhati-hati lagi kerana bahan kimia yang terdapat di dalam bahan pewarna karamel yang biasa digunakan dalam pemprosesan minuman soda dikatakan boleh menyebabkan kanser . Karamel semula jadi diperbuat daripada gula , namun sebagai pewarna makanan , biasanya ia akan ditambah dengan bahan kimia ammonia dan menghasilkan sebatian yang terbukti dapat menyebabkan pelbagai penyakit kanser . Perkara ini dibuktikan di dalam kajian yang dilakukan terhadap haiwan oleh Pusat Sains dan Kepentingan Umum (CSPI) , Kanada dan Washington D.C. Kumpulan pengkaji tersebut juga membuat petisyen kepada Badan Pengawalan Makanan dan Ubat-Ubatan US tentang larangan penggunaan karamel yang mengandungi ammonia yang biasa digunakan di dalam minuman ringan lain yang bewarna gelap. Dari aspek lain , soda masih merupakan penyebab masalah utama kesihatan di dunia iaitu obesiti . Reaksi kimia antara gula dan ammonia dapat membentuk karsinogen dan mungkin boleh menyebabkan ribuan penduduk Amerika Syarikat menghidap kanser .


p/s : Karsinogen bermaksud agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup . Ini disebakan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Agen-agen radioaktif juga boleh diklasifikasi sebagai karsinogen seperti gelombang gama atau partikal alpha yang dikeluarkan.


                               LAMBANG KASINOGEN

No comments:

Post a Comment