Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tinggal ' Jumpa Lagi

Gambar terakhir aku . Lokasi gambar ini di rumah ayah angkat aku di Kuartes Stesen Mardi Kluang . Sahaja jenguk mereka . Sebab mereka dah macam keluarga aku sendiri dan aku sahaja spend time sama itu gitar sebentar . Pada masa yang sama , minta restu serta doa dari mereka supaya aku baik-baik sahaja di PLKN .
Fokus menghafal kod gitar ' Baik-baik sayang ' dari Wali band . Aku dedikasikan itu lagu untuk itu orang . Agak sedih lah masa aku main sama itu gitar . Pehh ' rambut tebal macam sarang tebuan . Siap kau rambut esok kau kena potong sama itu mesin . Haha !
Alamak ' adoi muka banyak terkejod woo . Haha ! Spontan bha . Excited sangat main sama itu gitar . Haha !
Aku akan pergi menyertai Kem Latihan Khidmat Negara di Kem Pinggiran Pelangi , Bandar Muadzam Shah , Pahang . Selama 3 bulan aku tidak akan menjenguk diari kesayangan aku ini iaitu blog aku . Blog itu inilah yang menjadi tempat aku meluahkan perasaan aku . Perasaan sedih , gembira , terkejod semua ada dalam blog aku ini . Siapa yang aku admire pun ada . Hehe !

Secebis pesanan aku :

Ayah dan mak : Esok mak dengan ayah hantar pergi dataran Kluang jangan menangis au . 3 bulan sahaja jasad adik tiada di rumah . Adik bersyukur dapat join ini PLKN . Adik akan inform dekat mak dengan ayah kondisi adik dekat sana . Mak jangan tidak masak au dekat rumah walaupun adik tiada . Tetapi jangan masak banyak-banyak takodd membazir pula sebab dekat rumah berdua je . Mak dengan ayah doakan kesejahteraan adik dekat sana supaya jauh daripada pergaduhan dan sebagainya . Semoga mak dengan ayah sentiasa gembira dan sihat sejahtera . Amin !


Aishah Binti Yahya : Kalau acah ada pape masalah jangan simpan au . Cuba untuk fikir sebentar dan cari jalan penyelesaian . Acah boleh mesej kita kalau rasa mahu kongsi sesuatu . Acah jenguk-jenguk sekali mak dengan ayah kita dekat rumah . Nanti bila PLKN tamat kita belanja Mcd's . Terima kasih untuk segalanya . Semoga sentiasa tersenyum dan bahagia di samping abang tersayang . Oppsss . Haha !


Itu Orang : Setiap hari kita mesej kan , walaupun busy tetap mesej . Best ' fokus on study au . Terima kasih sebab sudi mendendangkan surah Al-Fatihah itu . Satu pemberian yang amat bernilai untuk ajil . Jangan risau ajil akan bagi tahu perkembangan ajil di sana . Ajil akan reply mesej , walaupun agak lambat . For sure , ajil akan merindui itu orang . Teruskan aktiviti mengaji selepas solat . Ajil lega dengar kamu mengaji selepas solat . Alhamdulillah . Betul cakap kamu , kalau kita rindu seseorang hanya Allah sahaja yang tahu rindu kita itu . Doa ajil untuk kamu senantiasa ada . Good luck untuk sem kali ini . Sayang sama kamu sangat-sangat . Gambar kamu ada dalam beg itu . Bufday bulan 3 kan . Selamat Hari Lahir .


Goodbubye ' jumpa lagi pada 14 March 2011 . Sesungguhnya sesuatu yang ditakdirkan oleh Allah adalah untuk kebaikan kita walaupun pada dasarnya pancaindera kita melihat perkara itu sukar . Terima dengan hati terbuka dan banyakkan berdoa . Doa senjata kita kan kan kan . Assalamualaikum .

1 comment: